Wednesday, December 7, 2011

WAH!!!... I really miss....

I really miss writing in my blog..

SWEETTTT...

What happened???

Assalammualaikum.. it has been a very...very..long time since i last updated this blog.

Thanks to everybody yang sudi singgah..walaupun saya menyepikan diri..muahaaahaaa...

I have my reasons la kan... maleh ar nak ceciter... i guess that's who i really am..

PEACE...

Saturday, May 14, 2011

Blogger dah Mereng..he.he

Assalammualaikum kengkawan semua.

Semalam website blogger.com tak leh masuk.  Mungkin teknikal problem la tu. Aku punya blog pun dah mengong jadiknya..ha.ha.ha..

Ada pages yang hilang.. comment pun hilang...korang nye camne??

Nasiblah kan, dah nama pun FREE, takkan nak marah pulak.

Yang penting blog aku masih ada. Alhamdulillah..

Thursday, May 12, 2011

Cerita Nasi Lemak...

Assalammualaikum kengkawan semua.

Salam bersiaran pagi Khamis.

Melompat-lompat lak entry aku sekarang ni ek...he.he..

Korang breakfast apa hari ni?? Jemput makan...


Teringat aku masa dok kat Bangladesh dulu. Buat nasi lemak pakai santan peket. Tak sedapppp...!! Bukannya takdak kelapa kat sana.. tapi, kena parut sendiri la. Aku mana reti.. orang bandor la katakan.

Daun pandan pun tak jumpa. Tapi, pada satu hari...burung-burung pun berkicauan.. he.he.. aku dengan husband pegi ke taman, jenjalan... pastu kan... punyalah terperanjat beruk.. tengok depa tanam daun pandan dalam pasu buat perhiasan jer....kah..kah..kah... ingatkan takde.. rupanya ada. Aku ingat nak amik 2-3 helai.. tapi, ada guard la plak time tu... so, balik..kitaorang pegi nursery... last-last jumpa.

Disebabkan teringin nak makan nasi lemak yang sedap, terpaksalah belajar kukur kelapa pakai kukur tradisional tu.. takut gak memula..takut terparut tangan sendiri..
(kusinanimanang.blogspot.com)
Lebih kurang camni la bentuk kukur kat sana..tapi..berkaki besi. Korang pernah pakai tak kukur tradisional ni??

Tuesday, May 10, 2011

Durjana punya anjing!!

Assalammualaikum kengkawan semua.

Semalam selipar husband aku pulak dikebas anjing. Minggu lepas dia kebas kasut kerja. Kasut tu baru beli, dan husband aku baru pakai 2 kali jer. Nasib baik jumpa balik.. jauh gak la dia bawak lari. Kalau kasut beli kat bundle aku tak kisah gak .. ini mahal wooo...tak pasal jer kena samak..ish..ish..

Nak salah kan anjing tu pun, tak leh la jugak ... sebab.........


pagar tak pernah bertutup. Bila dia pegi kerja, main start keta terus keluar jer. Pagar tengah (divider) pun takde, sebab tahun lepas dia bukak sebab nak letak batu apa ntah kat depan tu, pastu, sampai sekarang tak pasang balik. Tension woo kalau dapat jiran camni. Tak de hati perut orang kata. Kadang-kadang aku pulak punya kerja pegi tutup gate rumah dia.



Monday, May 9, 2011

Minggu Lepas Punya citer..

Assalammualaikum kengkawan semua.

Minggu lepas hari Khamis, keta aku tak leh start. Bebudak pun cuti lagiiii... tension weiii.
Bila panggil pomen, dia dtg buat jumpstart. Pastu, aku pegi la ke bengkel bawak keta tu. Sampai kat sana, bila dia check dia kata alternator. Alternator tu baru je tukar dalam 2 tahun kot, masalahnya nape cepat sangat kong..???.. yang tukar pun dia jugak... dekat RM300 pulak tu chargenya.

Minggu sebelum tu baru je kena RM200, tukar horse shoe dan minyak break dan hape ke benda ntah. Bulan 12 tahun lepas, dah le kena RM2000 buat overhaul dah tukar apa ke benda ntah... ish..makan duit betul la keta aku nih..

Ada keta pun susah.. takdak keta pun susah.. apa mau bikin???... saborrr ajeler...

Tuesday, May 3, 2011

Sakit Kepala..

Assalammualaikum kengkawan semua.

Cuti 3 hari lepas aku balik kampung. Jam dasyat la pulak semalam..hujan pulak tu.. hari ni sakit kepala ..semalam bertolak dari Ipoh kul 3.00pm.. sampai sini pukul 10.30 malam macam tu..singgah makan dulu.. sampai rumah dalam pukul 12 lebih. Bebudak pun tak sekolah hari ni... sooo tireeedddd..he.he..

Hari Sabtu tu anak sedara aku bertunang..sempoi sangat depa nih.. nanti aku ce citer ek.. sakit kepala la kengkawan.

Lain kali kalau nak balik kampung, tak nak balik time public holiday... tak larat lar... korang gi mana cuti ?? Harap korang semua sihat.

Thursday, April 28, 2011

Petua Awet Muda Yang Mudah..

Assalammualaikum kengkawan semua.

Salam bersiaran..he.he..

Ini aku nak share, satu petua awet muda. Petua ni, mak sedara aku yang bagitau kat aku masa kecik-kecik dulu.


Mak sedara aku cakap, makan kulit ayam..he.he..percaya tak??...senang aje kan..


Tapi, bagi orang yang berdiet tu, mesti tak nak makan kulit kan. Sebab banyak lemak..
sebenarnya aku pun jarang makan.. kecuali kat kfc.. ranggup...sedap.

Baru-baru ni, aku google la, betul ke kulit ayam ni boleh buatkan kita awet muda. Dan, terbukti dari segi saintifik.. kulit ayam dan kulit ikan mengandungi kolagen yang tinggi. Apa itu kolagen? Boleh la baca kat sini ek...KOLAGEN.

Petua ni, petua orang-orang dulu..camne la agaknya dorang tahu..kalau makan kulit ayam boleh awet muda ek???..dan FYI..mak sedara aku tak gemuk pun ...

Tuesday, April 26, 2011

Hutang..

Assalammualaikum kengkawan semua.

Hutang...memang tak sedap dengor perkataan ni...nama komersialnya.. 'Pinjaman'.. sedap sikit kan..walaupun sama jer sifatnya.

Memang tak boleh nak lari dari hutang ni, nak beli rumah, kereta, motor..dan apa jua kehendak yang tak mampu dibeli dengan tunai. Semua ni adatla kan, cuma jangan hutang dengan along cukup la ek...seboleh-bolehnya cuba elakkan la .. nanti makan diri..

Tapi, satu yang aku cukup pantang ialah, bila berhutang tak nak bayar. 2-3 kali dah kena ni, tapi..sebab kesian..bagi jugak la orang pinjam..bila nak bayar balik bukan main liat lagi..ada yang melarikan diri pun ada..senyap ..sepi tanpa berita... orang-orang macam ni la..yang buat aku serik..

Husband aku lagi best..jadik gerentor...dah berapa tahun dah bayar untuk kereta orang yang tak bayar tu.. bayar buta jer..

Bagi aku.. aku cuba untuk fikir positif  .... duit tu bukan hak kita..setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kalau difikirkan sangat pun, sakit hati jer kan..

Bagi orang-orang yang berhutang tapi..tak nak bayor tu.. mungkin anda akan lepas kat dunia.. tapi...di akhirat sok...anda akan dapat balasannya..

"(Yang turun dahsyat itu) ialah mengenai hutang maka demi diri Muhammad di tangan-Nya (Allah Subhanahu Wataala), kalaulah seorang itu mati di dalam perang Sabilillah kemudian dihidupkan semula kemudian mati lagi dalam perang Sabilillah, kemudian dihidupkan semula akan tetapi ia ada mempunyai hutang yang belum dibayar maka ia tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga sehinggalah hutangnya itu dibayarkan atau diselesaikan."(Riwayat Al-Imam Ahmad).
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam At-Termizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban :-
Maksudnya :
Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan.

Kalau betul takde duit nak bayar balik, at least bagi tau la kan dengan cara baik, dan cari penyelesaian...bila nak bayar..berapa yang boleh bayar ... bukan dengan cara melarikan diri.. lagi buat orang sakit hati daaaa.......

Monday, April 25, 2011

Nasi Minyak, Chicken Bunna

Assalammualaikum kengkawan semua.

Salam pagi Senin..korang semua sihat??..

Pegi ke mana semalam??..Aku tak kemana pun, dok rumah je ler.. lagipun ada panggil orang datang untuk buat wiring..tambah plug dan betulkan lampu..lampu kat rumah ni, dah banyak yang terbakor, lama betul lampu kat dapur tu dah tak bernyala..sebulan lebih dah kot, selalu masak pun pakai lampu kat cooker hood jer..ahaks...


Sempat gak buat nasi minyak, lama dah tak buat..

Ayam tu bukan ayam masak merah..tapi Chicken Bunna namanya. Aku belajar resepi ni masa kat Bangladesh.. belajar dari orang gaji. Very authentic resepi ni. Original resepi, pakai cili api, tapi, time buat ni, cili api takdak..so, aku pakai cili kering jer..tak best sangat la..cili api gak mengancam.

Kalau nak try..ini resepinya.

Resepi ni guna sekor ayam, kalau nak kurangkan..adjust je la ek. 

CHICKEN BUNNA:

BAHAN:

1 ekor ayam
8 biji bawang besar
12 biji bawang putih
1 inci halia
segenggam cili api
kunyit hidup / serbuk - dalam satu sudu kecil
(semua bahan di atas, hendaklah dimesin yer puan-puan)

1 sudu besar rempah garam masala
(ini bahan penting, kalau takde memang masalah besor la..ini key ingredient..ok)

8 biji pelaga
1 batang sedang kayu manis
12 biji cengkih
2 kuntum bunga lawang

Minyak secukup rasa

Kicap (sikit je, nak bagi colour)

Daun ketumbar untuk lebih berperisa (sikit jer 'ek...kalau banyak nanti tengik sikit ar)

CARA-CARA:

1. Goreng pelaga, kayu manis, cengkih, bunga lawang sekejap pastu masukkan bahan mesin....goreng hingga garing.
2. Masukkan rempah garam masala.....godek lagi sekejap.
3. Pastu, masuk ayam.
4. Masuk air sikit, bagi ayam masak. Letak garam.
4. Masakan ini agak kering, tetapi gravy dia very rich...lebih kurang macam rendang gitew.
5. Masukkan kicap dalam 2-3 sudu besar...selalunya i main goncang jer botol kicap tu...tak sukat, cuma nak bagi colour dia gelap sikit ar...
6. Akhir sekali masukkan daun ketumbar.

Ready to Eat.  ENJOY...

Friday, April 22, 2011

Takde pun???

Assalammualaikum kengkawan semua.

Dekat kawasan perumahan korang banyak tak anjing tak bertuan??

SUMBER: GOOGLE

Kat rumah aku banyakkkkk.. siap beranak pinak lagi.

Dulu, aku pernah buat report kat MPSJ. Lepas tu, aku dapat surat daripada depa, yang menyatakan, depa dah datang, tapi, tak jumpa sekor pun...macam mana boleh takde??.. mereka dan kengkawan mereka berlari-larian dengan riangnya di sana-sini, bercanda dan berguling-gulingan dibawah pohon rendang yang ditanam oleh pihak developer....memang ironik betul la..

Macam mana time dorang datang, sekor anjing pun dorang tak jumpa..??.. mungkin anjing ni boleh hidu kot kedatangan MPSJ tu..

Mungkinkah anjing mempunyai deria survival yang kuat??

SUMBER: GOOGLE

Sebab spesis ini jugaklah aku tak leh nak pegi joging bila weekend..

SUMBER: ICLIPART

Kite bakor ajer...kite bakor...kite bakor....

FREE KFC VOUCHER

Assalammualaikum kengkawan semua.

Sape yang dah try kfc chicken chop tu??..


Aku tak try lagi, ada free upgrade voucher untuk meal ni. Upgrade wedges biasa tu, kepada cheesy wedges.


Voucher ni boleh didownload kat sini. Valid until 30th April sahaja.

Thursday, April 21, 2011

Fobia..

Assalammualaikum kengkawan semua.

Pagi ini ada appointment kat Hospital Putrajaya. Sebulan tu menunggu for this appointment.. kalau swasta dah lama settle kot. But, this is a special case, so terpaksa la tunggu jugak. Nanti aku citer..Insyaallah.

Aku memang tak suka pegi hospital, ntahlah..macam fobia jer nak pergi .. iyelah, nama pun rumah sakit ye idak? .. lebih baik tak tahu dari tahu..sebab kalau tak tahu..boleh buat tak tahu jer..tapi, kalau dah tahu, mesti asyik risau dan gundah gulana...ha.ha..ha.

Arwah mak aku dulu pun memang tak suka gi hospital .. memang dah keturunan la kot...fobia..

Phobia of Hospital: 'Hypnotherapy'

Lagi satu, aku fobia tempat sempit..'Claustrophobia'. Aku tak suka naik lif sensorang, mesti ada teman. Pernah sekali terperangkap kat dalam lif masa tinggal kat Kerinci dulu, nasib baik sekejap..kalau tidak mesti histeria aku kat dalam tuh...he.he. Bila terperangkap tu kan, rasa macam semput tau, tak boleh bernafas dan menyebabkan aku jadi panik. Untuk cool down, aku tutup mata dan baca zikir la, sebab nak hilangkan rasa takut tu. Hu..hu..jangan buat memain ooo..i don't like that feeling.

Aku jugak takut tempat tinggi... gayat lorrr..

Ada macam-macam jenis fobia. Yang kelakar pun ada. Contohnya:
Ablutophobia- Fear of washing or bathing ( ini pun ada...alasan..ni..alasan..he.he)

Bibliophobia- Fear of books

Chaetophobia- Fear of hair

Chronomentrophobia- Fear of clocks

Didaskaleinophobia- Fear of going to school(nasib baik anak-anak aku tak bagi alasan fobia nih...he .he)

Numerophobia- Fear of numbers ( camne ek nak guna duit??)

Banyak lagi yang pelik-pelik. Silalah google..he.he

Korang ada fobia tak?



Make your life 'senang' with more 'menang'. IPad, GPS and Honda City... Wheee!!!

Wednesday, April 20, 2011

Cerita 'Pontianak'???

Assalammualaikum kengkawan semua.

Aku saja nak ce citer kat korang, pasal sms yang aku terima baru-baru ni.

Sms tu macam ni: 'Sila sms ke XXXX untuk mendapatkan cerita hantu 'Pontianak'..bla..bla..bla

Apekehalll...la semua ni??.. takde kerja aku nak pi menghabiskan duit aku semata-mata nak baca citer 'Pontianak' depa tu. Depa tak tahu, citer hantu aku lagi real...kah..kah..kah...

Macam-macam cara orang nak mencari duit sekarang ni. Apa benda pun boleh. Ini pun dah kira macam SPAM jugak la kan, mesej-mesej macam ni, buat menyemak mail box je.

Dulu pernah dapat sms yang mintak top-up tu. Korang pernah dapat tak?? Setahu aku, ramai yang dapat sms ni. Yang kesiannya, ada gak yang tertipu. Mana dorang dapat no. telefon ni semua ek?? Macam aku dulu berniaga online, no, telefon merata-rata aku letak kat internet ni, so, aku tak heran sangat la. Tapi, macam kakak aku tu, dia dok rumah jer, dia pun dapat gak sms SPAM ni...

Dari segi, marketing..aku rasa memang bagus la, tapi, cara tu biar betul. Kalau kita melanggan servis dorang takpe, aku pun tak kisah gak ... ini benda yang merepek-repek camni.. boring la.

Tuesday, April 19, 2011

Pulut Bukan Sebarang Pulut

Assalammualaikum kengkawan semua.

Ini bukan citer pasal pulut kuning atau tapai pulut, tapi, pasal Silat Pulut.

Korang pernah dengar tak?? Aku pun baru tahu. Ada gak Silat Pulut ek!! Itupun bapak aku yang citer masa raya tahun lepas..

Masa kekecik dulu, aku minat nak belajar silat, sebab aku tahu bapak aku pandai silat, walau pun aku tak pernah tengok dia praktis. Tapi, bapak aku memang tak layan la. Dia buat derk je. Lepas tu, adik aku pulak minat nak belajar, dia, pun bapak aku tak nak ajar. Aku pun tak tahu apa sebabnya, dan aku pun tak bertanya, takuuuttt!!

Raya tahun lepas, masa tengah bercerita kat meja makan, baru la aku teringat nak bertanya.. dia dulu belajar silat apa. Bapak aku bagitau, dia belajar silat pulut. Orang dulu-dulu, masa time Jepun, British memang ramai yang belajar silat untuk mempertahankan diri, kalau terjadi apa-apa takde la hopeless kan.

Kenapa dia tak nak ajar?? Sebabnya, banyak pantang pastu boleh jadi baran pun ye. Asyik nak mencabar orang jer, tak kira la sapa, memang takde perasaan takut langsung. Ini memang aku akui, sampai kitorang adik-beradik pun takut wooo...dia pernah menegur sorang guru silat, sebab ajarannya salah, lepas tu .. fight la.. cikgu tu kalah,,sampai pindah cikgu tu, sebab malu ngan murid-murid. Lepas tu bapak aku pun sakit..dia rasa dia kena santau angin..bila berubat baru baik...wallahualam..

Silat Pulut yang aku google, ialah silat persembahan atau permainan. Tapi, bapak aku cakap, silat ni takdela berbunga sangat, dia lebih kepada attack, defend dan mengunci. Silat sekarang ni banyak bunga jer, silat untuk pertunjukan. Masa nak graduate, pesilat tu akan digantung kakinya di atas kepala di bawah, pastu kena ngelak la, daripada kena pukul, pakai parang ke, kayu ke..ngeri je dengor.

Bapak aku cakap masa muda dulu, dia memang suka sangat mencabar orang, tapi, bila dah boring dia pun tak tahu nak buat apa ..pastu, dia jumpa dengan sorang tok guru.. dia bertanya..ilmu apa lagi yang perlu dia belajar.. tok guru tu cakap Ilmu Agama. Semenjak dari itu, bapak aku pun macam dapat hidayah, dia pun tinggalkan dunia persilatan. Tapi, sebab dah lama sangat mengamalkan ilmu persilatan, memang susah gak la nak tinggal.

Memang dari kecik aku tak pernah tengok bapak aku praktis, tapi, aku tahu, bapak aku pandai silat bila ada satu kejadian, dia naik syeikh....ceritanya, ada sorang budak ni, dia pun OKU, macam autisme ke apa ke aku tak tahu la.. dia pergi patahkan wiper kereta yang bapak aku baru tukar. Bapak aku mengamuk dan mula bersilat kat tengah jalan tu...aku pun terkejut wooo time tu..masa tu la aku tahu, bapak aku pandai silat. Nasib baik ada 2-3 orang tahan bapak aku, kalau tidak, bapak aku cakap,,mati budak tu. Bila dia naik syeikh, memang hilang pertimbangan wooo. Sebab tu la dia tak nak ajar kat kitorang...

Tapi, rugi jugak la kan sebab tak belajar, coz, kalau diikutkan bapak aku ni boleh jadik cam Bruce Lee jugak ni....he.he..kalau ilmu tak diperturunkan..akan lenyap la .. aku rasa kalau nak belajar pun kena ada kekuatan mental dan ilmu agama yang mendalam. Kalau tak memang boleh hilang pertimbangan.

Korang ada belajar seni mempertahankan diri ke??.. Aku takdak langsung, satu hapa belt pun takdak..he.he.he

Monday, April 18, 2011

Saya menang Anugerah..

Assalammualaikum kengkawan semua.

Baru balik dari jenjalan blog Padlie. Hu..hu..tak sangka dapat Award Geng CsP Februari 2011 . 


Lawa award ni, terima kasih Padlie.

Selalu jugakla aku menjenguk blog kengkawan yang ada dalam bloglist aku ni. Aku suka baca blog Padlie, coz banyak info, dan penulisan yang mantap. Bukan macam blog aku ni, asyik tulisan merapu je..ha..ha...

Aku diekori...???

Assalammualaikum kengkawan semua.

haa...haaa..haa..

Bertuah badan weii..kalau duit-duit ni semua mengekori aku..kalau RM-RM yang mengekori lagi best.

Aku dah try minyak ni.. memang aku pakai petronas je sejak dulu, minyak jenis lain aku tak pernah pakai pun, jadi, walau apa minyak yang dipasarkan oleh petronas, nama 'Primet Naik Rega' pun aku kena beli la jugak..hik..hik..hik.

Bagi aku, personally memang ada penjimatan dan lebih mileage. Tapi, persoalannya, adakah minyak akan naik rega lagi??..

Sunday, April 17, 2011

What will i do..

Assalammualaikum kengkawan semua.

Semalam tajuk entry What will you do??..ha.ha..hari ni: What will i do.

Dalam keadaan lampu hijau camtu, kalau dari jauh, memang sah sah aku akan pecut, sepenuh hati...muahaahaaa....

Nampaknya korang pun camtu gak kan..he.he.. aku rasa logik la, tindakan kita tu. Bagi aku, aku rasa malas nak menunggu lama kat traffic light tu. Lain la, kalau sesampai kat situ memang dah lampu merah kan.

Kalau time tu lampu hijau, atau baru start kuning, memang kaki ni akan tekan pedal minyak tu dengan agak kuat sikit..ha.ha..haaa..ganasszzzz gitu. Tapi, sebelum tu, mata melilau la ke kanan dan kiri, tengok ada polis tak kan.. kang tak pasal jer... habih rekod baik aku tuh..

Tapi, aku tahu dan confirm, memang ada jugak yang akan relaks jer drive, tak kisahlah hijau ataupun kuning. ..sebab aku memang kenal orang tu........ husband aku la tuh....he..he... aku rasa, sebab dia dah terlalu biasa dengan traffic jam, dan dah tak heran langsung dengan keadaan trafik...aku memang tak bley la...mesti pecutttt......zasssssss...

Saturday, April 16, 2011

What will you do??

Assalammualaikum kengkawan semua.

A quick update.

Apa yang korang akan buat bila :

Anda sedang memandu, tak kiralah kereta, motor, beskal ataupun wilcha..

Bila dari jauh anda nampak lampu traffic masih hijau.

Soalannya: Adakah anda akan....

A. Memecut dengan laju, sebab nanti akan tukar kepada lampu merah.

B. Memandu dengan kadar biasa, tak kisahlah .. lampu hijau ke kuning ke, bawak selamba dek jer.

Friday, April 15, 2011

Yang Ori ke tak??

Assalammualaikum kengkawan semua.

Hari tu aku beli tudung dekat Supermarket Hero. Dalam Hero tu ada satu kedai yang jual tudung, dah lama aku tak beli tudung baru. Aku bukan jenis beli tiap-tiap bulan, jadi bila beli, aku akan beli 2-3 helai sekali.

Bila beli, mestilah nak murah tapi berkualiti kan. Pernah gak beli yang RM5 kat pasar malam, oklah, tapi, kualiti kureng. Bandingkan dengan yang mahal sikit tu, memang yang mahal tu tahan lebih lama dan of course la, lebih lawa.

Masa kat Hero, hari tu aku beli yang ori dan satu lagi yang tak ori. Dua-dua ok, tapi, yang ori tu bila dipakai lebih selesa. Walau pun aku tak berkisah sangat tentang barang branded, tapi, kualiti yang penting. Lagi satu, tengok poket la, kalau poket berisi tak kisah la kan, boleh beli jer, kalau poket kurang berisi, beli jer asalkan ada.

Bagi aku barang elektronik lebih baik la beli yang branded sikit, coz tahan lebih lama. Tapi kan, barang elektrik sekarang memang tak setahan, barang elektrik yang dulu. Bapak aku beli washing machine dah dekat 20 tahun masih berjalan lagik..

Bagi korang, korang suker beli barang branded/ ori ke, yang tak ori??

Wednesday, April 13, 2011

13 design Handphone paling buruk

Assalammualaikum kengkawan semua.

Buruk sangat ke hp ni semua. Bagi aku tak le buruk sangat. Tengok ajela ek...


No. 1: Nokia 7600

Ladies and gentlemen, we have a winner. While Apple was changing the phone industry with a super-slim touchscreen iPhone in 2007, Nokia came out with this gem. (Shown above) It's not clear what inspired the small screen and the pig's ear shape, but it gets top honors in this contest. Any wonder why Apple is cleaning up in mobile, while Nokia is clearing out.


No. 2: Samsung Cleo
Ah yes, the "lady" phone. The Samsung Cleo really hit the mark with this one. Pink is bad enough, but does square really speak to the female phone buyer? What a cute, ah ... cigarette case? um ... makeup compact? Oh, look at that, it's a phone!

No. 3: Research In Motion BlackBerry 8700

Business folk cherished this squat, homely little phone. Who cared that it was pudgy and unapologetically plastic? One redeeming feature was the thumb wheel, which allowed hard-chargers to scroll through emails with one hand and, you know, master the universe with the other.


No. 4: Nokia 3620
Not to be outdone by those pesky Swedes, Finnish phone giant Nokia totally turned the tables on the Sony Ericsson T61z and made the 3620 with an oval bottom and a square top. Take that Ericsson.


No. 5: Sony Ericsson t61z
It was a radical move by Sony Ericsson with the T61z phone. Do people want corners or curves? Let's give them both. Sony Ericsson made the T61z square on the bottom and oval on top. Brilliant. Who wouldn't like a phone shaped like a shoe-print?



No. 6: Motorola Nextel i500
Police-tape yellow and shaped a lot like a firefighter's walkie-talkie, the Motorola Nextel i500 wasn't trying to be one of your pretty phones. It was aimed at first- responders of business. Tech crews and workers out in the field needed a rugged-looking phone on their belt; the i500 was the perfect accessory.


No. 7: Motorola Flipout
s there a demon whispering "make it square" in the ear of phone designers? Even the new Motorola couldn't resist the temptation. The Flipout, launched earlier this year, brings a whole new approach to square with its interesting corner hinge. Foxy? No. Weirdly boxy? Oh yes.


No. 8: Microsoft Kin
Teen phones are a questionable move by any company, but ugly teen phones like Microsoft's Kin beg the question: What were they thinking? At least the Sidekick, the Danger-made predecessor to the Kin, had a cool look. The boxy shape of the Kin almost assured Microsoft's phone failure. It only took two months of sales for Microsoft to kill the Kin.


No. 9: HTC Apache
Before HTC made sleek black phones, they cranked out clumsy, silver bricks like the Apache. The Apache was part of a pioneering smartphone effort by Sprint, Microsoft and HTC. The phone was hot, but not in a good way. And it was pocket-straining heavy. Let's just say HTC has done well not to follow the silver brick road.


No. 10: LG VX9800
Two big speakers inside LG's horizontal flip phone didn't really compensate for the two puny display screens. LG, which had a decent track record with phones, apparently put aside its talents and let Verizon take over the design decisions. The VX9800 was intended to be a big vehicle for Verizon's VCast media offerings. Any wonder why Apple wouldn't play ball with Verizon all those years?



No. 11: Palm Treo 700p
Palm, now a division of HP, arguably invented the smartphone. But the signs of Palm's eventual demise were evident with this later generation Treo. While its contemporaries were slimming their designs, Palm's Treo 700 arrived not only thicker but heavier than its Treo 600 predecessor.



No. 12: LG VX8300
Like the Samsung hand grenade, the LG VX8300 was a lot of hardware all folded together.
A camera, music buttons, an external screen, twin side speakers and an antenna that Verizon required at that time -- the LG VX8300 had a lot going on. You can sort of see how the clutter made Motorola's follow-up with the clean, ultra-slim Razr so popular.


No. 13: Samsung SGH X800
Folding phones offer a compact and winning design. Samsung's SGH X800 got the folding part right, but it missed on the compact part. Open the phone was fine, but folded? It was like a fat little hand grenade.

SUMBER: YAHOO

Tuesday, April 12, 2011

Masters 2011

Assalammualaikum kengkawan semua.

Korang ada tengok Masters 2011??..

Aku jarang la tengok golf, tapi, Masters 2011 kali ni, aku ikut pun sebab ada budak ni, Rory Mcilroy.
sumber: yahoo
Budak ni muda lagi, baru 21 tahun. Masters ni berlangsung 4 hari. Budak ni leading dari hari pertama sehingga hari ke 3 dengan -12. Hari ke empat, lingkup jadi -4. Aduhai... make me very upset oooo. I really hope that he can win. Because he will be the 2nd youngest next to Tiger Woods kalau dia menang. Last day, tengok dia main, aku pulak yang emo, sedey ooo tengok dia main teruk sangat. Aku rasa pressure la tu. Yang menang Masters 2011 hari tu ialah Charl Schwartzel..ha.ha..mamat ni, ntah mana-mana dtgnya..tiba-tiba jer last day, main sikit nyer bagus, terus menang...giler betul la..

Dulu, husband aku ni gila gak dengan golf..sekarang dah kurang la. Bila balik Malaysia, sibuk lagipun rumah jauh sangat dari opis, pegi pagi balik malam..bila weekend tu memang rasa nak rehat jer..jadi dia pun dah jarang main golf dah, setakat pegi driving range je. Lagipun, spending time with the family lagi penting kan. Bebudak ni, kalau bapak dorang takde, boleh mati kutu..where is baba, why baba so late,,,dengan aku...hmmmm... takde dorang herannya derrr...

Monday, April 11, 2011

RIO..

Assalammualaikum kengkawan semua.

Semalam aku pegi Alamanda, korang pegi jenjalan ke mana?

Aku pegi sana pun sebab nak mencari barang, kalau tak aku tak berapa gemor nak ke sana. Sementara menunggu aku, husband aku bawak bebudak ntah ke mana. Tiba-tiba bagi sms, dah beli tiket nak tengok Rio, citer kartun burung biru tu. Sabor je la.

Aku ikut je la, tengok Rio 3D.

Best jugak citer nya, dia punya 3D pun mabeles. Memula start, burung-burung semua tengah menyanyi happy dalam hutan, depa buat flying formation yang sangat menarik dan very colourful...dengan penggunaan teknik 3D, mmg nampak hidup..so, it was really amazing. Pernah gak tengok 3D sebelum ni, citer Narnia dengan Gullivers Travel, tapi, tak sebest Rio, mungkin dorang boleh guna teknik 3D dengan lebih meluas kalau buat citer kartun kot.

Citer ni pasal Blu, burung macaw jantan terakhir bersama tuannya Linda, pegi ke Rio, untuk bertemu dengan Jewel burung macaw betina. Masa kat Rio, Blu dan Jewel kena birdnapped. Bila dapat peluang untuk melarikan diri, Blu pulak tak boleh terbang, sebab dah lama sangat jadi binatang peliharaan. Jadi Jewel yang telah digari bersama pun tak boleh nak pegi mana. Ada satu scene yang aku tak berapa gemor, masa Linda menyamar pakai bikini di Karnival untuk mencari Blu.

Apa jadi kat Blu dan Jewel akhirnya??..he.he..mestilah happily ever after,,.. tapi, korang pegi la tengok sendiri, nanti spoil the fun la..

Aku jarang tengok movie ni, mungkin dua bulan sekali kot..tengok citer bebudak je. Tapi, citer Rio ni la, citer yang aku enjoy tengok.

Citer yang lain banyak download jer, hari tu husband aku donlot citer battle of los angeles kot, punyala boring giler, sampai tertido dibuatnya, berbaloi lagi aku tengok hantu kak limah. Serius... ini menunjukkan citer Malaysia ni dah ada peningkatan. Tak perlu modal berpuluh juta ringgit untuk buat filem yang menghiburkan. Betul tak korang???? Ce citer...ce citer........

Friday, April 8, 2011

'Bloglist Mah@mahu.com'

Aku telah ditag oleh cik yati untuk join bloglist ini.



Syarat2 untuk menyertai bloglist Mah@mahu..
1) Pasti yg utama anda mesti lah meletakkan blog Mah@mahu.com dalam senarai bloglist anda supaya sama2 mendapat kebaikan ok...
2) Buat satu entry bertajuk 'Bloglist Mah@mahu.com' dalam tu hanya lengkap slogan ini 'Saya ingin menyertai bloglist Mah@mahu kerana ........'
saya telah ditag oleh seorang rakan blogger iaitu cik Hayati Hashim.
 (tidak lebih 20 perkataan)

3) Letakkan banner blog Mah@mahu seperti kat atas atau bawah ni pun boleh dalam entry anda.
4) Last sekali kena tag 1 org kawn blog anda.

saya nak tag: Padlie

5) Tinggalkan link anda pada comment entry ini ok senang nak rujuk nanti.

Sesiapa yang berminat nak join boleh click sini.

Nak melancong ke mana??

Assalammualaikum kengkawan semua.

Aku berkira-kira nak ke Sabah cuti sekolah bulan 6 ni.

Korang dah ada plan ke???


Nak ke Sabah ni pun sebab anak aku yang sibuk sangat nak pegi. Ntah la, jeles kot tengok bapak dia asyik ulang alik ke sana tahun lepas. So, tahun ni untuk merealisasikan impian dia, kitaorang ingat nak ke sana..Insyaallah.

Tiket pun dah aku beli dengan MAS, kena beli awal la kalau nak murah kan. Ingat lagi last year, masa pegi Langkawi, beli lebih kurang 3 minggu sebelum flight, mahal giler.. harga tiketnya lebih mahal lak dari tiket ke Sabah yang aku dah beli tu..hu..hu.

Aku tak pernah naik air asia, korang penah tak?? Macam mana ek dia punya baggage tu,, kena bayar atau dah siap dengan harga tiket. Yang aku perasan meal pun takde kan??.. semua kena beli coz takde dalam package.

Kat mana ek tempat yg best kat Sabah, mmg tak pernah pegi, husband aku pun pegi atas urusan keja, mmg takdak berjalan sgt la.

Korang ada pengalaman ke sana?? Share la....

Thursday, April 7, 2011

April Fool

Assalammualaikum kengkawan semua.

Aku terbaca cerita ni kat Majalah Mastika.

Orang kafir merayakan April Fool sebagai hari untuk mengenang kemenangan mereka membunuh dan memperbodohkan orang Islam, berdasarkan tragedi Granada di Sepanyol.

Pada abad ke-8 masihi, Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju. Orang kafir ni memang dengki, so, mereka cuba takluki negara tersebut. Caranya mudah je, dorang melemahkan iman orang Islam melalui serangan pemikiran dan budaya. Aku rasa, macam senario kat Malaysia sekarang ni la kan. Ideologi barat dan budaya mereka yang menjadi ikutan para remaja.

Bila, orang Islam alpa dan lalai, dengan mudah mereka dapat menguasai negara Sepanyal, sedikit demi sedikit. Last-last, mereka dapat menawan negara tersebut dan mengakibatkan rakyat menjadi takut dan bersembunyi di dalam rumah. Taktik penipuan yang dibuat oleh tentera salib ialah, mereka mengumumkan penduduk Granada dibenarkan untuk keluar dengan selamat dan menaiki kapal yang telah mereka sediakan. Bila penduduk tersebut keluar dari tempat persembunyian masing-masing, tentera salib pun menyerang dan membunuh mereka dengan kejam. Rumah dan kapal yang dijanjikan tu pun turut dibakar. Tak kiralah, budak kecik ke, wanita semua kena bunuh. Kejadian ini berlaku pada 1 April 1847.

Sebelum ni, aku pun tak tahu pasal citer April Fool ni. Seingat aku, aku dan kengkawan pernah buat prank on April Fool masa sekolah menengah dulu. Kitaorang gam kapur kat blackboard, bila cikgu nak amik tak bley...so, kitorang gelak kan cikgu tu...dan cakap April Fooooolll...

Allah hu Akbar... rupanya, ini semua agenda orang kafir.. Astaghfirullah...

Tapi, seingat aku, aku memang takde buat dah lepas tu, itulah satu-satu insiden yang melibatkan aku dengan April Fool day ni.. yang lain, kengkawan banyak kenakan aku ada la.

So, selepas dah baca citer ni, ingat-ingatlah ek, jangan la nak buat prank on 1st April walaupun takde niat, dan saja suka-suka. Dan nasihatkan kengkawan yang selalu buat prank tu.

'SAY NO TO APRIL FOOL'

Wednesday, April 6, 2011

Enjit-enjit Semut..

Assalammualaikum kengkawan semua.

Ini bukan sinopsis citer Hantu Mak Limah Balik Rumah ek...he.he

Korang pernah main tak enjit-enjit semut masa kecik-kecik dulu?? .. Aku ingat, masa aku kecik, kalau main enjit-enjit semut ni, memang kitaorang akan cubit kuat-kuat punya.. memang tunggu turn je nak naik atas..sakit weiii..

Selain dari tu, aku dan kengkawan main konda-kondi, galah panjang, yang macam besbol tu panggil apa ek??.. batu seremban, main nyorok-nyorok dalam semak, teng-teng.. lagi apa ek, permainan dahulu kala kita tu??..

Yang pastinya, permainan camgini, semakin ditelan zaman. Kat kampung, mungkin famous lagi kot, kalau kat bandor ni, tak tahulah. Anak-anak aku pun tak reti permainan ni semua.

Zaman sekarang, zaman teknologi.. budak-budak sekarang ni sibuk dengan ps2, psp dan permainan komputer je.

Lagipun dulu masa aku kecik, mak aku memang takde kisahnya der, aku keluar pagi, petang nak senja baru balik. Asyik main je la kejanya. Kalau mak aku carik, maknanya dia bad mood la tu, dan conform kena piat le jawabnya..muahaahaaa. Aku memang lasak dan nakal masa kekecik dulu.. nasib baik gak sekarang jadik manusia...he.he.

Zaman sekarang aku tak boleh buat macam stail mak aku, risau pulak kena kidnap kang. So, most of the time, anak-anak pun duduk dalam rumah je, tunggu weekend baru pegi playground sama-sama itupun jarang. Bila masa nak main konda-kondi, teng-teng???..

Rindu, keadaan masa kecik-kecik dulu. Zaman, mak bapak tak perlu risau pasal kidnappers. Life is less complicated.

Tuesday, April 5, 2011

Keldai Dadah!!

Assalammualaikum kengkawan semua.

Mesti korang pernah terbaca cerita pasal 'drug mule' kat paper kan!

Selain daripada penderaan kanak-kanak, penculikan kanak-kanak, perdagangan manusia, cerita yang aku turut kesian ialah cerita para remaja kita yang terjebak dalam kes 'drug mule' ni. Yang aku baca, sekarang ni ada 1, 490 warganegara Malaysia yang merengkok di penjara luar negara, di atas kesalahan berkaitan dengan dadah, dan 'keldai dadah'.

Tak pasal-pasal je kau!! .. Mungkin disebabkan wang dan keseronokan .. Mungkin juga mereka dijanjikan dengan pekerjaan, percutian percuma, ataupun diminta untuk menghantar barang je, tanpa mereka sedari, mereka hanya diperalatkan oleh pengedar dadah. ..

Bila dah masuk lokap, tak ke haru.. diri sendiri susah, family lagi la kan. Pada aku memang aku rasa macam tak patut je, tapi, masalahnya bila kes masuk mahkamah, bukti untuk sabitkan orang yang sebenarnya yang bersalah takde. Of course la dorang pun pandai menipu, mungkin bagi nama dan syarikat palsu, maklumat palsu etc. At this point, menyesal pun takde guna. So, yang penting, walau apa pun yang kita nak buat, kita kena berhati-hati.

Kalau dapat offer nak pergi luar negara tu, selidik dulu betul-betul. Syarikat apa yang offer, cari maklumat dan minta pandangan orang lain. Jangan fikir seronok je bila ditawar gaji lumayan dan dapat bekerja di luar negara, sampai hilang pertimbangan.. fikir masak-masak, fikir dengan bijak untuk mengelakkan perkara-perkara tak diingini berlaku kepada diri kita. ..

Kalau dah buntu sangat buat solat Istikharah, Insyaallah Allah S.W.T akan bagi petunjuk,.. itu lah yang sebaik-baiknya.

Monday, April 4, 2011

Assalammualaikum

Assalammualaikum kengkawan semua.

Alhamdulillah, aku dah ok sikit. Selsema dan batuk belum ok lagi.

Yang aku perasan, sekarang ni, kalau selsema atau batuk, especially kalau batuk la, memang lambat betul baik. Mungkin kah virus tersebut sudah semakin imun dengan ubat-ubatan?? Atau pun makanan yang kita ambil mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan badan kita lambat respons untuk bertindak dengan virus-virus??? Ataupun aku yang sudah tua....muahaahaaaaa. Betul jugak tu kan, faktor usia berkaitan juga dengan pertahanan badan untuk melawan virus-virus..

Makin maju dunia kita, makin bertambah pulak manusia dengan penyakit-penyakit.

“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Ubat-ubat ni pun tengok jugak keserasian kan. Setengah orang makan ubat A boleh baik, sesetengah tu sebaliknya. Yang penting kena usaha la, kalau nak baik kan.. dan REDHA.

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”. (HR. Bukhari dan Muslim)

Insyaallah.

Wednesday, March 30, 2011

Exora VIP Test Drive Session

Assalammualaikum kengkawan semua.

Aku tak sihat ni, selsema dan demam.

Terima kasih buat kengkawan semua yang sudi berkunjung ke blog ini. Insyaallah, dah ok nanti aku akan jenjalan blog korang ek.

Kat bawah ni, aku bagi info pasal iklan churp-churp yang menarik, kalau korang berminat boleh la join.


Based on Exora’s unique benefits that can be best summed up as S.P.A.C.E, this as a word highlights the spaciousness of this 7-seater MPV, but as an acronym describes the car’s key qualities – which is Safety, Performance, Advanced Styling, Comfort and Economical (SPACE).

Proton Exora is Malaysia's first home-grown MPV that has been built to world class quality & standards in performance, safety, technology and comfort.

With Proton, not only you get to drive your family and friends in comfort, but safety is always a priority. Thanks to Proton, they're hosting its first-ever Exora VIP Test Drive Session and you're invited to participate!

Not only you will learn more about Exora's winning features, you get a chance to gain budget tips, have a spa session and win cash prizes of RM6k!
The first Exora VIP Test Drive Session starts from April 23, 2011.You can join here.

Monday, March 28, 2011

You're always busy!!

Assalammualaikum kengkawan semua.

You're always busy!!...ha.ha..itu lah ayat yang anak aku cakap kat aku. Alahai..sian pulak bila dia cakap camtu kan.

Tapi, itulah hakikatnya, dia cakap apa yg dia rasa. Masalahnya, anak aku sorang ni memang kuat membebel, masa kecik dulu lambat cakap, tapi, bila dah dapat cakap, tak berenti-renti...muahaahaaa..

Kadang-kadang tu rasa rimas la jugak kan, bila kita tengah sibuk, dia pun sibuk nak kita dengar dan bercerita ... kalau tak layan, dia cakap 'you never listen' , 'you're always busy'.

So, sekarang weekend.. mmg aku tak update blog la, nak tumpukan kepada budak-budak ni. Bila difikir-fikirkan, dalam beberapa tahun lagi, mungkin dorang pun dah tak heran kat aku kot..kah..kah..kah.. masa dorang kecik ni la nak berikan tumpuan, dan dodoian yang lebih.

Kakak ipar aku ada pesan, bila dorang dah meningkat remaja, kita kena menjadi dorang punya best friend ever, kena amik tahu dorang punya social life, siapa kawan dorang, serba serbi la, supaya dorang ni tak hanyut dan berkawan dengan kutu.. bila dapat kawan yang salah, macam-macam boleh jadi.. harap dijauhkanlah.

Friday, March 25, 2011

Aku tensionnnnnn

Assalammualaikum kengkawan semua.

Semalam aku tension gilerrrr wa cakap lu.

Aku nak join satu contest yang dibuat oleh satu site ni, YES WORLD . Biasalah, setiap contest mesti ada T&C. Tetapi, disebabkan aku terlampau excited, aku terlupa nak ikut betul-betul, syaratnya. Aduhai, geram jer. Marah diri sendiri ni.

Masalahnya, masuk ni kali ke-3 dah aku join, yang first time pun aku buat silap, yang second aku dah buat betul-betul, aku dapat consolation prize, tu yang lagi excited nak join kan. Cuba u all tengok kat sini . Best hadiah dia, contest tu pun senang je, cuma kena ikut syarat yang telah ditetapkan je..

Kalau u all nak join, join la tarikh tutup 30 Mac ni.

Selepas ni, memang aku akan lebih berhati-hati dan jangan biarkan si tikus ni cepat sangat nak tekan send. (Marah lagi dengan diri sendiri!!!)

'BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT'

Wednesday, March 23, 2011

Aku Dah Rabun Mata...

Assalammualaikum kengkawan semua.

Haa..haaa.haaa.. itula.. masalahnya.. bila tengok barang-barang yang dijual kat lelong.com tu... harga pulak murah giler... selalunya aku tengok je la. Cuci mata. Tapi, sekarang ni aku memang tengah berkenan betul dengan ipad ni:

Gerammmm jer. Ntah ori ntah idak..kah..kah..kah.

Setakat ni tak pernah beli lagi barang camni kat Lelong, ye la, ramai cakap barang kat situ made in China. Yang aku pasti, mmg ada made in China, tapi, soalan-soalan camni boleh ditanya sebelum kita beli. Kalau nak kena tipu, kat mana-mana pun boleh, tak kira la, beli online ke offline ke.

Sekarang dah banyak site yg buat camni, tapi, yg macam pennyauction, peepnbuy semua tu kena beli points dulu baru boleh bid. Ini aku tak gemor sangat la, coz rugi la, kalau kalah bid, points yg kita beli pun hangus jugak.. tapi, harga mmg murah giler.

Korang suka tak beli online?

Percuma / Free

Assalammualaikum kengkawan semua.

Barang FREE ni untuk kaum hawa sahaja.

Sesiapa yang berminat nak dapatkan sampel free LIBRESSE - boleh layari link ini .

Cuma isikan detail anda, dan barang akan dipos..Insyaallah.

Untuk brand KOTEX - boleh tengok sini.

Site ni banyak plak songeh dia, banyak plak nak kena isi details. So, terpulang la pada korang ek.

KEPUTUSAN SPM 2010

Assalammualaikum kengkawan semua.

Hari ni keputusan SPM 2010. Kepada adik-adik yang amik SPM tu, saya ucapkan selamat berjaya semuanya.

Sekiranya result tak ok pun takpe, jangan susah hati, banyak lagi peluang belajar untuk anda. Yang penting, jangan cepat putus asa, OK. Jauh lagi perjalanan hidup anda.

Tuesday, March 22, 2011

Pengalaman: Belajar Memandu

Assalammualaikum kengkawan semua.


Tengok la gambo aku yang innocent tu..he.he.. budak muka kesian.

Aku amik lesen tahun 1997.  So, dah lebih kurang 14 tahun yang sudah. Zaman tu, pun dah pakai ujian bertulis berkomputer. Ujian berkomputer aku mmg tip top la, my instructor plak yang terhappy lebih daripada aku, bangga kot. Eleh,, bukannya dia yg belajo, aku gak..he.he..

Masa time exam driving, aku ikut instructor dan beberapa org student lain. Semua aku buat ok, cuma tang bukit, aku nervous sikit, bila drive, aku berhenti sebelum line. Kena turun balik, reverse la kan. Aku tengok ramai gak yg kantoi kat bukit tu, bila reverse, tah mana-mana plak peginya..muaahaaahaaa... aku je yg terer reverse time tu (cheh...he.he...terbelagak plak saya,, maaf ye..ha.ha..ayat nak cover)

So, kat bukit tu je yg aku gabra sikit, parking dengan drive on the highway ok. Masa ujian memandu kat jalanraya tu, aku dapat pulak jpj instructor yg satu ITM ngan aku.. apa lagi , pakat borak plak. Aku rasa, dia pun saja nak menguji aku. Aku ingat jalan ke, bila dah sedap berborak tu kan. Hu..hu..silapla, aku mmg dah hafal semua jalan-jalan tu.. takde keja aku, nak membuang duit dan masa aku dengan mengulang benda-benda ni semua.

Alhamdulillah, aku berjaya hari tu. First try amik terus lulus. Kakak aku 4 kali amik, baru lulus, bila balik, aku buat le muke belagak aku kat dia..muahaahaaaa...menyampah betul dia kat aku..he.he..ala..aku pun bukannya saja nak berlagak ngan dia.. aku bukan jenis orang macam tu.. saja nak melawak jer..

Student yg pegi sama dengan aku, semua tak lulus...kesian diorang. Muka toye je memasing. Aku buat tak tahu je la, sian kat orang kan. Happy pun dalam hati je.

Macam mana dengan pengalaman korang masa amik lesen dulu agaknya ek??

Monday, March 21, 2011

Maaf, Saya Tak Sengaja Berpakaian Seksi

Assalammualaikum kengkawan semua.

Korang ada baca akhbar kosmo tak hari ni?

Nak tergelak baca, salah satu artikel hiburan, mengenai seorang artis ni. (kalau nak tahu lebih lanjut, boleh layari kosmo online ek)

Ada ke pulak dah pakai seksi, boleh cakap tak sengaja. Aduhaiii...mengada-ngada..ayat saje nak cover.

Atau mungkin juga, itulah persepsi, budak remaja zaman sekarang. Yang nampakkan perhiasan diri, macam gambar minah ni, still biasa-biasa aje?? dah takde, isu kejutan budaya nampaknya, kat Malaysia ni,, semuanya macam dah biasa. 

Bila ditanya bagaimana reaksi keluarga: 'Alhamdulillah keluarga saya okey. Mereka sentiasa menyokong dan pada masa yang sama menegur saya bahawa insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku.'

Kalau aku, dah lama aku kena belasah ngan mak bapak aku kot...muahaaahaaa.

Husband aku lagi best, kalau tengok aku melaram sikit, dia cakap awak nak melawa untuk sape??.. melawa kat rumah je ek!! .. betul la tu, tapi..cheh,,, ada gak tapi,, ayat nak cover diri la ni... kalau aku selebet je kang, tak best la plak kan, karang org cakap,,,bini sapa la comot sangat tu!!..he.he..

FREE VOUCHERS dan Collect points di KFC dengan Snax Card

Assalammualaikum kengkawan semua.


Korang tahu tak dengan kad ini korang boleh kumpul points dan redeem kat kfc??..haaa...korang dah tahu ek??.. aku je baru tahu??..sian aku..aku rasa aku ada terperasan benda ni dulu, tapi, tak amik port pun.

Takpelah, bagi korang yang belum tahu, kad ni boleh didapatkan percuma dari site ni: SNAX

Kad akan dihantar dalam masa 30 hari. Korang boleh jugak dapatkan voucher percuma FREE SIZE UP kfc kat sini: FRIES & AIR

Saturday, March 19, 2011

Update Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya

Assalammualaikum kengkawan semua.

Semalam pegi tengok Fiesta Belon Udara Panas kat Putrajaya.

Sebenarnya, tujuan aku mmg nak tengok belon ni dari dekat je, yang karnival tu semua tak minat sangat la. Masa pegi time pukul 6 lebih, baru lepas hujan, so keadaan time tu macam berkabus je.

Tiket untuk naik belon tu SOLD OUT. Aku pun tak kisah, bukannya aku nak naik pun, aku ni gayat, so, dapat tengok belon ni close up pun jadi la. Aku cari belon Darth Vader tak jumpa pun, yang aku nampak belom doremon, dengan badut, yang lain tu biasa je. Belon doremon tak amik gambo.


Gerai-gerai jualan yang biasa, macam kat pasar malam tu.
Semalam pegi, baru lepas hujan .. so jalan kat situ berlumpur la, malas nak jalan jauh-jauh, so masuk dan keluar balik, tak kuasa nak mengotorkan kaki.


Masa nak balik, baru perasan, kitaorang dapat tiket rupanya. Muaahaaaa. Memang tiket FREE. Bukan tiket free naik belon, tiket free dari pak polisi, kena saman daaaaaa. Isk...isk...ada ke patut. Tempat parking penuh, so, kitorang parking kat jambatan tu tau. Selalu jugak kitorang parking kat situ, takde pape pun. Ramai ooo parking kat situ semalam, mungkin semua kena. Adohaiiii.. so, korang berhati-hati la ek. Mungkin kitaorang tak bernasib baik semalam tu. Mungkin juga sebab hari kerja, hari sabtu/ahad ok kot. Tak tahu la, so, kepada korang-korang yang ada hati nak pegi tu, beringatla ek.

Hadiah sudah sampai..

Assalammualaikum kengkawan semua.

Semalam hadiah giveaway edy tu dah selamat sampai.

Hu..hu..yeaahaaa....


Hadiahnya:

Terima kasih Edy.

Dengan keadaan mata aku yang rabun ni, nampaknya husband aku la yang dapat memakainya. Aku punya sunglass pun ada power, nak buat camner. Punya la seronot orang itu dapat spek rayban..hu.hu..gelak happy jer...nyampaaahhhh.

Friday, March 18, 2011

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya (17 - 20 Mac)


Fiesta: International Hot Balloon 
Tarikh: 17 - 20 Mac 2011
Tempat: Monumen Alaf Baru, Precinct 2, Putrajaya


Assalammualaikum kengkawan semua.
Baru hari ni nak update blog..he.he..

Maklumla cuti sekolah..mak bapak pun cuti bersama anak-anak.

Semalam berjalan ke Putrajaya, ingat nak tengok belon, tapi,.. hujan lebat daaaa... tak leh tengok belon pun, pusing-pusing lepas tu balik. Banyak gerai-gerai menarik nampaknya.. hari ni ingat nak pergi lagi, Insyaallah tak hujan kot.

Anyway, hari ini adalah Anniversary kami yang ke-10. Moga-moga kekal hendaknya ke akhir hayat. 
Terasa cepat benar masa berlalu, kejap je dah 10 tahun. Dalam 10 tahun ni, susah senang ditempuh bersama, dengan kehadiran anak-anak membuatkan hidup kami lebih bermakna, walaupun kadang-kadang rimas jugak nak melayan kerenah mereka. Tapi, sebenarnya merekalah pelengkap kehidupun kami. 

Oklah kengkawan, nanti aku update pasal fiesta belon tu ye.. Insyaallah.

Selamat bercuti semua.



SIDE EVENT:

In order to make the fiesta livelier, there would be side events / concurrent activities held once the hot air balloons take to flight. With these activities, you will be entertained and there are avenues where you can learn about other aviation sports besides the hot air balloon.


1. Snap & Fly Competition
* Only Digital SLR
* 8.00 am – 3.00 pm daily during event
* Winner will be announced by 4.00 pm
* 1st winner – 2 hot air balloon flying tickets
* Location : Gallery (Registration & Evaluation)

2. Colouring Contest
* 7 – 10 years old
* Stationeries are provided (drawing block & color pencil)
* 17th & 18th March (Thursday & Friday)
* Registration from 9.00 am – 10.00 am (max 30 participants)
* Location : Launching Field Secretariat (Site A)
* Prize Giving – 11.30 am
o 1st Winner – 2 Free Flying ride tickets
o 2 Consolation Prizes

3. Block Building Competition
* Registration 10.00 am 19th & 20th
* Open to all ages, must have 1 children in a team
* Blocks provided
* Registration 10.30 AM daily
* Location : Launching Field
* 1st winner – 2 hot air balloon flying tickets
* 10 Consolation Prizes

4. Paper Aeroplane Competition
* 10 – 12 years old
* Consist of a parent & a child (2 persons)
* 17 – 20th March
* Registration 10.30 am – 11 am daily
* Location : Launching Field Secretariat (Site A)
* Paper is provided
o 1st Winner – 2 Free Flying ride tickets
o 2 Consolation Prizes
* Most creative
o Bonus gift





Tethered hot air balloon rides

* 5 hot air balloons for tethered rides for the public
* Operating hours from 8.00 am – 11.00 am and 6.00 pm – 9.00 pm daily during event
* Pre Booking Arrangement is NOT ALLOWED due to limited tickets
* Ticket counter opens from 7.30 am for morning session & 5.30 pm for evening session
* Tickets: RM10 for adults and RM5 for children
* The maximum quantity an individual can purchase is 4 tickets
* The minimum height requirement is 4 ft
* Tethered Hot Air Balloons Rides will be subjected to weather condition



Para-motors show



Remote control aircraft flying display


Kite flying


Helicopter rides

* Spectacular view around Putrajaya in 5-7 mins
* 4 seater excluding pilot (Sabah Air Team)
* RM130 per person
* Operating Hours : 9.00 AM - 12.00 PM & 1.00 PM - 4.00 PM
* Date : 19th & 20th March (Saturday & Sunday)
* You can start booking now by clicking on the right column 'Registration for HELICOPTER RIDE'
* Helicopter Joy Ride will be subjected to weather condition



Outdoor games for children

* Inflatables, Clowns, Magic Shows & Sphere Rides



Extreme games

* Paintball
* Wall Climbing
* Zorbing
* Archery



Carnival Favourites & Funfair booths

* Face Painting, Sand Arts for Kid's, Mehendi Art Painting for
children & women, Cool Stick-on Tattoos, and many more.


INFO LANJUT BOLEH LAYARI LAMAN WEB INI: http://www.myballoonfiesta.com/

Wednesday, March 16, 2011

Video: Men's Final All England 2011 (Chong Wei VS Lin Dan)


Video: Men's Final All England 2011 (Chong Wei VS Lin Dan)

Aku takkan boring tengok video ni. Muahaahaa..

Until his next win la kot. Go Chong Wei ..Oliympic..here we come!!

**RM58 instead of RM395 for 2.5 HOURS of Essential Facial + DNA Eye & Ampoules + Neck Treatment + Seaweed Mask + Traditional Body Massage + RM30 Cash Voucher at TWO Locations of ZENSE [85% OFF]

Tuesday, March 15, 2011

Tahap Radiasi di loji Fukushima Daiichi Semakin Meningkat

Assalammualaikum kengkawan semua.

Belum habis derita rakyat Jepun, kini, ada bahaya yang lebih dahsyat mungkin menyusul.

'FUKUSHIMA: Gas hidrogen di reaktor nombor tiga loji nuklear Fukushima Daiichi meletup pagi semalam, menyebabkan 11 cedera, tetapi tidak membocorkan radiasi seperti dibimbangi pelbagai pihak.'-Berita Harian.

'The April 26, 1986, accident at the Chernobyl Nuclear Power Plant in what is now Ukraine remains the worst nuclear accident in history and the only one to be classified as a Level 7 on the International Nuclear Event Scale, which runs from Level 0 to 7. The crisis in Japan is classified as a Level 4, indicating a reactor accident with local consequences. ' - Discovery

Walaupun Jepun merupakan negara yang menonjol dengan kehebatan teknologi, tetapi, ia tidak dapat juga mengelak daripada kemusnahan yang disebabkan oleh alam semulajadi.

Reaktor tersebut tidak mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa gempa bumi berlaku, tetapi impak daripada tsunami yang melumpuhkan generator diesel, yang digunakan untuk penyejukan sistem.

'Officials insisted last night that the explosion had not breached the core so had not resulted in a major release of radioactive material.' - Telegraph


INFO: KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA

1.Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.

2.Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.

3.Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.

4.Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.

5.Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

6.Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma. - Berita Harian


Aku berharap, pihak berkuasa Jepun dapat menangani masalah ini. Sebab, kalau berlaku nuklear radiation, alamatnya tragedy Chernobyl akan berulang kembali.

1. How has human health been affected by the Chernobyl accident?
2. How has the environment been affected by the Chernobyl accident?

Mengikut perancangan Loji Tenaga Nuklear Malaysia akan beroperasi pada 2021.

Sebab:

'Rizab minyak mentah Malaysia akan habis dalam tempoh 19 tahun akan datang. Rizab gas asli pula akan habis dalam tempoh 33 tahun. Sehingga 2009 belum ada telaga minyak baru ditemui. Ketika ini (2006) 80 % tenaga elektrik di Malaysia menggunakan gas. 20 % lagi menggunakan arang batu, minyak dan hidro.' - WIKIPEDIA

Kalau tak buat Loji Nuklear, Malaysia mungkin akan mengalami kekurangan sumber tenaga.

Bagi aku, aku tak kisah pakai lilin jer, tapi, impaknya pada ekonomi negara la. Coz, macam mana kilang-kilang dan perusahaan lain nak maju kalau sumber tenaga elektrik kurang? Kalau ekonomi kita tak bagus, effeknya pada rakyat jelata jugak kan.

Monday, March 14, 2011

FINAL: ALL ENGLAND 2011 RESULT│ Impian aku dan Chong Wei tercapai jua

Assalammualaikum kengkawan semua.

Akhirnya, tercapai juga impian aku untuk melihat Chong Wei membelasah Lin Dan. WUUUHUUUUU...YEEEAAAAHAAAA. The last time he won, was in the Japan Open 2010, September last year.

SUMBER: ALL ENGLAND BADMINTON WEB
Budak pom-pom girl pun dah siapkan banner untuk perlawanan tersebut.



Budak pom-pom girl bergaya dengan bendera ciput dan banner.


Pom-pom girl hanya sempat tengok perlawanan double Koo/Tan melawan pasukan Denmark je. Masa the Ultimate Challenge budak pom-pom girl dah tido...he.he..bagus budak pom-pom girl ni..penyokong Malaysia yang hebat...MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH!..

Masa tengok the Ultimate Challenge aku pun berdebar-debar jugak, aku tak nak meletakkan harapan yang tinggi, coz, semasa Korean Open itu hari, Chong Wei bermain dengan baik , tapi, tewas. Beliau tewas bukan sebab tak teror, tapi, because he cannot overcome the presurre.

But last night: “He played a superb game and was able to overcome the psychological barrier against Lin Dan,” (the star)

What a great pleasure watching them play. It was AMAZINGGGGGG!!!.. Both of them are really good players. Malam tadi, first time aku tengok Lin Dan, macam hilang punca, dan tak se'gah' seperti selalu, the exact word would be.. 'macam bodo jer'...muahaahaaaaa.

Masa kat atas podium, time amik hadiah.. muka si Lin Dan, macam:
'a'..macam mana aku boleh kalah ngan mamat cekeding nih???'
Tak berpeluang untuk dia, berlagak dan bukak baju dan campak kat penonton...ewwwwww...tak kuasa i .. keh..keh..keh.

Wuuhuuuuu....what an AWESOME match...really .. wa cakap lu.. the thrill and the excitement .. beyond comparison.

Congrats tu Chong Wei for the AMAZING performance.

MALAYSIA BOLEHHHHHHHH!!!!!


RESULT:  FINAL ALL ENGLAND 2011
CLICK FOR BIGGER VIEW ( SUMBER: ALL ENGLAND BADMINTON WEB)

Sunday, March 13, 2011

FINAL: ALL ENGLAND 2011


Assalammualaikum kengkawan semua.

Hari ni merupakan FINAL: ALL ENGLAND 2011. Sekali lagi, Lee Chong Wei dan Lin Dan akan bertemu. Aku harap kemenangan berpihak kepada Chong Wei kali ini. I really hope so.

Semalam, Chong Wei menumpaskan Chen Long: 21-17 , 21-13. Perlawanan yang memang mantap dari kedua-dua pemain. Tetapi, kelebihan lebih berpihak kepada Chong Wei, dia jauh lebih berpengalaman daripada Chen Long.

Manakala Lin Dan menumpaskan Mark Zwiebler : 21-9, 16-21, 21-11. Bagus jugak Mark Zweibler bermain semalam, terkedu juga Lin Dan.

So, malam ni penentu.. samada Chong Wei dapat mempertahankan titlenya.

Beregu negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong juga mara ke FINAL: ALL ENGLAND 2011 dengan menumpaskan Cai Yun dan Fu HaiFeng: 21-11, 23-21.

So, syabas untuk pasukan negara.

Harapan aku, agar mereka bermain dengan terbaik malam ni.

Ini adalah result semalam:

SEMI FINAL: ALL ENGLAND RESULT. (SUMBER: ALL ENGLAND BADMINTON WEB)

Ini pula match untuk hari ini:

FINAL ALL ENGLAND 2011 (SUMBER: ALL ENGLAND BADMINTON WEB)