Thursday, January 6, 2011

Nak sedekah, tapi...dia pulangkan balik duit aku...



“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – 39).


Salam semua. Di sini i nak share info tentang rumah-rumah anak yatim yang kita boleh bantu...

Sesiapa yang ada duit lebih tu, sedekah la yer...at least berkat jugak duit ptpn or duit nuffnang korang tuh...he.he..

DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)



Cerita pasal sedekah ni...teringat aku, satu ketika dulu. Masa tu tengah makan kat Bangsar, Jalan Telawi...Jalan Telawi dulu ada banyak ar kedai makan tepi-tepi jalan..bukan macam sekarang....tak best ar...bila tengah makan tu, datang la sorang mintak sedekah ni...tempat tu gelap sikit ar...harapkan lampu jalan jer...aku memang tak penah miss bagi kat diorang...so, aku selok la beg kan...duit-duit syiling yang ada aku bagi jer....pastu dia pun beredar la....aku pun sambung makan balik....

tetiba...mamat tu datang balik...dia pulangkan balik duit aku..dia letak atas meja dan dia pun blah......terkezut beruk aku...ingatkan ape hal plak...rupenyer....duit 1 sen...da...

Ya Allah...aku bukannya sengaja nak bagi satu sen kat dier...gelap tak nampak...tapi, juai mahal gak depa nih...hmmm...sejak hari tuh...aku pun lebih berhati-hati ler bila bersedekah...nanti depa ingat aku sengaja nak mainkan diorang lak kan....



__________________________________________________________________


http://www.rumahamallimpahankasih.com/

Sumbangan melalui wang tunai atau cek bolehlah di buat atas nama:
• Rumah Limpahan Kasih Malayan Banking Berhad, No akaun: 512343531956 (makan / minum utiliti)
• Pusat Pendidikan Limpahan Kasih Malayan Banking Berhad, No akaun: 562777200627 (untuk pendidikan)
• Pengurusan Baitul Hidayah Malayan Banking Berhad, No akaun: 512343532238 (untuk kebajikan / pendidikan saudara baru)


http://nurulqanaah.blogspot.com/

Financial support for Allah's Cause and amal jariah can be credited at Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) under the name of RUMAH SILATURRAHIM NURUL QANA'AH with

BIMB account no: 14032010035421


http://rumahanakyatimdarulizzah.blogspot.com/

Pertubuhan Anak Yatim Darul Izzah

No Akaun Bank Islam: 12029010016114


http://pertubuhanpenyayangraudhah.blogspot.com/

UNTUK BANTUAN KEWANGAN BOLEH SALURKAN KE AKAUN MAYBANK : 564221610787

atau cek atas nama 'PERTUBUHAN PENYAYANG RAUDHAH'
ALAMAT : PONDOK PENYAYANG RAUDHAH
BATU 11, GOMBAK, 53100 SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL: 03 6185204


http://madrasaharrashid.blogspot.com/

Kepada yang ingin menyumbang, hubungi talian 012-656 1274 atau bantuan terus ke akaun Bank Islam, 12010010075324 atas nama Madrasah Tahfiz al-Quran ar-Rasyid.


Ada banyak lagi 'ek...you all can chek kat site nie: http://rumahanakyatim.com/


5 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

mungkin dia salah faham & anggap kamu nak main2 kn dia

Ina said...

a'a...itu ler...

Em's Family said...

i rasa salah faham kot.. tapi yes, kene berhati-hati jugak..

E.d.Y said...

sanggup tu dia pulangkn balik

Ina said...

betul..betul..betul...sanggup dia pulangkan balik...segan tau...