Friday, January 28, 2011

Restoran di KL wajib ada WiFi tahun depan..

KUALA LUMPUR – Semua pengusaha restoran di ibu negara akan diwajib menyediakan perkhidmatan kemudahan Internet jalur lebar tanpa wayar (WiFi) di premis masing-masing mulai tahun depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail (gambar) berkata, jika mereka ingkar, lesen perniagaan restoran sedia ada tidak akan diperbaharui manakala bagi pengusaha baru, ia akan menjadi syarat kepada pemberian lesen.

Katanya, peraturan baru itu dibuat bagi memastikan sasaran untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu negara maju pada tahun 2020 tercapai.

“Kita akan lakukan pindaan terhadap syarat lesen perniagaan untuk memastikan arahan ini dipatuhi.
“Lesen baru tidak akan dikeluarkan dan lesen pengusaha restoran sedia ada tidak akan diperbaharui jika syarat ini gagal dipatuhi,” katanya pada sidang akhbar sempena Hari Wilayah di Angkasapuri di sini semalam.

Sumber: KOSMO
__________________________________________________________

Tu dia..takdak WIFI pun..lesen tak leh nak direnew....

Buat bisnes internet provider pun ok gak kan...macam p1wimax ..streamyx...sumer tu..

2 comments:

no name. i'm sorry said...

tu dia...ramai la org duk berumah kat kedai pas ni. kat mcd pun dah berlambak. beli air secawan je, lepak pagi smpi petang.huhu..mampuih.eh ina, lawa la typeface. cute. suka tgk. :)

Ina said...

a'a kan...betul tu...kiter nak dok pun takdak tempat....er...typeface lawa ek..maceh..