Wednesday, February 23, 2011

Bila Sang Kancil Sudah Marah..



banner ad

Assalammualaikum kengkawan semua.

Aku nak cerita satu kejadian yang berlaku membuatkan aku terfikir, memuhasabah dan cuba untuk memperbaiki kelemahan diri.

Sang Kancil yang aku maksudkan bukannya sang kancil vegetarian tu..tapi..sang kancil yang makan minyak ni: 

Kejadian ni berlaku masa kat traffic light..bila lampu dah hijau..keta kat depan tak jalan lagi..lalu si kancil ni dengan marah telah hon..dan dengan marah telah memotong mpv di depannya dengan ganas. Seperti , sang kancil yang telah transform kepada Megatron...gayanya. Perasaan amarah membuatkan kita bersikap tak rasional..

Yang kesiannya dekat si kancil ni..lepas dia memotong dengan laju tu..ada plak satu lori parking kat jalan sebelah, tengah pasang banner. Nasib baik sang kancil sempat break....kalau tidak..menangis tak berlagu la dia........pastu tersangkut la dia kat belakang lori tu.

Bila tengok kejadian tu, aku rasa insaf dan cuba untuk tidak marah-marah bila bawak keta. Coz ..selalunya aku akan cepat geram bila tengok orang bawak keta macam makan angin di tepi pantai..sambil makan kuaci.

Semua yang tak baik tu semua perangai syaitan.. cara aku untuk cool down ialah istighfar banyak-banyak time aku rasa nak marah tu. Bukannya senang nak buang tabiat yang memang dah sebati dalam diri .. tak semudah membuang sampah dalam pc..cuma dengan satu klik je.

Alhamdulillah .. disebabkan kejadian sang kancil aku mendapat iktibar ..


**Imam al-Ghazzaliyy membahagikan kategori tabiat marah kepada 4:

1. Orang yang cepat marah dan cepat pula hilang marahnya.
2. Orang yang lambat marah dan lambat juga reda kemarahannya.
3. Orang yang lambat marah tetapi segera pula reda kemarahannya.
4. Orang yang cepat marah tetapi lambat pula reda kemarahannya.

Kategori yang paling baik adalah kategori ketiga: 
Orang yang lambat marah tetapi kemarahannya segera atau mudah reda.

Manakala kategori yang paling buruk adalah kategori keempat:
Orang yang cepat marah tetapi lambat pula reda kemarahannya. (al-Ghazzaliyy, 2003).

(SUMBER: SCRIBD)

p/s: Aku kategori no. 1...Korang berada di dalam kategori yang mana??

45 comments:

miloais said...

that driver kena masuk kelas anger management lah! hehehehe

bahaya woooo... potong2 tak tentu arah ni
silap tak sampai detinasi di tuju - sampai ke ICU plak!

Kancilbiru said...

adakah saya kancil itu? hahaha...oh tidak...saya kancilbiru berhemah..:P

Ina said...

miloais: betul tu..bahaya

Ina said...

Kancilbiru:..nasib baik bukan awak..he.he

Dda Ly said...

hehe thanks kongsi cerita...hihi kadang mmg pon, kite manusia nih cepat bebeno marahnye..:D

jemput ke rumah,
http://laydie-dda.blogspot.com

keep in touch ok? ♥♥♥

Melati said...

Ina, hati-hati memandu =) jangan marah2, cool oke =)

tapi baguslah u cepat cool bila dah marah =) TAKE CARE!

Mengaji yeayyyhuuu =)Kelas mengaji nak ikut tak? =))
=))
Nak travel to China?Oke, u need visa!
&
Dressing tableHeheee♥ i

Ina said...

Dda Ly:..itula..saya mmg cepat marah..kena masuk pemulihan..nasib baik cepat cool..

Ina said...

Melati:..ok.ok..terima kasih atas nasihat.

muka oreng said...

aku yang nombor satu. hehehe. biasalah, manusia lemah, bukan malaikat. biasa aku marah2, aku mandi je. duk dlm bilik air berjam2. dasar setan ni, mmg gedik2 ngacau manusia suh kita marah je..tapi kdg2 baran atau marah sifat keturunan. genetik turun temurun.

muka oreng said...

tapi baguslah memandu dlm kesabaran. jgn jadi mcm kawan-kawan aku. sikit2 hon. sikit2 hon. bising siot. tak nyempat2 nk tunjuk lagak atas jalan raya. terkilan gamaknya takleh masuk formula one. biar lambat, asalkan selamat. tapi jgn lambat sgt macam siput membahayakan kereta yg berada di belakang kita. :)

qaseh johanna said...

slamat kancil tu xmasuk bwh lori tu..klu tak, kompom die msk pper arini..hihi

sy no1..tp suami sy no3..!!
sesuai x..?? =)

Ina said...

muka oreng: betul la ima..kalau slow sangat pun bahaya..lagi plak yg asyik nak break je tu..

Ina said...

qaseh johanna:Alhamdulillah..serasi la korang ni..

niesz said...

betul tu..lepas ni niesz xmau marah2 lgi..nnti jd kawan syaitan..ehe..

niesz said...

betul tu..lepas ni niesz xmau marah2 lgi..nnti jd kawan syaitan..ehe..

ms.n said...

saya no 1, tpi kalau ngn en kekasih saya brubah jadi no 4.. tba2 suka buat prangai nak suruh pujuk pujuk.... jahat kan??

AdiaLuze said...

Ina, samalah kita.. Akak pun nombor 1... ;D

Tapi, memang realiti bila kita bawak keta, senang sangat nak marah dan meyumpah seranah.. Sekarang ni akak cuba untuk beristighfar bebyk kalo rasa nak marah masa bwk kete...

A.s.t.i.n.a said...

marah itu perlu (herher semua pun perlu kan) (read: tidak perlu sama sekali)


jgn biarkan emosi mengatasi rasional minda..

padlie said...

hehehe mesti kancil tu malu..

padlie no 3. sangat jarang marah.. kalau marah pun, tak sampai 5 minit pastu, akan buat lawak balik dgn org yg dimarah.. tak best marah org, nanti org marah kita balik

Entry terbaru padlie: Budak bermata empat

Shafiq said...

Berhati-hati di jalan raya. :-) Saya no 1, tapi dalam usaha nak jadi no 3. Insyaallah.

Mr feckry said...

bile marah, setan selalu je cucuk2

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

first time mai singgah cini folo blog ini..

saya pun dalam kategori 1 gamaknya hehehehee

Ina said...

niesz:Alhamdulillah..

Ina said...

AdiaLuze:..betul tu..mmg sakit hati ..selalu..tapi..kena banyak sabar..kan

Ina said...

A.s.t.i.n.a:..marah biar bertempat..Rasulullah pun penah marah..

Ina said...

padlie:.hu.hu..padlie budak baikkk..a'a sian kancil tu

Ina said...

Shafiq:..terima kasih..Insyaallah..

Ina said...

Mr feckry:..betul..betul..betul.

Ina said...

sahromnasrudin:..waalaikumsalam..terima kasih sudi folo

SaYraH WonDerLanD said...

Sarah kategori no 1 sarah ase. Cepat marah cepat reda. Heee =) thx sudi follow blog Sarah.

Pasal kereta kancil tu ,Kita sama2 pengguna jalan raya. Jadi sama-sama lah kita bersabar

Ina said...

SaYraH WonDerLanD:..terima kasih kembali...betul tu..yang penting..kena tingkatkan kesabaran.

nulhazwany abdul malik said...

kategori 2 kot. hehe

kat traffic light orang selalu leka. bila kena hon baqru kelam kabut. sampai mati enjin pun ada. ^^

Ina said...

nulhazwany abdul malik:.betul..tu..

JIJI YU said...

tok guru kite pesan..kalo nak marah sile duduk..kalo tak ilang jgk sile baring kalo tak tido jer terus..eheh

Cik Ina minat Do do Cheng said...

makcik pelik ngan orang yang bawak kereta cam tu, kalau nak cepat sebab terima panggilan dari family ada kecemasan atau orang meninggal dunia mestilah nampak terburu-buru. Selalu dorang nak cepat, sebab saja atau ada perasaan tak puas hati ngan orang bawak kereta lamabat.Betulah apa yang ina cakap, kena banyak muhasabah diri.

Amira Naddia said...

no 3! hehe
br la org syg..

Edy Zaidi said...

yg nombor 2 kot..huhu

puteri ain said...

no 2 kut..hehe

Ina said...

JIJI YU:..emmm..bagus sgt la tuh..ko mmggg

Ina said...

Cik Ina minat Do do Cheng:..ye kak..saya pun selalu marah bila org bawak slow sangat..tapi..skrang ni saya cuba untuk cool down..

Ina said...

Amira Naddia:..cheh..cheh..nak org sayang jeeeeerrr

Ina said...

Edy Zaidi:..hu.hu..lambat marah ek..bagus la tu..jgn simpan lelama..nanti makan hati

Ina said...

puteri ain:..ok la tu..lambat marah..tapi..susah nak reda..plak ek..kalau marah...gi makan aiskrim..

TiKa LEh said...

no 2 kot..hohoh
org yg paling kuat orang yg boleh menahan marahnya..

ad org kata tyme bwk kereta lah nmpk sifat sbnr diri kita..

Ina said...

TiKa LEh:,,a'a betul la..bukan senang nak tahan marah..tapi..kalau hati sentiasa ingat Allah s.w.t..Insyaallah ..kan..