Monday, February 28, 2011

Nasihat buat teman


Assalammualaikum kengkawan semua.

Entry ni aku tujukan khas untuk best pren aku yang berminat nak jadi blogger.

Sebelum ni dia pun berniaga online je, tapi, bila tengok aku sibuk berblogging dia plak dah terminat nak join sama.

Best sangat ke jadi blogger?? Tak buang masa ke??

Bagi sesetengah orang tu best giler la, rezeki murah jadi blogger ni .. tapi it all depends pada usaha dan yang paling penting jangan lupa semuanya Allah s.w.t yang izinkan. Bila-bila je Allah s.w.t boleh tarik balik dan sebab itu janganlah lupa dan alpa. Ini nasihat untuk kita bersama.

Masa aku memula start meniaga dulu, aku buat research pasal apa kepentingan SEO, keyword, content, peranan meta tag, backlink, page ranking etc dalam menaikkan site / blog. Ada yang aku faham dan aku implement ada gak yang aku tak faham-faham dan ada jugak yang aku malas nak amik tahu. Yang penting marketing dan promoting dan benda-benda lain tu mmg banyak membantu. Honestly bila aku implement benda yang aku tahu tu, mmg banyak faedahnya. Bila aku berjaya buat something yang aku bermula dari zero knowldege, bagi aku Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat.

Blogging pun sama je, terpulang la pada kita nak berblogging sebab apa, sebab suka-suka, nak popular atau glamer, atau sekadar nak mencuba dan merasa. Biar orang nak kata apa, ada sesetengah tu macam ada kuasa psikik boleh pulak pikir orang lain pun mempunyai niat dan tujuan berblogging yang sama macam dia sampai boleh membuat kenyataan yang agak menghina orang lain. Macam dah takde idea nak tulis apa. Semua dijadikan bahan cerita. Tanpa dia sedar apa yang dia buat menjatuhkan kredibiliti diri sendiri. Walau keadaan buruk macam mana sekali pun, mesti ada benda positif yang kita boleh ambil dan dijadikan tauladan dan sempadan.

Dalam dunia blogging ni pun ada gak yang hasad dengki dan nak gaduh-gaduh. Bagi aku, kalau ada masalah, ada benda yang kita tak suka, biarlah kita selesaikan one to one, dengan cara yang berhemah bukan ikut hati, ego dan emosi hingga hilang rasionaliti.

Bagi aku berblogging tu takde la membuang masa. Bagi aku, ia membuatkan aku lebih peka. Tapi, ia juga boleh membuatkan kita leka .. so, nak buat apa-apa pun biarlah berpada-pada.

[Ad]Terokai lokasi memukau dengan misi untuk mencari objek tersembunyi dengan memecahkan teka-teki! Hanya yang paling berani dan paling tajam fikiran akan berjaya dalam Realm of 5. Jika anda berminat..SERTAI SEKARANG]

24 comments:

sicKo^ said...

bagi aku, untuk menjadi blogger yg best, memang kena banyak berkorban masa.. Dah lar masa tu emas.. mahal tuh..

miloais said...

iols setuju - buat berpada2 - jangan taksub sangat dengan blog
nanti hidup di dunia realiti terabai!

CuppyCuppyHoney 012-9425562 hunny_2401@yahoo.com said...

iye la kena pandai bahagikan mase supaya sume benda tak terabai n tak leka dan alpa, tp best jugak coz mcm sy nie bermula dari zero knowledge..

Ina said...

hunny..ko mmg..siap no telepon bagai...he.he..bagus..marketing strategi yang i likeeee...

Ina said...

sicKo^ :..ye..tetapi..kebanyakannya cepat lupa..bila dah lama blogging..hilang budi bahasa..main hentam orang tak kira siapa

Ina said...

miloais:..ye..betul..betul..betul

Shafiq said...

kena ada pengurusan masa yang betul..:-)

A.s.t.i.n.a said...

Na, suh beliau follow saya.. pasti beliau awet muda.. harhar..


saya onleave blogging seminggu.. boleh?

Ina said...

Shafiq;..yup betul.

Ina said...

A.s.t.i.n.a:..ahaha..betul tu..

kenapa nak onleave..??..tak bley..

anaiha yusof said...

kaka ina,
ada orang marah say promote busness akak saya tue,salah ke??
or saya cepat marah..
entah la..tapi takpelah ape2pon saya buat dengan niat ikhlas bukan saje2 nak promote,saya nak bantu akak saya,dan tolong diri saya sendiri

Ina said...

anaiha yusof:..sabar ye anaiha..hidup ni satu perjalanan yang penuh liku..ada suka ada duka..

NM02 said...

saya cuba nak jadi blogger yang sangat tegar. hahahaha

Ina said...

NM02..wah..wah..bagus..bagus..semoga berjaya hendaknya..aminnn

JIJI YU said...

ehhehe...mmg mmbuang mase..ahah

Ina said...

JIJI YU: cheh..kao mmg...nyampahhhhh

hazari. said...

ape yang pasti, jangan terbawa-bawa sudah dan selalu jadi rasional. kene la sabar kalau ape2 jadi kat blog.

padlie said...

nampak cam menyempitkan masa yg ada...
nak men game pun tak sempat.. heheh

Entry terbaru padlie: Bestnya jadi V.I.P.

TiKa LEh said...

heheh..stuju2..tp jgn blogging sampai bnda lain diketepikan..tidak membuang masa jika kita thu mana yg lebih ptut diutamakan..

Edy Zaidi said...

nasihat yang bagus untuk mereka yg baru nak join dunia blogging ni

p/s : jgn lupa vote my slogan..step untuk vote ada di bawah banner blog saya...terima kasih...:)

Ina said...

hazari.:..betul..try to be rasional

Ina said...

padlie:..yelah..terpulang kita nak jadi blogger yg macam mana padlie..pengurusan masa penting jugak la

Ina said...

TiKa LEh:..betul tu tikaleh

Ina said...

Edy Zaidi:..terima kasih.

p/s: saya dah vote..kengkawan, pegi la vote edy ye..check kat blog dia.