Saturday, February 26, 2011

Perkarangan Sekolah Dah Macam Pasar Malam

Assalammualaikum kengkawan semua.

Hari ni aku nak sentuh isu: 'Perkarangan Sekolah Dah Macam Pasar Malam'

Dulu kat sekolah anak aku mmg meriah dengan penjual-penjual jajan. Sekarang dah kurang la. Itupun kalau tak silap aku sebab.. MPSJ yang sound. Kawan aku cakapla..Wallahualam.

Tapi..bagus jugaklah.

Aku tak kisah kalau dorang jual minuman atau keropok. Yang aku tak suka ada peniaga yang menjual barang makanan yang ntah ape-ape. Lipstick candy la..benda macam mercun letup-letup la dan barang permainan.

Kesian bebudak tu .. makan yang ntah ape-ape dan menghabiskan duit mak bapak je.

Ada lagi satu sekolah tu, hari tu aku perasan ada satu van dok jual popcorn. Meriah betul..macam pasar malam pulak. Penuh kat luar sekolah tau..orang nak parking amik anak pun susah.

Anak aku dulu penah beli mainan yang macam lego tu. Sambung-sambung jadik transformers. Dekat RM10 jugakla .. angin je aku tengok. Dia beli kat sekolah la..

Aku duit sekolah aku bagi singgit je, sebab bawak bekal .. cuma.. anak aku jenis menyimpan .. bila aku tegur dia .. jangan membazir duit beli benda camtu lagi .. nasib baik dia dengar .

Sekarang dah takde orang jual mainan lagi dah kat sekolah anak aku tu. Nasib baik la .. sekolah lain aku tak tahu la.

Tak salah berniaga .. tapi, at least ada la rasa tanggungjawab sikit .. jangan nak fikir untung je.

18 comments:

A.s.t.i.n.a said...

ingatkan ade pasaria tadi.. huhu yg luar sekolan tu.. bahaya sebenarnya..

Ina said...

A.s.t.i.n.a: betul astina..terlampau

AdiaLuze said...

Orang ni kalau berniaga bukan kira benda itu elok ke tak.. Asik pikir untung je..

Mak ayah susah payah dok bagi mkanan yag berkhasiat... Diaorg plak jual benda bukan2.. Huhuhu..

Pasal icon tu, takpela Ina...Nanti kalau agak2 'gatal' nak buat, sy mntk tlg awak ye.... Mekasih diatas kesudian awak menolong.. ^_^

padlie said...

peniaga ni amik kesempatan.. sepatut pihak sekolah amik tindakan.. call majlis bandaran ke, polis ke halau penjaja ni..

tp jarang2 koperasi sekolah pun jual benda2 merapu ni..

Entry terbaru padlie: Padlie masa muda-muda [Part III]

ch!natsu said...

org berniaga biasanya mmg cmtue kan..
fikir untung jer xpk org len.. haish2~

Nobita Sensei said...

dulu wang saku sekolah dapat 80 sen je.

JP Nurul said...

memang ptt dihalau peniaga tu klu setakat nak jual benda yg ptt kat kwsn skolah...huhu

cikpuanhady said...

kalau jual makanan yang mengenyangkan dan ada khasiat oklah juga.. ni makananan ringan yang tak elok, memang tak patut..

Jom skodeng :Notre Belle Histoire

TiKa LEh said...

heheh..kdg2 sampah yg banyak..tu pihak sekolah xsuka..

Amira Naddia said...

dlu mase sy skola org jual aer paip pun student sanggup beli..haus kot nk tggu mama amek

Ina said...

AdiaLuze:betul tu..

ttg icon: ok..no problem. terima kasih kembali

Ina said...

padlie: betul la padlie..mmg patut camtu.

dekat kantin takdela benda yg merepek dijual, kat depan sekolah tu yg masalahnya

Ina said...

ch!natsu:..ye betul..kesian bebudak

Ina said...

Nobita Sensei:..he.he..banyak tu..dulu barang murah sikit la dari skrang ni

Ina said...

JP Nurul:..betul..betul..betul

Ina said...

cikpuanhady:..ye betul..tak berkhasiat langsung

Ina said...

TiKa LEh:..ye saya sokong..sekolah pun kotor ngan sampah..ajar sivik pun tak ada effek

Ina said...

Amira Naddia: ..alahai ..siannya ..kih ..kih..kih..