Tuesday, March 15, 2011

Tahap Radiasi di loji Fukushima Daiichi Semakin Meningkat

Assalammualaikum kengkawan semua.

Belum habis derita rakyat Jepun, kini, ada bahaya yang lebih dahsyat mungkin menyusul.

'FUKUSHIMA: Gas hidrogen di reaktor nombor tiga loji nuklear Fukushima Daiichi meletup pagi semalam, menyebabkan 11 cedera, tetapi tidak membocorkan radiasi seperti dibimbangi pelbagai pihak.'-Berita Harian.

'The April 26, 1986, accident at the Chernobyl Nuclear Power Plant in what is now Ukraine remains the worst nuclear accident in history and the only one to be classified as a Level 7 on the International Nuclear Event Scale, which runs from Level 0 to 7. The crisis in Japan is classified as a Level 4, indicating a reactor accident with local consequences. ' - Discovery

Walaupun Jepun merupakan negara yang menonjol dengan kehebatan teknologi, tetapi, ia tidak dapat juga mengelak daripada kemusnahan yang disebabkan oleh alam semulajadi.

Reaktor tersebut tidak mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa gempa bumi berlaku, tetapi impak daripada tsunami yang melumpuhkan generator diesel, yang digunakan untuk penyejukan sistem.

'Officials insisted last night that the explosion had not breached the core so had not resulted in a major release of radioactive material.' - Telegraph


INFO: KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA

1.Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.

2.Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.

3.Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.

4.Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.

5.Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

6.Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma. - Berita Harian


Aku berharap, pihak berkuasa Jepun dapat menangani masalah ini. Sebab, kalau berlaku nuklear radiation, alamatnya tragedy Chernobyl akan berulang kembali.

1. How has human health been affected by the Chernobyl accident?
2. How has the environment been affected by the Chernobyl accident?

Mengikut perancangan Loji Tenaga Nuklear Malaysia akan beroperasi pada 2021.

Sebab:

'Rizab minyak mentah Malaysia akan habis dalam tempoh 19 tahun akan datang. Rizab gas asli pula akan habis dalam tempoh 33 tahun. Sehingga 2009 belum ada telaga minyak baru ditemui. Ketika ini (2006) 80 % tenaga elektrik di Malaysia menggunakan gas. 20 % lagi menggunakan arang batu, minyak dan hidro.' - WIKIPEDIA

Kalau tak buat Loji Nuklear, Malaysia mungkin akan mengalami kekurangan sumber tenaga.

Bagi aku, aku tak kisah pakai lilin jer, tapi, impaknya pada ekonomi negara la. Coz, macam mana kilang-kilang dan perusahaan lain nak maju kalau sumber tenaga elektrik kurang? Kalau ekonomi kita tak bagus, effeknya pada rakyat jelata jugak kan.

29 comments:

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

sama2lah kita berdoa agar kita tak terkena tempias darinya

AdiaLuze said...

Kemajuan teknologi ni kadang2 merbahaya untuk bumi jugak kaann...Hmmmm

ainnoraini said...

takutkan...
mintak2 jauhkn...dan lg satu harap2 rakyat kite kat sane dlm keadaan selamat...same2 la kite doakan untuk mereka...

umi aiz said...

risaunye dengar,harap malaysia di jauhkan dari terkena tempiasnya. hope rakyat malaysia kat sana selamat

hazari. said...

yang pasal acid rain kat malaysia tu pun sempat lagi orang buat tipu. isk2.

Shafiq said...

Mintak jauhlah.. Risau betul dengan radiasi ni..

Ina said...

sahromnasrudin: ye..betul tu.

Ina said...

AdiaLuze: memang, tapi, susah nak elak, sebab semua tu keperluan.

Ina said...

ainnoraini: betul tu, apa yang mampu kita buat ialah doa

Ina said...

umi aiz: harapnya macam tu la

Ina said...

hazari.: itula..pasal..this is a serious matter

Ina said...

Shafiq: hopefully..coz the effect is really bad

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Sesekali makcik tengok ko ni bercakap cam ahli politik pun ada. moga kita dijauhkan dari musibah .

ch!natsu said...

sangat menakutkan..~~
hope kita semua xkirela kat negara mn terselamat dr semua nie..

ain said...

ni bru tanda2 kecil kiamat, kalo tanda2 besar? Nauzubillah

AdiaLuze said...

Ina : Keperluan manusia yang kadang2 memberi kesan buruk pada alam... Macam pentingkan diri sebdiri kan manusia ni..Hmmm...

JIJI YU said...

ohooh ingtkan leh jadi xmen ke ape ke..ehehe

Ina said...

Cik Ina minat Do do Cheng:alahai akak ni..loyar buruk adelah..kah..kah..kah

Ina said...

ch!natsu: hopefully kita tak akan terkena tempias

Ina said...

ain: ye la ain..minta dijauhkanla

Ina said...

AdiaLuze: betul..isu ni complicated la..

Ina said...

JIJI YU: apelah ko nih jiji..he.he

anaiha yusof said...

betol2 harap2 jangan diterima bala dengan kita pulak,tapi kalu kita kehabisan gas,terpaksa jugalah guna tenaga nuklear sebab tak ada sumber lain dah

ina said...

manusia , jika terlalu pandai susah juga... masih tak dapat mengawal sesuatu yang diluar dugaan. berdoalah supaya kita dimalaysia tidak menerima tempiasnya...

Ina said...

anaiha yusof: itulah. kalau boleh, mmg tak setuju dengan power plant tu,

Ina said...

ina: betul tu,,harap-harapnya macam tu la

niesz said...

takutnye, dah mcm2 bencana dah sekarang ni, nmpk sgt yg dunia dah nak berakhir, mgkin ni yg di namakan dunia akhir zaman..

♕ Mr.IX ♂ said...

mampu ker gn lilin tiap2 malam? kena siap dri awal ni beli stock lilin..

padlie said...

hingga saat ni, nuklear satu alternatif... sumber tenaga boleh diperbaharui pun ada...

semua takut nuklear di jepun, nuklear yg mmg dah ada kat M'sia ni xde org takut lak.. ke x tau? hehe