Tuesday, April 5, 2011

Keldai Dadah!!

Assalammualaikum kengkawan semua.

Mesti korang pernah terbaca cerita pasal 'drug mule' kat paper kan!

Selain daripada penderaan kanak-kanak, penculikan kanak-kanak, perdagangan manusia, cerita yang aku turut kesian ialah cerita para remaja kita yang terjebak dalam kes 'drug mule' ni. Yang aku baca, sekarang ni ada 1, 490 warganegara Malaysia yang merengkok di penjara luar negara, di atas kesalahan berkaitan dengan dadah, dan 'keldai dadah'.

Tak pasal-pasal je kau!! .. Mungkin disebabkan wang dan keseronokan .. Mungkin juga mereka dijanjikan dengan pekerjaan, percutian percuma, ataupun diminta untuk menghantar barang je, tanpa mereka sedari, mereka hanya diperalatkan oleh pengedar dadah. ..

Bila dah masuk lokap, tak ke haru.. diri sendiri susah, family lagi la kan. Pada aku memang aku rasa macam tak patut je, tapi, masalahnya bila kes masuk mahkamah, bukti untuk sabitkan orang yang sebenarnya yang bersalah takde. Of course la dorang pun pandai menipu, mungkin bagi nama dan syarikat palsu, maklumat palsu etc. At this point, menyesal pun takde guna. So, yang penting, walau apa pun yang kita nak buat, kita kena berhati-hati.

Kalau dapat offer nak pergi luar negara tu, selidik dulu betul-betul. Syarikat apa yang offer, cari maklumat dan minta pandangan orang lain. Jangan fikir seronok je bila ditawar gaji lumayan dan dapat bekerja di luar negara, sampai hilang pertimbangan.. fikir masak-masak, fikir dengan bijak untuk mengelakkan perkara-perkara tak diingini berlaku kepada diri kita. ..

Kalau dah buntu sangat buat solat Istikharah, Insyaallah Allah S.W.T akan bagi petunjuk,.. itu lah yang sebaik-baiknya.

12 comments:

NM02 said...

betul... berbincang dengan orang keliling dulu lebih baik. minta nasihat ke ape ke kan

Aida Tamrim said...

Tu la manusia ... Suka sgt nak kejar kemewahan dunia yg serba sementara ni kaann .. Hehe ...

P/S : Ooo.. Ahli era edar keeer? Leh la cuba2 mengaktifkan keahlian semula .. Hikhikhik

Ina said...

NM02: yup..kena hati-hati kan.

Ina said...

AdiaLuze: Insyaallah..terima kasih.

miloaiskurangmanis said...

kalo di katakan bodoh - marah plak kan????
tapi... tak kan le tak dengar berita - tak baca paper... dah banyak dah kes macam ni... even dulu ada sorang retis pun... dah terkena - nasib baik lepas - tapi merasa lah duduk dalam jail kat negara orang!

jangan le hadap sangat nak bercuti ke luar negara tu - nak plak yg offer tu - orang yg baru kita kenal...

tukang taip :D said...

yup3 mostly perempuan yang kne kan kak ina,orang tu perangkap dia dengan tackle die then gunakan orang tu untuk edar dadar,tak pasal2 kena

padlie said...

kena didik betul2.. kerana kemewahan, kita boleh lupa segala-galanya.. kerana cinta, syurga sentiasa depan mata.. lupa mana logik, mana tak..
moga keluarga kita xde yg terlibat..

cikpuanhady said...

betul-betul, kena selidik betul2 dulu, jangan kerana $$ terus buta mata & hati..huhuh..

dah klik hb..

Jom skodeng :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

Jom skodeng :Belog Kami : Notre Belle Histoire

Anonymous said...

high income, high risk...tp leh hukum mati kan...

sahromnasrudin said...

kat malaysia nie pun dah banyak rezeki..tak yah nak sibuk2 ke luar negara huhuhuhu..takut kene tipu jek...

no name. i'm sorry said...

sesetengahnya tahu mereka dibekalkan dgn dadah. bila sekali buat, sekali lepas, mereka akan buat lagi.
bila dah kantoi, mereka akan jawab,'tak tahu menahu'.
tambahan pula, pekerjaan ni lumayan hasilnya walupun sanggup bergadai ganja sumbat dalam perut. tapi tinggi risiko.
manusia sanggup buat apa sahaja demi wang..
betullah mcm hang cakap, kena hati2
kalau nak kaya, biarlah dgn cara yg betul. bukan dgn cara yg salah di sisi undang dan agama.
nice entry. aku suka cite pasal keldai dadah.

p/s: binatang keldai ialah haiwan yang bendul tapi sekurangnya berguna dan berjasa utk manusia ke arah kebaikan.

Munie Blushious said...

bahaya betol sekarang nih... kadang-kadang tu student yg belajar kt oversea pon ade yg jadi mangsa... baik belajar dalam negara je... selamat dan dekat dengan ibu bapa...