Thursday, April 28, 2011

Petua Awet Muda Yang Mudah..

Assalammualaikum kengkawan semua.

Salam bersiaran..he.he..

Ini aku nak share, satu petua awet muda. Petua ni, mak sedara aku yang bagitau kat aku masa kecik-kecik dulu.


Mak sedara aku cakap, makan kulit ayam..he.he..percaya tak??...senang aje kan..


Tapi, bagi orang yang berdiet tu, mesti tak nak makan kulit kan. Sebab banyak lemak..
sebenarnya aku pun jarang makan.. kecuali kat kfc.. ranggup...sedap.

Baru-baru ni, aku google la, betul ke kulit ayam ni boleh buatkan kita awet muda. Dan, terbukti dari segi saintifik.. kulit ayam dan kulit ikan mengandungi kolagen yang tinggi. Apa itu kolagen? Boleh la baca kat sini ek...KOLAGEN.

Petua ni, petua orang-orang dulu..camne la agaknya dorang tahu..kalau makan kulit ayam boleh awet muda ek???..dan FYI..mak sedara aku tak gemuk pun ...

Tuesday, April 26, 2011

Hutang..

Assalammualaikum kengkawan semua.

Hutang...memang tak sedap dengor perkataan ni...nama komersialnya.. 'Pinjaman'.. sedap sikit kan..walaupun sama jer sifatnya.

Memang tak boleh nak lari dari hutang ni, nak beli rumah, kereta, motor..dan apa jua kehendak yang tak mampu dibeli dengan tunai. Semua ni adatla kan, cuma jangan hutang dengan along cukup la ek...seboleh-bolehnya cuba elakkan la .. nanti makan diri..

Tapi, satu yang aku cukup pantang ialah, bila berhutang tak nak bayar. 2-3 kali dah kena ni, tapi..sebab kesian..bagi jugak la orang pinjam..bila nak bayar balik bukan main liat lagi..ada yang melarikan diri pun ada..senyap ..sepi tanpa berita... orang-orang macam ni la..yang buat aku serik..

Husband aku lagi best..jadik gerentor...dah berapa tahun dah bayar untuk kereta orang yang tak bayar tu.. bayar buta jer..

Bagi aku.. aku cuba untuk fikir positif  .... duit tu bukan hak kita..setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kalau difikirkan sangat pun, sakit hati jer kan..

Bagi orang-orang yang berhutang tapi..tak nak bayor tu.. mungkin anda akan lepas kat dunia.. tapi...di akhirat sok...anda akan dapat balasannya..

"(Yang turun dahsyat itu) ialah mengenai hutang maka demi diri Muhammad di tangan-Nya (Allah Subhanahu Wataala), kalaulah seorang itu mati di dalam perang Sabilillah kemudian dihidupkan semula kemudian mati lagi dalam perang Sabilillah, kemudian dihidupkan semula akan tetapi ia ada mempunyai hutang yang belum dibayar maka ia tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga sehinggalah hutangnya itu dibayarkan atau diselesaikan."(Riwayat Al-Imam Ahmad).
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam At-Termizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban :-
Maksudnya :
Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan.

Kalau betul takde duit nak bayar balik, at least bagi tau la kan dengan cara baik, dan cari penyelesaian...bila nak bayar..berapa yang boleh bayar ... bukan dengan cara melarikan diri.. lagi buat orang sakit hati daaaa.......

Monday, April 25, 2011

Nasi Minyak, Chicken Bunna

Assalammualaikum kengkawan semua.

Salam pagi Senin..korang semua sihat??..

Pegi ke mana semalam??..Aku tak kemana pun, dok rumah je ler.. lagipun ada panggil orang datang untuk buat wiring..tambah plug dan betulkan lampu..lampu kat rumah ni, dah banyak yang terbakor, lama betul lampu kat dapur tu dah tak bernyala..sebulan lebih dah kot, selalu masak pun pakai lampu kat cooker hood jer..ahaks...


Sempat gak buat nasi minyak, lama dah tak buat..

Ayam tu bukan ayam masak merah..tapi Chicken Bunna namanya. Aku belajar resepi ni masa kat Bangladesh.. belajar dari orang gaji. Very authentic resepi ni. Original resepi, pakai cili api, tapi, time buat ni, cili api takdak..so, aku pakai cili kering jer..tak best sangat la..cili api gak mengancam.

Kalau nak try..ini resepinya.

Resepi ni guna sekor ayam, kalau nak kurangkan..adjust je la ek. 

CHICKEN BUNNA:

BAHAN:

1 ekor ayam
8 biji bawang besar
12 biji bawang putih
1 inci halia
segenggam cili api
kunyit hidup / serbuk - dalam satu sudu kecil
(semua bahan di atas, hendaklah dimesin yer puan-puan)

1 sudu besar rempah garam masala
(ini bahan penting, kalau takde memang masalah besor la..ini key ingredient..ok)

8 biji pelaga
1 batang sedang kayu manis
12 biji cengkih
2 kuntum bunga lawang

Minyak secukup rasa

Kicap (sikit je, nak bagi colour)

Daun ketumbar untuk lebih berperisa (sikit jer 'ek...kalau banyak nanti tengik sikit ar)

CARA-CARA:

1. Goreng pelaga, kayu manis, cengkih, bunga lawang sekejap pastu masukkan bahan mesin....goreng hingga garing.
2. Masukkan rempah garam masala.....godek lagi sekejap.
3. Pastu, masuk ayam.
4. Masuk air sikit, bagi ayam masak. Letak garam.
4. Masakan ini agak kering, tetapi gravy dia very rich...lebih kurang macam rendang gitew.
5. Masukkan kicap dalam 2-3 sudu besar...selalunya i main goncang jer botol kicap tu...tak sukat, cuma nak bagi colour dia gelap sikit ar...
6. Akhir sekali masukkan daun ketumbar.

Ready to Eat.  ENJOY...

Friday, April 22, 2011

Takde pun???

Assalammualaikum kengkawan semua.

Dekat kawasan perumahan korang banyak tak anjing tak bertuan??

SUMBER: GOOGLE

Kat rumah aku banyakkkkk.. siap beranak pinak lagi.

Dulu, aku pernah buat report kat MPSJ. Lepas tu, aku dapat surat daripada depa, yang menyatakan, depa dah datang, tapi, tak jumpa sekor pun...macam mana boleh takde??.. mereka dan kengkawan mereka berlari-larian dengan riangnya di sana-sini, bercanda dan berguling-gulingan dibawah pohon rendang yang ditanam oleh pihak developer....memang ironik betul la..

Macam mana time dorang datang, sekor anjing pun dorang tak jumpa..??.. mungkin anjing ni boleh hidu kot kedatangan MPSJ tu..

Mungkinkah anjing mempunyai deria survival yang kuat??

SUMBER: GOOGLE

Sebab spesis ini jugaklah aku tak leh nak pegi joging bila weekend..

SUMBER: ICLIPART

Kite bakor ajer...kite bakor...kite bakor....

FREE KFC VOUCHER

Assalammualaikum kengkawan semua.

Sape yang dah try kfc chicken chop tu??..


Aku tak try lagi, ada free upgrade voucher untuk meal ni. Upgrade wedges biasa tu, kepada cheesy wedges.


Voucher ni boleh didownload kat sini. Valid until 30th April sahaja.

Thursday, April 21, 2011

Fobia..

Assalammualaikum kengkawan semua.

Pagi ini ada appointment kat Hospital Putrajaya. Sebulan tu menunggu for this appointment.. kalau swasta dah lama settle kot. But, this is a special case, so terpaksa la tunggu jugak. Nanti aku citer..Insyaallah.

Aku memang tak suka pegi hospital, ntahlah..macam fobia jer nak pergi .. iyelah, nama pun rumah sakit ye idak? .. lebih baik tak tahu dari tahu..sebab kalau tak tahu..boleh buat tak tahu jer..tapi, kalau dah tahu, mesti asyik risau dan gundah gulana...ha.ha..ha.

Arwah mak aku dulu pun memang tak suka gi hospital .. memang dah keturunan la kot...fobia..

Phobia of Hospital: 'Hypnotherapy'

Lagi satu, aku fobia tempat sempit..'Claustrophobia'. Aku tak suka naik lif sensorang, mesti ada teman. Pernah sekali terperangkap kat dalam lif masa tinggal kat Kerinci dulu, nasib baik sekejap..kalau tidak mesti histeria aku kat dalam tuh...he.he. Bila terperangkap tu kan, rasa macam semput tau, tak boleh bernafas dan menyebabkan aku jadi panik. Untuk cool down, aku tutup mata dan baca zikir la, sebab nak hilangkan rasa takut tu. Hu..hu..jangan buat memain ooo..i don't like that feeling.

Aku jugak takut tempat tinggi... gayat lorrr..

Ada macam-macam jenis fobia. Yang kelakar pun ada. Contohnya:
Ablutophobia- Fear of washing or bathing ( ini pun ada...alasan..ni..alasan..he.he)

Bibliophobia- Fear of books

Chaetophobia- Fear of hair

Chronomentrophobia- Fear of clocks

Didaskaleinophobia- Fear of going to school(nasib baik anak-anak aku tak bagi alasan fobia nih...he .he)

Numerophobia- Fear of numbers ( camne ek nak guna duit??)

Banyak lagi yang pelik-pelik. Silalah google..he.he

Korang ada fobia tak?



Make your life 'senang' with more 'menang'. IPad, GPS and Honda City... Wheee!!!

Wednesday, April 20, 2011

Cerita 'Pontianak'???

Assalammualaikum kengkawan semua.

Aku saja nak ce citer kat korang, pasal sms yang aku terima baru-baru ni.

Sms tu macam ni: 'Sila sms ke XXXX untuk mendapatkan cerita hantu 'Pontianak'..bla..bla..bla

Apekehalll...la semua ni??.. takde kerja aku nak pi menghabiskan duit aku semata-mata nak baca citer 'Pontianak' depa tu. Depa tak tahu, citer hantu aku lagi real...kah..kah..kah...

Macam-macam cara orang nak mencari duit sekarang ni. Apa benda pun boleh. Ini pun dah kira macam SPAM jugak la kan, mesej-mesej macam ni, buat menyemak mail box je.

Dulu pernah dapat sms yang mintak top-up tu. Korang pernah dapat tak?? Setahu aku, ramai yang dapat sms ni. Yang kesiannya, ada gak yang tertipu. Mana dorang dapat no. telefon ni semua ek?? Macam aku dulu berniaga online, no, telefon merata-rata aku letak kat internet ni, so, aku tak heran sangat la. Tapi, macam kakak aku tu, dia dok rumah jer, dia pun dapat gak sms SPAM ni...

Dari segi, marketing..aku rasa memang bagus la, tapi, cara tu biar betul. Kalau kita melanggan servis dorang takpe, aku pun tak kisah gak ... ini benda yang merepek-repek camni.. boring la.

Tuesday, April 19, 2011

Pulut Bukan Sebarang Pulut

Assalammualaikum kengkawan semua.

Ini bukan citer pasal pulut kuning atau tapai pulut, tapi, pasal Silat Pulut.

Korang pernah dengar tak?? Aku pun baru tahu. Ada gak Silat Pulut ek!! Itupun bapak aku yang citer masa raya tahun lepas..

Masa kekecik dulu, aku minat nak belajar silat, sebab aku tahu bapak aku pandai silat, walau pun aku tak pernah tengok dia praktis. Tapi, bapak aku memang tak layan la. Dia buat derk je. Lepas tu, adik aku pulak minat nak belajar, dia, pun bapak aku tak nak ajar. Aku pun tak tahu apa sebabnya, dan aku pun tak bertanya, takuuuttt!!

Raya tahun lepas, masa tengah bercerita kat meja makan, baru la aku teringat nak bertanya.. dia dulu belajar silat apa. Bapak aku bagitau, dia belajar silat pulut. Orang dulu-dulu, masa time Jepun, British memang ramai yang belajar silat untuk mempertahankan diri, kalau terjadi apa-apa takde la hopeless kan.

Kenapa dia tak nak ajar?? Sebabnya, banyak pantang pastu boleh jadi baran pun ye. Asyik nak mencabar orang jer, tak kira la sapa, memang takde perasaan takut langsung. Ini memang aku akui, sampai kitorang adik-beradik pun takut wooo...dia pernah menegur sorang guru silat, sebab ajarannya salah, lepas tu .. fight la.. cikgu tu kalah,,sampai pindah cikgu tu, sebab malu ngan murid-murid. Lepas tu bapak aku pun sakit..dia rasa dia kena santau angin..bila berubat baru baik...wallahualam..

Silat Pulut yang aku google, ialah silat persembahan atau permainan. Tapi, bapak aku cakap, silat ni takdela berbunga sangat, dia lebih kepada attack, defend dan mengunci. Silat sekarang ni banyak bunga jer, silat untuk pertunjukan. Masa nak graduate, pesilat tu akan digantung kakinya di atas kepala di bawah, pastu kena ngelak la, daripada kena pukul, pakai parang ke, kayu ke..ngeri je dengor.

Bapak aku cakap masa muda dulu, dia memang suka sangat mencabar orang, tapi, bila dah boring dia pun tak tahu nak buat apa ..pastu, dia jumpa dengan sorang tok guru.. dia bertanya..ilmu apa lagi yang perlu dia belajar.. tok guru tu cakap Ilmu Agama. Semenjak dari itu, bapak aku pun macam dapat hidayah, dia pun tinggalkan dunia persilatan. Tapi, sebab dah lama sangat mengamalkan ilmu persilatan, memang susah gak la nak tinggal.

Memang dari kecik aku tak pernah tengok bapak aku praktis, tapi, aku tahu, bapak aku pandai silat bila ada satu kejadian, dia naik syeikh....ceritanya, ada sorang budak ni, dia pun OKU, macam autisme ke apa ke aku tak tahu la.. dia pergi patahkan wiper kereta yang bapak aku baru tukar. Bapak aku mengamuk dan mula bersilat kat tengah jalan tu...aku pun terkejut wooo time tu..masa tu la aku tahu, bapak aku pandai silat. Nasib baik ada 2-3 orang tahan bapak aku, kalau tidak, bapak aku cakap,,mati budak tu. Bila dia naik syeikh, memang hilang pertimbangan wooo. Sebab tu la dia tak nak ajar kat kitorang...

Tapi, rugi jugak la kan sebab tak belajar, coz, kalau diikutkan bapak aku ni boleh jadik cam Bruce Lee jugak ni....he.he..kalau ilmu tak diperturunkan..akan lenyap la .. aku rasa kalau nak belajar pun kena ada kekuatan mental dan ilmu agama yang mendalam. Kalau tak memang boleh hilang pertimbangan.

Korang ada belajar seni mempertahankan diri ke??.. Aku takdak langsung, satu hapa belt pun takdak..he.he.he

Monday, April 18, 2011

Saya menang Anugerah..

Assalammualaikum kengkawan semua.

Baru balik dari jenjalan blog Padlie. Hu..hu..tak sangka dapat Award Geng CsP Februari 2011 . 


Lawa award ni, terima kasih Padlie.

Selalu jugakla aku menjenguk blog kengkawan yang ada dalam bloglist aku ni. Aku suka baca blog Padlie, coz banyak info, dan penulisan yang mantap. Bukan macam blog aku ni, asyik tulisan merapu je..ha..ha...

Aku diekori...???

Assalammualaikum kengkawan semua.

haa...haaa..haa..

Bertuah badan weii..kalau duit-duit ni semua mengekori aku..kalau RM-RM yang mengekori lagi best.

Aku dah try minyak ni.. memang aku pakai petronas je sejak dulu, minyak jenis lain aku tak pernah pakai pun, jadi, walau apa minyak yang dipasarkan oleh petronas, nama 'Primet Naik Rega' pun aku kena beli la jugak..hik..hik..hik.

Bagi aku, personally memang ada penjimatan dan lebih mileage. Tapi, persoalannya, adakah minyak akan naik rega lagi??..

Sunday, April 17, 2011

What will i do..

Assalammualaikum kengkawan semua.

Semalam tajuk entry What will you do??..ha.ha..hari ni: What will i do.

Dalam keadaan lampu hijau camtu, kalau dari jauh, memang sah sah aku akan pecut, sepenuh hati...muahaahaaa....

Nampaknya korang pun camtu gak kan..he.he.. aku rasa logik la, tindakan kita tu. Bagi aku, aku rasa malas nak menunggu lama kat traffic light tu. Lain la, kalau sesampai kat situ memang dah lampu merah kan.

Kalau time tu lampu hijau, atau baru start kuning, memang kaki ni akan tekan pedal minyak tu dengan agak kuat sikit..ha.ha..haaa..ganasszzzz gitu. Tapi, sebelum tu, mata melilau la ke kanan dan kiri, tengok ada polis tak kan.. kang tak pasal jer... habih rekod baik aku tuh..

Tapi, aku tahu dan confirm, memang ada jugak yang akan relaks jer drive, tak kisahlah hijau ataupun kuning. ..sebab aku memang kenal orang tu........ husband aku la tuh....he..he... aku rasa, sebab dia dah terlalu biasa dengan traffic jam, dan dah tak heran langsung dengan keadaan trafik...aku memang tak bley la...mesti pecutttt......zasssssss...

Saturday, April 16, 2011

What will you do??

Assalammualaikum kengkawan semua.

A quick update.

Apa yang korang akan buat bila :

Anda sedang memandu, tak kiralah kereta, motor, beskal ataupun wilcha..

Bila dari jauh anda nampak lampu traffic masih hijau.

Soalannya: Adakah anda akan....

A. Memecut dengan laju, sebab nanti akan tukar kepada lampu merah.

B. Memandu dengan kadar biasa, tak kisahlah .. lampu hijau ke kuning ke, bawak selamba dek jer.

Friday, April 15, 2011

Yang Ori ke tak??

Assalammualaikum kengkawan semua.

Hari tu aku beli tudung dekat Supermarket Hero. Dalam Hero tu ada satu kedai yang jual tudung, dah lama aku tak beli tudung baru. Aku bukan jenis beli tiap-tiap bulan, jadi bila beli, aku akan beli 2-3 helai sekali.

Bila beli, mestilah nak murah tapi berkualiti kan. Pernah gak beli yang RM5 kat pasar malam, oklah, tapi, kualiti kureng. Bandingkan dengan yang mahal sikit tu, memang yang mahal tu tahan lebih lama dan of course la, lebih lawa.

Masa kat Hero, hari tu aku beli yang ori dan satu lagi yang tak ori. Dua-dua ok, tapi, yang ori tu bila dipakai lebih selesa. Walau pun aku tak berkisah sangat tentang barang branded, tapi, kualiti yang penting. Lagi satu, tengok poket la, kalau poket berisi tak kisah la kan, boleh beli jer, kalau poket kurang berisi, beli jer asalkan ada.

Bagi aku barang elektronik lebih baik la beli yang branded sikit, coz tahan lebih lama. Tapi kan, barang elektrik sekarang memang tak setahan, barang elektrik yang dulu. Bapak aku beli washing machine dah dekat 20 tahun masih berjalan lagik..

Bagi korang, korang suker beli barang branded/ ori ke, yang tak ori??

Wednesday, April 13, 2011

13 design Handphone paling buruk

Assalammualaikum kengkawan semua.

Buruk sangat ke hp ni semua. Bagi aku tak le buruk sangat. Tengok ajela ek...


No. 1: Nokia 7600

Ladies and gentlemen, we have a winner. While Apple was changing the phone industry with a super-slim touchscreen iPhone in 2007, Nokia came out with this gem. (Shown above) It's not clear what inspired the small screen and the pig's ear shape, but it gets top honors in this contest. Any wonder why Apple is cleaning up in mobile, while Nokia is clearing out.


No. 2: Samsung Cleo
Ah yes, the "lady" phone. The Samsung Cleo really hit the mark with this one. Pink is bad enough, but does square really speak to the female phone buyer? What a cute, ah ... cigarette case? um ... makeup compact? Oh, look at that, it's a phone!

No. 3: Research In Motion BlackBerry 8700

Business folk cherished this squat, homely little phone. Who cared that it was pudgy and unapologetically plastic? One redeeming feature was the thumb wheel, which allowed hard-chargers to scroll through emails with one hand and, you know, master the universe with the other.


No. 4: Nokia 3620
Not to be outdone by those pesky Swedes, Finnish phone giant Nokia totally turned the tables on the Sony Ericsson T61z and made the 3620 with an oval bottom and a square top. Take that Ericsson.


No. 5: Sony Ericsson t61z
It was a radical move by Sony Ericsson with the T61z phone. Do people want corners or curves? Let's give them both. Sony Ericsson made the T61z square on the bottom and oval on top. Brilliant. Who wouldn't like a phone shaped like a shoe-print?



No. 6: Motorola Nextel i500
Police-tape yellow and shaped a lot like a firefighter's walkie-talkie, the Motorola Nextel i500 wasn't trying to be one of your pretty phones. It was aimed at first- responders of business. Tech crews and workers out in the field needed a rugged-looking phone on their belt; the i500 was the perfect accessory.


No. 7: Motorola Flipout
s there a demon whispering "make it square" in the ear of phone designers? Even the new Motorola couldn't resist the temptation. The Flipout, launched earlier this year, brings a whole new approach to square with its interesting corner hinge. Foxy? No. Weirdly boxy? Oh yes.


No. 8: Microsoft Kin
Teen phones are a questionable move by any company, but ugly teen phones like Microsoft's Kin beg the question: What were they thinking? At least the Sidekick, the Danger-made predecessor to the Kin, had a cool look. The boxy shape of the Kin almost assured Microsoft's phone failure. It only took two months of sales for Microsoft to kill the Kin.


No. 9: HTC Apache
Before HTC made sleek black phones, they cranked out clumsy, silver bricks like the Apache. The Apache was part of a pioneering smartphone effort by Sprint, Microsoft and HTC. The phone was hot, but not in a good way. And it was pocket-straining heavy. Let's just say HTC has done well not to follow the silver brick road.


No. 10: LG VX9800
Two big speakers inside LG's horizontal flip phone didn't really compensate for the two puny display screens. LG, which had a decent track record with phones, apparently put aside its talents and let Verizon take over the design decisions. The VX9800 was intended to be a big vehicle for Verizon's VCast media offerings. Any wonder why Apple wouldn't play ball with Verizon all those years?



No. 11: Palm Treo 700p
Palm, now a division of HP, arguably invented the smartphone. But the signs of Palm's eventual demise were evident with this later generation Treo. While its contemporaries were slimming their designs, Palm's Treo 700 arrived not only thicker but heavier than its Treo 600 predecessor.



No. 12: LG VX8300
Like the Samsung hand grenade, the LG VX8300 was a lot of hardware all folded together.
A camera, music buttons, an external screen, twin side speakers and an antenna that Verizon required at that time -- the LG VX8300 had a lot going on. You can sort of see how the clutter made Motorola's follow-up with the clean, ultra-slim Razr so popular.


No. 13: Samsung SGH X800
Folding phones offer a compact and winning design. Samsung's SGH X800 got the folding part right, but it missed on the compact part. Open the phone was fine, but folded? It was like a fat little hand grenade.

SUMBER: YAHOO

Tuesday, April 12, 2011

Masters 2011

Assalammualaikum kengkawan semua.

Korang ada tengok Masters 2011??..

Aku jarang la tengok golf, tapi, Masters 2011 kali ni, aku ikut pun sebab ada budak ni, Rory Mcilroy.
sumber: yahoo
Budak ni muda lagi, baru 21 tahun. Masters ni berlangsung 4 hari. Budak ni leading dari hari pertama sehingga hari ke 3 dengan -12. Hari ke empat, lingkup jadi -4. Aduhai... make me very upset oooo. I really hope that he can win. Because he will be the 2nd youngest next to Tiger Woods kalau dia menang. Last day, tengok dia main, aku pulak yang emo, sedey ooo tengok dia main teruk sangat. Aku rasa pressure la tu. Yang menang Masters 2011 hari tu ialah Charl Schwartzel..ha.ha..mamat ni, ntah mana-mana dtgnya..tiba-tiba jer last day, main sikit nyer bagus, terus menang...giler betul la..

Dulu, husband aku ni gila gak dengan golf..sekarang dah kurang la. Bila balik Malaysia, sibuk lagipun rumah jauh sangat dari opis, pegi pagi balik malam..bila weekend tu memang rasa nak rehat jer..jadi dia pun dah jarang main golf dah, setakat pegi driving range je. Lagipun, spending time with the family lagi penting kan. Bebudak ni, kalau bapak dorang takde, boleh mati kutu..where is baba, why baba so late,,,dengan aku...hmmmm... takde dorang herannya derrr...

Monday, April 11, 2011

RIO..

Assalammualaikum kengkawan semua.

Semalam aku pegi Alamanda, korang pegi jenjalan ke mana?

Aku pegi sana pun sebab nak mencari barang, kalau tak aku tak berapa gemor nak ke sana. Sementara menunggu aku, husband aku bawak bebudak ntah ke mana. Tiba-tiba bagi sms, dah beli tiket nak tengok Rio, citer kartun burung biru tu. Sabor je la.

Aku ikut je la, tengok Rio 3D.

Best jugak citer nya, dia punya 3D pun mabeles. Memula start, burung-burung semua tengah menyanyi happy dalam hutan, depa buat flying formation yang sangat menarik dan very colourful...dengan penggunaan teknik 3D, mmg nampak hidup..so, it was really amazing. Pernah gak tengok 3D sebelum ni, citer Narnia dengan Gullivers Travel, tapi, tak sebest Rio, mungkin dorang boleh guna teknik 3D dengan lebih meluas kalau buat citer kartun kot.

Citer ni pasal Blu, burung macaw jantan terakhir bersama tuannya Linda, pegi ke Rio, untuk bertemu dengan Jewel burung macaw betina. Masa kat Rio, Blu dan Jewel kena birdnapped. Bila dapat peluang untuk melarikan diri, Blu pulak tak boleh terbang, sebab dah lama sangat jadi binatang peliharaan. Jadi Jewel yang telah digari bersama pun tak boleh nak pegi mana. Ada satu scene yang aku tak berapa gemor, masa Linda menyamar pakai bikini di Karnival untuk mencari Blu.

Apa jadi kat Blu dan Jewel akhirnya??..he.he..mestilah happily ever after,,.. tapi, korang pegi la tengok sendiri, nanti spoil the fun la..

Aku jarang tengok movie ni, mungkin dua bulan sekali kot..tengok citer bebudak je. Tapi, citer Rio ni la, citer yang aku enjoy tengok.

Citer yang lain banyak download jer, hari tu husband aku donlot citer battle of los angeles kot, punyala boring giler, sampai tertido dibuatnya, berbaloi lagi aku tengok hantu kak limah. Serius... ini menunjukkan citer Malaysia ni dah ada peningkatan. Tak perlu modal berpuluh juta ringgit untuk buat filem yang menghiburkan. Betul tak korang???? Ce citer...ce citer........

Friday, April 8, 2011

'Bloglist Mah@mahu.com'

Aku telah ditag oleh cik yati untuk join bloglist ini.



Syarat2 untuk menyertai bloglist Mah@mahu..
1) Pasti yg utama anda mesti lah meletakkan blog Mah@mahu.com dalam senarai bloglist anda supaya sama2 mendapat kebaikan ok...
2) Buat satu entry bertajuk 'Bloglist Mah@mahu.com' dalam tu hanya lengkap slogan ini 'Saya ingin menyertai bloglist Mah@mahu kerana ........'
saya telah ditag oleh seorang rakan blogger iaitu cik Hayati Hashim.
 (tidak lebih 20 perkataan)

3) Letakkan banner blog Mah@mahu seperti kat atas atau bawah ni pun boleh dalam entry anda.
4) Last sekali kena tag 1 org kawn blog anda.

saya nak tag: Padlie

5) Tinggalkan link anda pada comment entry ini ok senang nak rujuk nanti.

Sesiapa yang berminat nak join boleh click sini.

Nak melancong ke mana??

Assalammualaikum kengkawan semua.

Aku berkira-kira nak ke Sabah cuti sekolah bulan 6 ni.

Korang dah ada plan ke???


Nak ke Sabah ni pun sebab anak aku yang sibuk sangat nak pegi. Ntah la, jeles kot tengok bapak dia asyik ulang alik ke sana tahun lepas. So, tahun ni untuk merealisasikan impian dia, kitaorang ingat nak ke sana..Insyaallah.

Tiket pun dah aku beli dengan MAS, kena beli awal la kalau nak murah kan. Ingat lagi last year, masa pegi Langkawi, beli lebih kurang 3 minggu sebelum flight, mahal giler.. harga tiketnya lebih mahal lak dari tiket ke Sabah yang aku dah beli tu..hu..hu.

Aku tak pernah naik air asia, korang penah tak?? Macam mana ek dia punya baggage tu,, kena bayar atau dah siap dengan harga tiket. Yang aku perasan meal pun takde kan??.. semua kena beli coz takde dalam package.

Kat mana ek tempat yg best kat Sabah, mmg tak pernah pegi, husband aku pun pegi atas urusan keja, mmg takdak berjalan sgt la.

Korang ada pengalaman ke sana?? Share la....

Thursday, April 7, 2011

April Fool

Assalammualaikum kengkawan semua.

Aku terbaca cerita ni kat Majalah Mastika.

Orang kafir merayakan April Fool sebagai hari untuk mengenang kemenangan mereka membunuh dan memperbodohkan orang Islam, berdasarkan tragedi Granada di Sepanyol.

Pada abad ke-8 masihi, Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju. Orang kafir ni memang dengki, so, mereka cuba takluki negara tersebut. Caranya mudah je, dorang melemahkan iman orang Islam melalui serangan pemikiran dan budaya. Aku rasa, macam senario kat Malaysia sekarang ni la kan. Ideologi barat dan budaya mereka yang menjadi ikutan para remaja.

Bila, orang Islam alpa dan lalai, dengan mudah mereka dapat menguasai negara Sepanyal, sedikit demi sedikit. Last-last, mereka dapat menawan negara tersebut dan mengakibatkan rakyat menjadi takut dan bersembunyi di dalam rumah. Taktik penipuan yang dibuat oleh tentera salib ialah, mereka mengumumkan penduduk Granada dibenarkan untuk keluar dengan selamat dan menaiki kapal yang telah mereka sediakan. Bila penduduk tersebut keluar dari tempat persembunyian masing-masing, tentera salib pun menyerang dan membunuh mereka dengan kejam. Rumah dan kapal yang dijanjikan tu pun turut dibakar. Tak kiralah, budak kecik ke, wanita semua kena bunuh. Kejadian ini berlaku pada 1 April 1847.

Sebelum ni, aku pun tak tahu pasal citer April Fool ni. Seingat aku, aku dan kengkawan pernah buat prank on April Fool masa sekolah menengah dulu. Kitaorang gam kapur kat blackboard, bila cikgu nak amik tak bley...so, kitorang gelak kan cikgu tu...dan cakap April Fooooolll...

Allah hu Akbar... rupanya, ini semua agenda orang kafir.. Astaghfirullah...

Tapi, seingat aku, aku memang takde buat dah lepas tu, itulah satu-satu insiden yang melibatkan aku dengan April Fool day ni.. yang lain, kengkawan banyak kenakan aku ada la.

So, selepas dah baca citer ni, ingat-ingatlah ek, jangan la nak buat prank on 1st April walaupun takde niat, dan saja suka-suka. Dan nasihatkan kengkawan yang selalu buat prank tu.

'SAY NO TO APRIL FOOL'

Wednesday, April 6, 2011

Enjit-enjit Semut..

Assalammualaikum kengkawan semua.

Ini bukan sinopsis citer Hantu Mak Limah Balik Rumah ek...he.he

Korang pernah main tak enjit-enjit semut masa kecik-kecik dulu?? .. Aku ingat, masa aku kecik, kalau main enjit-enjit semut ni, memang kitaorang akan cubit kuat-kuat punya.. memang tunggu turn je nak naik atas..sakit weiii..

Selain dari tu, aku dan kengkawan main konda-kondi, galah panjang, yang macam besbol tu panggil apa ek??.. batu seremban, main nyorok-nyorok dalam semak, teng-teng.. lagi apa ek, permainan dahulu kala kita tu??..

Yang pastinya, permainan camgini, semakin ditelan zaman. Kat kampung, mungkin famous lagi kot, kalau kat bandor ni, tak tahulah. Anak-anak aku pun tak reti permainan ni semua.

Zaman sekarang, zaman teknologi.. budak-budak sekarang ni sibuk dengan ps2, psp dan permainan komputer je.

Lagipun dulu masa aku kecik, mak aku memang takde kisahnya der, aku keluar pagi, petang nak senja baru balik. Asyik main je la kejanya. Kalau mak aku carik, maknanya dia bad mood la tu, dan conform kena piat le jawabnya..muahaahaaa. Aku memang lasak dan nakal masa kekecik dulu.. nasib baik gak sekarang jadik manusia...he.he.

Zaman sekarang aku tak boleh buat macam stail mak aku, risau pulak kena kidnap kang. So, most of the time, anak-anak pun duduk dalam rumah je, tunggu weekend baru pegi playground sama-sama itupun jarang. Bila masa nak main konda-kondi, teng-teng???..

Rindu, keadaan masa kecik-kecik dulu. Zaman, mak bapak tak perlu risau pasal kidnappers. Life is less complicated.

Tuesday, April 5, 2011

Keldai Dadah!!

Assalammualaikum kengkawan semua.

Mesti korang pernah terbaca cerita pasal 'drug mule' kat paper kan!

Selain daripada penderaan kanak-kanak, penculikan kanak-kanak, perdagangan manusia, cerita yang aku turut kesian ialah cerita para remaja kita yang terjebak dalam kes 'drug mule' ni. Yang aku baca, sekarang ni ada 1, 490 warganegara Malaysia yang merengkok di penjara luar negara, di atas kesalahan berkaitan dengan dadah, dan 'keldai dadah'.

Tak pasal-pasal je kau!! .. Mungkin disebabkan wang dan keseronokan .. Mungkin juga mereka dijanjikan dengan pekerjaan, percutian percuma, ataupun diminta untuk menghantar barang je, tanpa mereka sedari, mereka hanya diperalatkan oleh pengedar dadah. ..

Bila dah masuk lokap, tak ke haru.. diri sendiri susah, family lagi la kan. Pada aku memang aku rasa macam tak patut je, tapi, masalahnya bila kes masuk mahkamah, bukti untuk sabitkan orang yang sebenarnya yang bersalah takde. Of course la dorang pun pandai menipu, mungkin bagi nama dan syarikat palsu, maklumat palsu etc. At this point, menyesal pun takde guna. So, yang penting, walau apa pun yang kita nak buat, kita kena berhati-hati.

Kalau dapat offer nak pergi luar negara tu, selidik dulu betul-betul. Syarikat apa yang offer, cari maklumat dan minta pandangan orang lain. Jangan fikir seronok je bila ditawar gaji lumayan dan dapat bekerja di luar negara, sampai hilang pertimbangan.. fikir masak-masak, fikir dengan bijak untuk mengelakkan perkara-perkara tak diingini berlaku kepada diri kita. ..

Kalau dah buntu sangat buat solat Istikharah, Insyaallah Allah S.W.T akan bagi petunjuk,.. itu lah yang sebaik-baiknya.

Monday, April 4, 2011

Assalammualaikum

Assalammualaikum kengkawan semua.

Alhamdulillah, aku dah ok sikit. Selsema dan batuk belum ok lagi.

Yang aku perasan, sekarang ni, kalau selsema atau batuk, especially kalau batuk la, memang lambat betul baik. Mungkin kah virus tersebut sudah semakin imun dengan ubat-ubatan?? Atau pun makanan yang kita ambil mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan badan kita lambat respons untuk bertindak dengan virus-virus??? Ataupun aku yang sudah tua....muahaahaaaaa. Betul jugak tu kan, faktor usia berkaitan juga dengan pertahanan badan untuk melawan virus-virus..

Makin maju dunia kita, makin bertambah pulak manusia dengan penyakit-penyakit.

“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Ubat-ubat ni pun tengok jugak keserasian kan. Setengah orang makan ubat A boleh baik, sesetengah tu sebaliknya. Yang penting kena usaha la, kalau nak baik kan.. dan REDHA.

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”. (HR. Bukhari dan Muslim)

Insyaallah.