Wednesday, August 21, 2013

SELAMAT HARI RAYA....

Uhuk..uhuk....berabuk...blog aku nih...he..he..lama tak update..

rasa..macam baru je puasa...tiba-tiba dah raye...cepat betul masa berlalu....



Monday, May 6, 2013

Pilihanraya 2013..habih dah....

tamat sudah....pertempuran...akhirnya BN menang jugak...

i don't give much thought about politics..but if it involves the future of my generations...i will do what is best!!

Harap-harap..BN sedar dan perbaiki kekurangan mereka..agar kepercayaan rakyat dapat ditawan sepenuhnya...yang penting Orang Melayu mesti BERSATU. Nama pun manusia, LEMAH. Perlukan wake up call untuk menyedarkan mereka.

Tuesday, April 16, 2013

PRODUK JAMU SERI DEWI MALAM

Hi youllss...

sekarang i dah jadi agen..he.he..bukan spy agen..agen..JAMU SERI DEWI MALAM. I minat sangat dengan produk ni sebab i rasa ia MEMANGGGGG berkesan OKKKK..haaa.......he.he..

 


Dah lama i tak menjual barang kat tenet ni. rasanya dalam 3 tahun dah stop kot. Sebab tumpukan pada anak-anak. Sebab meniaga ni sibuk la..i know u can make extra income, and probably, kalau betul-betul serius boleh berjaya dengan jayanya InsyAallah.Satu lagi sebab, i'm not a very social person. Masuk FB pun jarang-jarang sekali. Nak meniaga kena rajin bersosial, dan promote barang, baru jalan perniagaan tu. I dulu setakat promote kat forum dan tempat-tempat tertentu la. Itupun rezeki masyuk gak..

Dulu my site: InaAnekaShop.com . Sekarang takdak dah .com tu..tinggal blog je..

Ok..berbalik pada PRODUK JAMU NI: JAMU SERI DEWI MALAM. Jamu ni lebih kepada sesiapa yang ada Sakit Puan / Sakit Tuan. Pada i, harganya boleh tahan gak la RM30 - RM65 range. Tapi, yang penting..keberkesananya tu dan tahan lama gak, (kecuali jamu bentuk kapsul la).

PRODUK-PRODUKNYA:

1) JAMU DEWI SUCI (JDS) RM65
2) JAMU DEWI DARA (JDD)RM48/50 BIJI
3) JAMU DEWA SAKTI (JDT) RM65 /30 BIJI
4) SUSUKAN QALBU (SQ) RM40/5 BIJI
5) MR. ZACK POWER BRO (MZPB) RM69
6) FEMININ WASH ROSE (FWR) RM48 (100ML)
7) FEMININ WASH ARABIC SPICE (FWA) RM48 (100ML)
8) MASKER INTIM (MI) RM30 SEBOTOL
9) BERINA C PLUS (BCP) RM38 / 15 SACHET
10) COLLAGEN HERBALICIOUS WHITE (CHW)
11) COOL SLIMMING ESSENCE (CSE) RM48
12) MULTIPURPOSE HOT ESSENCE (MHE) RM48
13) NATURE'S ESSENCE MIRACLE OIL (NEMO) RM42 / 65ML
14) MAGICAL ESSENCE SLIMMING SOAP (MESS) (RM36) / 100g
15) SABUN LULUR KASIH (SLK) RM36
16) 3 IN 1 GOODBYE PIMPLES (GP) RM29 / 60GM


Produk ni ada pantang larang ye:


Setiap pantang larang dibawah adalah bukan semata-mata dibuat-buat tetapi ini adalah untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang berlaku. Jadi anda perlulah mengambil perhatian secara serius bukannya sambil lewa ya..

1.SEBARANG JAMU-JAMU ATAU SEBARANG UBATAN YANG MENGANDUNGI HERBA TIDAK BOLEH DICAMPUR DENGAN PRODUK SDM (TIDAK KIRA LAH APA PUN JENAMANYA)

2.SEBARANG UBAT YANG TIADA KANDUNGAN HERBA (SEPERTI SUPPLEMENT, PIL PERANCANG DAN UBATAN HOSPITAL), ANDA BOLEH JARAKKAN 2 JAM SEBELUM MAKAN MANA-MANA PRODUK SDM.

3.SEGALA JENIS PRODUK PELANGSINGAN BADAN TIDAK KIRA LAH DALAM BENTUK CECAIR, KAPSUL ATAUPUN SERBUK DAN TIDAK KIRA APA PUN PERASANYA, SUSU, COKLAT, BUAH-BUAHAN. SENANG CERITA, APA-APA SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN TUJUAN UNTUK PELANGSINGAN BADAN TIDAK DIBENARKAN UNTUK DICAMPUR DENGAN MANA2 PRODUK SDM...

4.SEKIRANYER ANDA ADA MENGAMBIL MANA-MANA PIL KURUS,JAMU-JAMU LAIN DAN MANA-MANA PRODUK YANG BERASASKAN HERBA, TIDAK KIRA APA TUJUANNYA. HENDAKLAH DIHABISKAN ATAU MENGHENTIKAN PENGAMBILANNYA SELAMA 2 MINGGU SEBELUM MENGAMBIL PRODUK-PRODUK SDM.. INI UNTUK MEMASTIKAN BADAN ANDA BETUL-BETUL BEBAS DARIPADA APA-APA BAHAN YANG BOLEH MENYEBABKAN KOMPLIKASI JIKA MENGAMBIL SDM.. 

5. BAGI IBU-IBU YANG MENYUSU BADAN DI GALAKAN UNTUK MENGAMBIL PRODUK SDM, SEKURANG-KURANGNYA APABILA BAYI ANDA BERUMUR 6 BULAN KE ATAS. TETAPI BERGANTUNG KEPADA KEADAAN BAYI ANDA. JIKA BAYI ANDA KUAT, IANYA TIDAK MENJADI SATU MASALAH(ramai pengedar dan agen kita yang menyusukan anak sepenuhnya, lepas pantang sudah mengamalkan produk sdm.. Alhamdulillah..semakin ok, susu pun banyak....)

6. BAGI WANITA YANG MEMAKAI IUD, HANYA PENGGUNA YANG TELAH MEMAKAI IUD SELAMA SETAHUN DAN KE ATAS SAHAJA

7. YANG PALING PENTING SEMASA MENGAMBIL SDM INI, ANDA HENDALAH BERPANTANG TERUTAMANYA DARI SEGI PEMAKANAN. MAKANAN YANG MENGANDUNGI UNSUR PANAS SEPERTI DURIAN, TAPAI, MADU ITU AMATLAH PERLU DIJAUHI. MAKANAN SEJUK SEPERTI AIS KRIM, PUDING DAN SEANGKATANNYA IAITU APA SAHAJA YANG KELUAR DARI PETI SEJUK JANGAN LAH MINUM ATAU MAKAN TERUS.

8.SETIAP ARAHAN DAN ATURAN PERLU DI IKUT, BACA DAN FAHAMKAN, KALAU TIDAK FAHAM BOLEH RUJUK, KAMI SEDIA MEMBANTU. SEKIRANYA ANDA BERDEGIL, KAMI DI KELUARGA SDM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA BERLAKU SEBARANG KOMPLIKASI... MOHON KERJASAMA...

Oklah..nanti i update kelebihan JAMU SERI DEWI MALAM ni ek..InsyaAllah..






Tuesday, March 12, 2013

Update: Pure Marine Collagen

update:

selepas consume hampir sebulan..

1. texture kulit semakin baik
2. kulit muka pun bertambah baik
3. penghadaman ada improvement
4. badan rasa cergas jugak la
5. badan rasa cam pejal sikit

overall ok la, efek yang cepat.

side efek: buat masa ni tak rasa apa-apa problem negatif.

Dari pembacaan, seaweed mengandungi iodin yang tinggi, tetapi, sekiranya direndam lama (over 30 minutes) dan airnya dibuang, Insyaallah...60% of the iodine content akan hilang.




Thursday, February 14, 2013

Pure Marine Collagen


Inilah rupanya Pure Marine Collagen. Khasiatnya banyak, google je. Sekarang ni aku baru start makan Marine Collagen. Sebabnya, dah dekat 5 bulan badan aku ni gatal-gatal...naik macam gegata tu...tak tahan asyik menggaru je. Pegi jumpa doktor pun tak baik juga.

Kebetulan, terserempak ngan iklan Pure Marine Collagen/ Ibu Collagen / PMC/ Eucheuma Cottoni. Antara khasiatnya boleh hilangkan gatal-gatal. Memula tu tak berapa nak heran dengan benda ni, sebab, sebelum ni pernah makan Cocoa Collagen, tapi, muka naik jerawat banyak. Makan dua kotak je, lepas tu stop. Buat rosak muka je plak kang. Tetapi, disebabkan terpengaruh dengan testimoni-testimoni yang mengancam, aku pun nekad je la beli Pure Marine Collagen ni. Aku beli Pure Marine Collagen gred AAA, purple. Ingat nak beli sekilo je, dah siap bayar, rupa-rupanya minimum purchase 2kg, so tambah le lagi, dah alang-alang nak beli tu kan,,,lantak arr...beli je banyak-banyak sekali. Rasi atau tidak belakang kira.. tak ok, sedekah je kat orang..he.he.he...

Tapi, Alhamdulillah..efeknya positif. Gatal-gatal tu nampaknya cam dah kurang jer..tapi, tak sure lagi..baru je consume. Nanti kita update ek.

Ini rupa Pure Marine Collagen yang dah dimasak.

Bau dan rasanya memang fishy ok. Kena basuh banyak kali, rendam semalaman, basuh lagi..but still the smell and the taste tak hilang sepenuhnya. First makan, amik 2-3 sudu campur dengan sunquick..mak aii...rasa nak muntah...baunya cam sotong mentah..tak lalu nak makan. Lepas tu, try pulak buat air campur dengan 2 sudu sunquik..baru ok..rasa fishy tu almost tak rasa langsung la..so, Alhamdulillah boleh makan.

Harap-harap, hilang la gatal-gatal badan ni. InsyaAllah.

Friday, February 8, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013...

he..he..apa ke hal...dah masuk bulan Februari dah..mak oiii....berapa bulan aku tak menconteng kat sini..ek...???..

hmmm...tahun ni, anak aku lompat kelas...kelassss gitu...tapii...dia lompat kelas bukan sebab dia genius...tapiii...sebab dia lahir 1.1.2003. Ntahlah..aku pun tak tahu...sekolah pun tersalah pandang...so, akibatnya tanggung sendiri la...

ceriteranya..bebudak yang lahir 1.1.2003 ni kena masuk sekolah darjah satu, sama dengan bebudak yang lahir pada tahun 2002.

anak aku tu, sepatutnya darjah 4, disebabkan salah faham ni, dia kena lompat tahun 5. Jenuh jugak nak mengajar dia, sebab, subjek terus jadi susah....especially bahasa melayu la...nak buat karangan bagai..dah la bahasa melayu aku pun kantoi.....





Mak aii...bersawang-sawang...

he..he..lama betul tak update blog ni..ntahlah..malas betul...