Thursday, February 26, 2015

Global Handy Vacuum GSC-4518S Green REVIEW


Saya beli Global Handy Vacuum GSC-4518S ni pada 12/12/2014 di Lazada. It took gdex 20 days to deliver it to me. hmmmm..nak cakap tension, tak la sangat. Sebab beli COD..lantak korang la nak hantar ke tidak..Bila sampai tu macam dah tawar hati jer...tapii...kejap jer..hehehe...

Yang best mengenai vacuum ni ialah ianya handheld dan mudah untuk dikendali. Kerja menvakum jadi lebihhh...mudah. Kuasa sedutannya pun sangat kuat. Tempat penyimpanan sampah dan filter mudah dilihat sekiranya sudah penuh. Mudah untuk dicuci. Wayarnya pun agak panjang.

Yang tak best..kualiti la kot. Tempat handle tu kenkadang tercabut bila vakum carpet. Begitu juga dengan tempat penyedut stand tu. Snap container sampah tu pun nipis sangat..tak boleh ganas....nanti cepat patah.


Walau apa pun, memang berbaloi membelinya. Harganya setaraf kualitinya...but still, so far i'm verryyy happy with this product. Tak perlu nak sambung hose dan handle extender tu semua..jimat masa dan memudahkan kerja.

 *Recommended household item






Sunat/Khitan baby perempuan

Alhamdulillah..Jasmaine dah sunat hari Isnin lepas.

Dah 8 bulan baru nak sunat..hehe..sorry la sayang. mama lupa daaa..

Kalau you all sedang mencari klinik untuk sunatkan anak /baby perempuan boleh cuba Klinik Medi-nur di Puchong Utama. Bayarannya ialah RM35. Sebelum pegi tu call la dulu ye (03-80683500). Doktor yang in charge untuk sunat tu ialah Dr. Nor Nabilah kalau tak silap saya.

Budak dah 8 bulan kan lasak. So, saya risau betul. Di dalam perjalanan ke klinik tu saya banyak-banyak berdoa, supaya semua urusan dipermudahkan. Alhamdulillah, Jasmaine pun tak lasak macam selalu. Dia tengok jer doktor dan pembantu tu. Bila doktor snip jer menangis la jugak..kesian..sedih sangat tengok anak nangis sakit kan...keluar bilik doktor ok jer...hehe..baba dia yang suspen lebih..risau anak kesayangannya meraung...

 Mengikut Muzakarrah Jawatankuasa Fatwa Malaysia, sunat untuk bayi perempuan adalah wajib. You all boleh google e-fatwa malaysia ye.



Friday, February 20, 2015

Apam Gula Hangus / Steamed Caramel Cake

Sedappppp....buat pagi tadi. Resepinya simple tapi sedap.

Resepi ni saya dapat dari blog mamafami. You guys nak try?

Resepi Apam Gula Hangus

 Bahan basah:

150gm gula kastor
100ml air panas
70gm majerin
75ml susu cair (saya pakai susu tepung. 3 sudu besar campur air untuk cukupkan 75ml)
1 biji telur (pukul sedikit)

*Panaskan gula atas api kecil. Jgn kacau. Cuma goyangkan je periuk tu. Biarkan hangus.
*Masukkan air sedikit demi sedikit dengan hati-hati. Kacau semula diatas api sekejap.
*Masukkan majerin. Sejukkan.
*Masukkan susu dan telur.

 Bahan kering:

150gm tepung
1 sudu kecil baking soda
 65gm gula kastor
secubit garam

*ayak /saya kacau jer dengan whisk

*Campur karamel tadi dalam tepung dan whisk hingga sebati.
*Masukkan dalam acuan dan kukus 15 minit / sehingga masak

Saya tak suka manis, jadi 65gm tu saya kurangkan kepada 30gm jer

Selamat mencuba!

Monday, February 16, 2015

FULL PAYING PATIENT SCHEME PUTRAJAYA (FPP) REVIEW

Salam semua.

Bagi yang sedang mencari hospital untuk bersalin bolehlah cuba full paying patient scheme ataupun fpp di putrajaya ni.



Ini merupakan pengalaman pertama saya bersalin di hospital kerajaan. Kenapa saya pilih FPP (full paying patient) ni?

Sebabnya ialah, masa ujian gula tu saya kantoi. So saya dilabel GDM / gestational diabetes mellitus aka kandungan gula tinggi semasa hamil. Saya rasa dalam 8.3 kot bacaan gula masa test tu. So every two weeks saya kena buat test gula. Cucuk kat jari..so kena control makan. Memang tak best langsung..saya buat test tu kat klinik panel je..kena buat 4 test dalam satu hari. Pukul 8am, 12pm, 6pm dan lebih kurang 10pm. Jenuh la ulang alik ke klinik.. boring. Satu pengalaman yang memang bosan dan melecehkan. Testnya sekejap je tapi malas betul nak ulang alik tu...Tapi, apakan daya dugaannnn...

Disebabkan faktor umur dan GDM la saya buat keputusan memilih Full Paying Patient Scheme Putrajaya (FPP). Sebab kalau ada masalah senang...dan kos pun tak la mahal sangat nanti..kalau operate di hospital swasta mungkin boleh capai 10k....erk..tak sanggup..

First step, kena call dulu FPP Putrajaya untuk buat appointment. Ini no. telefon untuk buat temujanji / appointment FPP Putrajaya -0383124309. Mereka akan tanya nak pilih doktor yang mana. Last time saya pilih Dr. Hamidah. Lepas tu mereka akan confirmkan semula dan beri tarikh appointment.



Yang tak best nya..walaupun paying patient, kita kena tunggu sama dengan patient lain jugak...berejam la tunggu...sabor ajelah.

Dr. Hamidah pulak, pada saya seorang doktor yang bagus dan profesional. Cuma dia tak berapa nak bersembang sangat..tak cakap banyak...mungkin sibuk kot..

Nanti...saya akan kongsi pengalaman bersalin di Hospital Putrajaya under Full Paying Patient Sch

IQ Test

hmmmm....whattt???


Friday, February 6, 2015

BELI KURMA ONLINE

Jenuh mencari kurma kat pasaraya tapi tak jumpa. Akhirnya beli kat internet je. Beli di www.alarif.com.my. Kurma maryami RM38 sekilo sedappp.. Beli untuk Jasmin sebenarnya. Dia tak nak makan bubur nasi tanpa kurma...

Beli sekali minyak habbatussauda RM12. Nak beli sabun habbatussauda tapi dah habis stok la plak so, ganti dgn minyak..ok..jugak.

Alhamdulillah..semalam order, hari ni dah dapat. Bagus servis al arif..InsyaAllah lain kali boleh beli lagi.