Sunday, November 15, 2015

Cara hilangkan gegata dengan cepat

Jasmaine baru jer kena gegata 2-3 hari lepas.

Jenuh fikir apa yang menyebabkan dia kena gegata ni. So, saya eliminate satu-satu benda yang happening dan benda baru yg dia makan.

So, my suspicion is, samada koko crunch ataupun ayam berempah...hmm.. sebab benda-benda lain macam normal jer, hari-hari.

Masa jasmaine kena gegata tu, saya terus sapukan minyak habbatussauda banyak-banyak kat tempat gegata tu. Alhamdulillah cepat surut, lebih kurang 20 - 30 minit dah takde langsung merah-merah tu, macam magic. Dalam 3 hari da tak naik dah gegata tu.

Yang saya perasan, gegata tu akan terjadi bila dia panas dan berpeluh, dan gegata akan tumbuh di bahagian kulit yang bersentuhan lama dengan benda lain, contohnya tilam. Bila dia tidor lama sebelah kanan, maka gegata akan naik di bahagian tu la.

Tapi, Alhamdulillah, Jasmaine dah ok dah sekarang. If this ever happens again next time, InsyaAllah habbatussauda juga la ubatnya.



0 comments: