Tuesday, March 31, 2015

Aplikasi Mykira GST


Aplikasi ini anda boleh download dari google play. Boleh semak harga dan boleh terus buat aduan.

Semalam pergi supermarket hero, resit pun dah tertera gst cuma belum implement lagi.






Tuesday, March 17, 2015

FOR SALE: Avent Manual Breast Pump + FREE GIFT--MURAH..MURAH


SECONDHAND AVENT MANUAL BREAST PUMP +FREE GIFT = RM120 termasuk poslaju.

Pakai dua kali jer. Reason to let go, baby tak nak minum botol.

FREE GIFT tu breast pad day and night avent dan 4 botol Autumnz storage.




Berminat boleh whatsapp/wechat: 0192733789

Friday, March 13, 2015

Panasonic 3-in-1 Hand Blander MX-SS1 Review

Dah lama dah nak beli hand blender. Senang nak proses makanan baby dan lain-lain.

Panasonic 3 in 1 Hand Blender MX-SS1 ni, saya beli di Mudah.com dengan harga RM159 + RM9 parcel post = RM168. Harga biasa untuk Panasonic 3 in 1 hand blender ni ialah RM179. Kalau guna parcel post ni 5-6 hari baru sampai...cuak jugak lerrrr...

Apa yang 3 in 1? Ia boleh blend, chop dan whisk.





Tempat pemegangnya berat jugak. Kalau ringan atau yang diperbuat dari plastik mungkin bergetar lebih agaknya. Bunyinya pun tak kuat. Bukan macam blender yang biasa kita pakai tu.

4 blade blender, akan membuatkan makanan yang kita blend tu betul-betul halus. Fungsi whisk dan chopper adalah bonus yang memang mengujakan...

Ada 5 kelajuan berbeza yang boleh anda pilih untuk model Panasonic 3 in 1 hand blender MX-SS1 ini. Model ini juga disertakan tempat gantung blender (wall attachment). Bila nak pakai, pasang plug dan switch on jer...mudah kan

Jadi, sekarang ni, blender biasa tu hanya untuk mesin bawang dan cili jer.

Setakat ni memang puas hati pakai hand blender Panasonic 3 in 1 ni.






Thursday, March 12, 2015

Resepi donut simple gebu dan sedap

Resepi donut ni memang simple..tapi sedap dan gebu.

Saya cuma buat adunan nya aje..bab membentuk, anak-anak yang buat. Suka hati korang la nak buat bentuk apa pun, asalkan boleh makan.

Resepi ni dah lama ambil kat internet. Kat blog mana pun tak ingat dah. Terima kasih kepada tuan punya resepi kerana sudi berkongsi resepi donut yang simple tetapi gebu dan sedap ni. Kalau ikutkan resepi ni ada telur, tapi saya tak letak, sebab terlupa. Surprisingly, masih menjadi jugak donut gebu ni...hehe..

Donut Ball

dry ingredient:
3 cawan tepung gandum

wet ingredient:
1 cawan air suam kuku+ 6 tbs gula+
1 pek yis

2 sudu besar mentega - cairkan
3 sudu besar susu pekat manis

1 biji telur

Cara-cara

Cairkan mentega dan ketepikan.
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
After 45 minit, tumbuk tumbuk adunan dan buatla bentuk yang kita nak. Lepas tu goreng. Api kena jaga, jangan besar sangat. Nanti luar dah hitam dalam belum masak.

Selamat mencuba!