Monday, March 7, 2011

Bantal Busyukkkk..

Assalammualaikum kengkawan semua..

Masa korang kecik-kecik dulu kan..korang ada bantal busyukk tak??..

Aku takde..kalau ade pun tak ingat la..tapi..rasanya conform takde......kot??....he.he.he

Ada macam-macam jenis bantal sekarang ni..tapi,,aku nak tunjuk design bantal yang best kat korang..


Boyfreind Pillow???
Sumber: google



Body Pillow: Yang ni nampak macam selesa je kan.
Sumber: google



Sedap je atuk tu ek!!
Sumber: google


Mama dia sentiasa ada..pok..pok..pok...tido..zzzz. So cuteeee




Sesuai sangat. 2 in 1. Tudung merangkap bantal...sanggup ke korangggg??
Sumber: blog milosuam


Sesuai sangat untuk pregnant ladies..memang comfy ni..
Sumber: google

Sunday, March 6, 2011

Grand Wedding or Simple?

Assalammualaikum kengkawan semua.

[Submit your photo, and get a chance to win  iPhone 4. Find more info here]

Semalam aku pergi kenduri kahwin, kawan husband. Rumah dia dekat Rawang. Jalan jam giler..accident..dah over..dah bawak ke tepi pun..tapi..disebabkan naluri manusia ni..asyik nak amik tahu je...itu yang buat jam..sedangkan bukannya serius pun...adohai..dekat sejam lebih kat situ je..sesampai..kul 3 lebih..ada lagi la 2-3 orang yang datang..nasib baik tak tutup kedai lagi.

Pastu malam tadi, aku tertengok citer pasal wedding anak Chef Wan, Serina. Fuuuhh...dasyat betul preparation nye..kalau tak silap aku telan belanja RM500,000. Memang grand habisss..

Makanan of course la.. mesti la standard kan.. nama pun chef wan. Mesti ada signature dish .. itu memang dia kena jaga nama la. Tapi, tengok memang dari A - Z dia yang uruskan. Aku terpikir gak..mak si serina ni mana?? I know they are divorced..tapi,, nampak cam chef wan yang buat semua... lagipun dia memang perfectionist la.. hu...hu... it's harder for the people involved to please him, rather than Serina.. keh.keh..keh

Kalau korang, korang prefer wedding yang macam mana? Yang grand atau simple?

Macam aku dulu, memang sesempoi habis la. Ye la.. mak aku pun dah takde .. most preparation aku yang plan .. jadi, takde la grand macam orang lain.

Lagipun nak kawin ni memang banyak pakai duit la.. aku rasa cam membazir je. Kalau takde RM20,000. .. jangan mimpilah nak buat khemah cecantik tu semua.

Pada korang yang berplan nak kawin / even belum nak kawin pun silalah menabung dari sekarang, tak payah la nak kawin pun pinjam bank. Buat sakit je bulan-bulan nak bayor.

Saturday, March 5, 2011

Version : Gila Materialistik! What will you do if you are rich??

Assalammualaikum kengkawan semua.

[New York Skin Solution ada buat promotion FREE treatment sehingga 15 March - Info lanjut tengok sini.]


Semalam aku ter tengok dan terperasan senarai 10 orang paling kaya kat Malaysia ni.

The top 10 richest Malaysians are:
  1. Robert Kuok Hock Nien (US$12.5 billion);
  2. Ananda Krishnan (US$9.5 billion);
  3. Puan Sri Lee Kim Hua (US$6.6 billion);
  4. Tan Sri Lee Shin Cheng (US$5 billion);
  5. Tan Sri Quek Leng Chan (US$4.8 billion);
  6. Tan Sri Teh Hong Piow (US$4.7 billion);
  7. Tan Sri Yeoh Tiong Lay (US$2.7 billion);
  8. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary (US$2.5 billion);
  9. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (US$1.25 billion); and,
  10. Tan Sri Tiong Hew King (US$1.2 billion). 
 Kebanyakan mereka adalah bangsa Cina kan.

Ada sorang je lah Melayu yang terselit kat tengah-tengah tu. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary.

Memang best kalau banyak duit ni. Agaknya, apalah yang korang akan buat kalau ada duit berbillion-billion ek??

Aku ketepikan dulu niat suci murni aku kat sebelah....

Ini version : gila materialistik ok.

1. Rumah: Of course la rumah banglo macam dalam citer Iron Man.
sumber google
2. Kereta: Bukan satu ni je tau...
sumber google

3. Dalam rumah ada panggung wayang macam GSC / TGV, court badminton, bowling alley, golf course, taman permainan macam rumah Michael Jackson.

4. Kapal layar: Senang nak bercuti ke Langkawi..he.he
sumber google



5. Personal Jet..ini kemestian..

sumber google

Apalagi ek??..Duit dah banyak sangat ni..dah tak tahu nak buat apa dah..kih..kih..sila tolong bagi idea untuk aku menambah harta...cheh..cheh...

p/s: entry suka-suka ...kalau dalam realitinya..kalau aku ada duit berbilion-bilion tu pun tak salah miliki benda ni semua...yang pasti aku akan dulukan niat suci murni yang aku ketepikan kat sebelah tadi...hu...hu.

Friday, March 4, 2011

Orang akan memegang kata-kata bukan maksudnya

Assalammualaikum kengkawan semua.

Iklan jap :[Tarikh tutup MILOFUZEJAMPACK: 9 Mac 2011. Info lanjut di sini. !!]

'Orang akan memegang kata-kata bukan maksudnya'

Korang faham tak maksud ayat kat atas ni??

Ok, aku bagi contoh ek:

Si Tipah telah menulis satu entry kat blog dia. Lepas tu ada orang komen la kan.. contoh:


KOMEN A: Aku menyampah tul kat ko..tau takkkk.!!!..eeeee...nyampah!!

KOMEN B: Aku menyampah tul kat ko....awwww.....kah..kah..kah...he.he


So, dari pengamatan korang..komen yang mana akan membuatkan korang akan terasa??

Of course la KOMEN A kan..sebab dari gaya bahasa penulisan dia macam

1. memang tak suka kita
2. macam kasar jerrrr..

So, dengan tidak sengaja pengomen A telah memberi tanggapan yang salah pada si pembaca.

Walaupun si pengomen A:

1. tidak bermaksud untuk berlaku kasar
2. bukanlah menyampah pun, tapi..dari cara penulisan,,mmg nampak macam menyampah bebenor.

Berbalik pada tajuk di atas: 'Orang akan memegang kata-kata bukan maksudnya'

Pada aku, perkara ni memang selalu berlaku la...kita tak dapat nak elak daripada membuat tanggapan atau salah tafsiran. Kita cakap lain, orang faham lain.

Yang penting, kita sepatutnya cuba untuk berfikiran positif sentiasa.

Sebab, selalunya bila kita berfikiran negatif tu...mesti ada unsur-unsur lain yang membuatkan kita beranggapan macam tu...contohnya: hasutan syaitan laknatullah.

Moral of the story:
Sebelum kita membuat kesimpulan mengenai sesuatu perkara yang orang lain cakap/tulis, cuba fahami dan selami dulu.. dan cuba berfikiran positif .. kalau tak faham .. atau rasa sangsi.. lebih baik bertanya .. untuk mengelakkan salah faham.

Wallahualam.