Thursday, April 7, 2011

April Fool

Assalammualaikum kengkawan semua.

Aku terbaca cerita ni kat Majalah Mastika.

Orang kafir merayakan April Fool sebagai hari untuk mengenang kemenangan mereka membunuh dan memperbodohkan orang Islam, berdasarkan tragedi Granada di Sepanyol.

Pada abad ke-8 masihi, Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju. Orang kafir ni memang dengki, so, mereka cuba takluki negara tersebut. Caranya mudah je, dorang melemahkan iman orang Islam melalui serangan pemikiran dan budaya. Aku rasa, macam senario kat Malaysia sekarang ni la kan. Ideologi barat dan budaya mereka yang menjadi ikutan para remaja.

Bila, orang Islam alpa dan lalai, dengan mudah mereka dapat menguasai negara Sepanyal, sedikit demi sedikit. Last-last, mereka dapat menawan negara tersebut dan mengakibatkan rakyat menjadi takut dan bersembunyi di dalam rumah. Taktik penipuan yang dibuat oleh tentera salib ialah, mereka mengumumkan penduduk Granada dibenarkan untuk keluar dengan selamat dan menaiki kapal yang telah mereka sediakan. Bila penduduk tersebut keluar dari tempat persembunyian masing-masing, tentera salib pun menyerang dan membunuh mereka dengan kejam. Rumah dan kapal yang dijanjikan tu pun turut dibakar. Tak kiralah, budak kecik ke, wanita semua kena bunuh. Kejadian ini berlaku pada 1 April 1847.

Sebelum ni, aku pun tak tahu pasal citer April Fool ni. Seingat aku, aku dan kengkawan pernah buat prank on April Fool masa sekolah menengah dulu. Kitaorang gam kapur kat blackboard, bila cikgu nak amik tak bley...so, kitorang gelak kan cikgu tu...dan cakap April Fooooolll...

Allah hu Akbar... rupanya, ini semua agenda orang kafir.. Astaghfirullah...

Tapi, seingat aku, aku memang takde buat dah lepas tu, itulah satu-satu insiden yang melibatkan aku dengan April Fool day ni.. yang lain, kengkawan banyak kenakan aku ada la.

So, selepas dah baca citer ni, ingat-ingatlah ek, jangan la nak buat prank on 1st April walaupun takde niat, dan saja suka-suka. Dan nasihatkan kengkawan yang selalu buat prank tu.

'SAY NO TO APRIL FOOL'

Wednesday, April 6, 2011

Enjit-enjit Semut..

Assalammualaikum kengkawan semua.

Ini bukan sinopsis citer Hantu Mak Limah Balik Rumah ek...he.he

Korang pernah main tak enjit-enjit semut masa kecik-kecik dulu?? .. Aku ingat, masa aku kecik, kalau main enjit-enjit semut ni, memang kitaorang akan cubit kuat-kuat punya.. memang tunggu turn je nak naik atas..sakit weiii..

Selain dari tu, aku dan kengkawan main konda-kondi, galah panjang, yang macam besbol tu panggil apa ek??.. batu seremban, main nyorok-nyorok dalam semak, teng-teng.. lagi apa ek, permainan dahulu kala kita tu??..

Yang pastinya, permainan camgini, semakin ditelan zaman. Kat kampung, mungkin famous lagi kot, kalau kat bandor ni, tak tahulah. Anak-anak aku pun tak reti permainan ni semua.

Zaman sekarang, zaman teknologi.. budak-budak sekarang ni sibuk dengan ps2, psp dan permainan komputer je.

Lagipun dulu masa aku kecik, mak aku memang takde kisahnya der, aku keluar pagi, petang nak senja baru balik. Asyik main je la kejanya. Kalau mak aku carik, maknanya dia bad mood la tu, dan conform kena piat le jawabnya..muahaahaaa. Aku memang lasak dan nakal masa kekecik dulu.. nasib baik gak sekarang jadik manusia...he.he.

Zaman sekarang aku tak boleh buat macam stail mak aku, risau pulak kena kidnap kang. So, most of the time, anak-anak pun duduk dalam rumah je, tunggu weekend baru pegi playground sama-sama itupun jarang. Bila masa nak main konda-kondi, teng-teng???..

Rindu, keadaan masa kecik-kecik dulu. Zaman, mak bapak tak perlu risau pasal kidnappers. Life is less complicated.

Tuesday, April 5, 2011

Keldai Dadah!!

Assalammualaikum kengkawan semua.

Mesti korang pernah terbaca cerita pasal 'drug mule' kat paper kan!

Selain daripada penderaan kanak-kanak, penculikan kanak-kanak, perdagangan manusia, cerita yang aku turut kesian ialah cerita para remaja kita yang terjebak dalam kes 'drug mule' ni. Yang aku baca, sekarang ni ada 1, 490 warganegara Malaysia yang merengkok di penjara luar negara, di atas kesalahan berkaitan dengan dadah, dan 'keldai dadah'.

Tak pasal-pasal je kau!! .. Mungkin disebabkan wang dan keseronokan .. Mungkin juga mereka dijanjikan dengan pekerjaan, percutian percuma, ataupun diminta untuk menghantar barang je, tanpa mereka sedari, mereka hanya diperalatkan oleh pengedar dadah. ..

Bila dah masuk lokap, tak ke haru.. diri sendiri susah, family lagi la kan. Pada aku memang aku rasa macam tak patut je, tapi, masalahnya bila kes masuk mahkamah, bukti untuk sabitkan orang yang sebenarnya yang bersalah takde. Of course la dorang pun pandai menipu, mungkin bagi nama dan syarikat palsu, maklumat palsu etc. At this point, menyesal pun takde guna. So, yang penting, walau apa pun yang kita nak buat, kita kena berhati-hati.

Kalau dapat offer nak pergi luar negara tu, selidik dulu betul-betul. Syarikat apa yang offer, cari maklumat dan minta pandangan orang lain. Jangan fikir seronok je bila ditawar gaji lumayan dan dapat bekerja di luar negara, sampai hilang pertimbangan.. fikir masak-masak, fikir dengan bijak untuk mengelakkan perkara-perkara tak diingini berlaku kepada diri kita. ..

Kalau dah buntu sangat buat solat Istikharah, Insyaallah Allah S.W.T akan bagi petunjuk,.. itu lah yang sebaik-baiknya.

Monday, April 4, 2011

Assalammualaikum

Assalammualaikum kengkawan semua.

Alhamdulillah, aku dah ok sikit. Selsema dan batuk belum ok lagi.

Yang aku perasan, sekarang ni, kalau selsema atau batuk, especially kalau batuk la, memang lambat betul baik. Mungkin kah virus tersebut sudah semakin imun dengan ubat-ubatan?? Atau pun makanan yang kita ambil mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan badan kita lambat respons untuk bertindak dengan virus-virus??? Ataupun aku yang sudah tua....muahaahaaaaa. Betul jugak tu kan, faktor usia berkaitan juga dengan pertahanan badan untuk melawan virus-virus..

Makin maju dunia kita, makin bertambah pulak manusia dengan penyakit-penyakit.

“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Ubat-ubat ni pun tengok jugak keserasian kan. Setengah orang makan ubat A boleh baik, sesetengah tu sebaliknya. Yang penting kena usaha la, kalau nak baik kan.. dan REDHA.

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”. (HR. Bukhari dan Muslim)

Insyaallah.