Thursday, February 14, 2013

Pure Marine Collagen


Inilah rupanya Pure Marine Collagen. Khasiatnya banyak, google je. Sekarang ni aku baru start makan Marine Collagen. Sebabnya, dah dekat 5 bulan badan aku ni gatal-gatal...naik macam gegata tu...tak tahan asyik menggaru je. Pegi jumpa doktor pun tak baik juga.

Kebetulan, terserempak ngan iklan Pure Marine Collagen/ Ibu Collagen / PMC/ Eucheuma Cottoni. Antara khasiatnya boleh hilangkan gatal-gatal. Memula tu tak berapa nak heran dengan benda ni, sebab, sebelum ni pernah makan Cocoa Collagen, tapi, muka naik jerawat banyak. Makan dua kotak je, lepas tu stop. Buat rosak muka je plak kang. Tetapi, disebabkan terpengaruh dengan testimoni-testimoni yang mengancam, aku pun nekad je la beli Pure Marine Collagen ni. Aku beli Pure Marine Collagen gred AAA, purple. Ingat nak beli sekilo je, dah siap bayar, rupa-rupanya minimum purchase 2kg, so tambah le lagi, dah alang-alang nak beli tu kan,,,lantak arr...beli je banyak-banyak sekali. Rasi atau tidak belakang kira.. tak ok, sedekah je kat orang..he.he.he...

Tapi, Alhamdulillah..efeknya positif. Gatal-gatal tu nampaknya cam dah kurang jer..tapi, tak sure lagi..baru je consume. Nanti kita update ek.

Ini rupa Pure Marine Collagen yang dah dimasak.

Bau dan rasanya memang fishy ok. Kena basuh banyak kali, rendam semalaman, basuh lagi..but still the smell and the taste tak hilang sepenuhnya. First makan, amik 2-3 sudu campur dengan sunquick..mak aii...rasa nak muntah...baunya cam sotong mentah..tak lalu nak makan. Lepas tu, try pulak buat air campur dengan 2 sudu sunquik..baru ok..rasa fishy tu almost tak rasa langsung la..so, Alhamdulillah boleh makan.

Harap-harap, hilang la gatal-gatal badan ni. InsyaAllah.

3 comments:

Fathiyah Halim said...

Berminat nak beli pure merine collagen? GRED A=RM10/100gram GRED AAA=RM12/100gram. PM ke 0166394624 (Kak Yah)

ahmad hazwan said...

Salam dan selamat sejahtera
Kepada yang berminat untuk membeli rumpai laut asli sabah gred AAA
Kaler ungu sila sms/call/whatsapp saya ditalian 011 - 26284226 harga untuk 100 gram adalah 10 ringgit
Harga tidak termasuk caj penghantaran dijamin termurah dipasaran dapatkan segera
Terima kasih admin

ahmad hazwan said...

Salam dan selamat sejahtera
Kepada yang berminat untuk membeli rumpai laut asli sabah gred AAA
Kaler ungu sila sms/call/whatsapp saya ditalian 011 - 26284226 harga untuk 100 gram adalah 10 ringgit
Harga tidak termasuk caj penghantaran dijamin termurah dipasaran dapatkan segera
Terima kasih admin