Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Wednesday, February 9, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa: Indah khabar dari rupa??

Sumber Gambar: KRU (Aku tak berapa gemor hero ni..teringat aku masa dia berlakon dalam cerita Los and Faun)
Hu..hu...aku harap rupanya pun indah macam khabarnya....

Aku memang dah terbiasa nonton filem omputeh ...bila tengok filem produksi Malaysia..aku jadi agak skeptikal...

Aku boleh terima gak filem Afdlin...ok la..tapi..Prof Madya A. Razak Mohaideen tu aku kurang gemor..

Bukan nak mengutuk..tapi..seriously.....jalan cerita teramatlah boring nyer...kesian aku tengok....kutuk karang..cakap kiter tak sokong filem Melayu..tapi..diorang yang sajikan..filem yang tak berkualiti dan ntah ape-ape la.....ish...

Bila Yusry buat Cicakman..aku teruja jugak nak tengok CGI effect dia tu .....but, bagi aku sekadar oklah....aku FAHAMMM...dengan budget yang dia ada..aku tak expect le movie tu will turn out macam AVATAR lak...but..it's a very good try la..

Dengar khabar masa trailer filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) ditayangkan  di European Film Market, Berlin, ia telah berjaya menarik sebanyak 25 buah negara untuk mendapatkan hak pengedaran filem tu. Dasyat...dan bangga gak bila dengar kan...untuk pasaran luar tajuknya akan ditukar ke 'The Malay Chronicles'.

Kos nak buat filem tu lebih kurang RM8 juta....fuh...antara filem yang termahal kat M'sia..
Tengok trailer ..memang gempak....harapan aku..ceritanyer nanti akan lebih gempak dari tu...bukan..nyammmpaahh lak...ha..ha...

Walau ape pun..kita tunggu je la  10 Mac 2011 nanti....







SYNOPSIS:

Filem HMM yang ditulis oleh Amir Hafizi ini mengisahkan tentang seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan.

Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

HMM ini diterajui oleh pelakon tempatan dan luar negara seperti Stephen Rahman Hughes, Gavin Stenhouse, Jing Liu, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Datuk Rahim Razali dan Ummi Nazeera.

KREDIT: UTUSAN

Wednesday, February 2, 2011

Khurafat: Kutip 7 juta dalam 3 minggu

FILEM seram pertama terbitan Skop Production Sdn Bhd, Khurafat, terus menunjukkan persembahan memberangsangkan selepas tiga minggu tayangan apabila berjaya membuat kutipan kasar RM6.9 juta sehingga kelmarin. Angka berkenaan pula dijangka meningkat sehingga RM7.2 juta, sehingga hari ini.

Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam, berkata dia bersyukur kerana percubaan pertama Skop menghasilkan filem seram diterima ramai.

SUMBER: BERITA HARIAN

_________________________________________________________________

Sehingga tamat tayangan ia dijangkan boleh mencecah RM8 juta...

Kutipan ni dah melebihi filem Sembilu, yang mencatat RM6.3 juta selama 40 hari ditayangkan, katanya.

Sape yang dah tengok..angkat tangannnn!!!...he..he..suker korang ek..citer hantu ni...

aku takdelar...teringin jugak...tapi..sebenarnya...aku dah takuuttt tengok citer hantu nih...dulu minat gak.....

In real life...aku penah experience something yang luarbiasa...tapi..nantilah aku citer....nanti aku enterframe si Khurafat nyer entry la plak...

Aku nak balik kampung ni....babaiii...

Tuesday, February 1, 2011

Senarai Filem dan Pelakon Paling Teruk 2010

Calon Filem Paling Teruk:
  1. The Bounty Hunter
  2. The Last Airbender
  3. Sex and the City 2
  4. Twilight Saga : Eclipse
  5. Vampire Suck

Calon Pelakon Wanita Paling Teruk:
  1. Jennifer Anniston - The Bounty Hunter and The Switch
  2. Miley Cyrus - The Last Song
  3. The Four Gals Pals - Pelakon wanita Sex and the City 2
  4. Megan Fox - Jonah Hex
  5. Kristen Stewart - Twilight:Eclipse

Calon Pelakon Lelaki Paling Teruk:
  1. Jack Black - Gullivers Travel
  2. Gerard Butler - The Bounty Hunter
  3. Ashton Kutcher - Killers and Valentine Day
  4. Taylor Lautner - Twilight:Eclipse and Valentine Day
  5. Robert Pattinson - Twilight:Eclipse and Remember Me
Kesian Jack Black..tapi..citer tu mmg teruk pun..boring.

Tapi, aku suker gak Ashton Kutcher berlakon..cuma cerita Killers tu ..jalan ceriter dier..just the fun for watching lar.

Twilight: memang patut pun tersenarai...keh..keh..keh...booorrinnggg...harap pelakon cute jer..

KREDIT: RAZZIES

Saturday, January 29, 2011

Sini ada Hantuuuu.........


Nampaknyer...sekarang ni trend cerita seram ....lepas satu-satu.....ada sambutan plak tu...

Cerita terbaru.....Sini Ada Hantu.....bulan Februari nanti baru start...

Dulu masa bujang memang aku minat cerita seram...skang terpaksa dikurangkan...coz bebudak pun jadik penakut biler tengok citer gini....nak tido pun takot.....

Skang aku sendri pun takot dah tengok citer hantu..kalau sorang-sorang memang conform aku tak tengok..he.he..

Cerita yang aku teringat-ringat sampai skang ni...citer ..the ring.........time dier merangkak-rangkak ngan rambut mayang mengurai tuh......hu..hu......conform tutup muka ngan tangan.....

Ok..semua Jangan Pandang Belakang 'ek..........he.he.heeeee.......