Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Friday, April 17, 2015

Petua untuk bayi sembelit

Bila baby dah start makan mula la nak sembelit kan. Kesian bila tengok bila time dia nak poo, meneran sampai merah muka.

Anak saya memang suka makan. Apa yang semua orang makan dia nak rasa.. minum air.. kadang-kadang suka minum..ada masa tak nak..diluahkannya balik..buat main-main.

So, petua yang saya cuba untuk mengatasi masalah sembelit ialah dengan memberi anak saya minum jus prune.

Caranya ialah cairkan prune jus tu 1 : 1 dengan air. Jangan bagi banyak-banyak tau. Saya bagi anak saya satu sudu besar je sehari. Lepas tu elok jer dia poo poo keesokan harinya.

Petua untuk bayi sembelit ni boleh digunapakai untuk baby yang 6 bulan ke atas. Pastikan jus tersebut adalah 100% jus ye..tanpa campuran gula atau pengawet.

Selain daripada prune jus, anda juga boleh cuba jus apple atau pear. Jus apple dan pear tidak perlu dicairkan.

Yang penting kalau nak cuba, bagi sikit dulu tau.. takut baby sakit perut pulak. ..takut tak rasi. Maklumlah bukan semua baby sama. Mungkin apa yang sesuai dengan anak saya tidak sesuai dengan anak anda.



Sunday, December 7, 2014

Petua hilangkan cyst

Salam.

Saya ingin berkongsi petua atau cara untuk hilangkan cyst.

Semasa saya buat first scan masa pregnantkan Jasmaine doktor jumpa cyst sebesar 5cm di sebelah kanan. Terkejutnya saya masa tu..bercampur takut. Ialah besar jugak la cyst tu kan. Masa tu takut kalau cyst tersebut akan membahayakan janin. Doktor terus refer kepada doktor pakar. Saya pilih pergi ke Columbia Asia paling dekat dengan rumah dan doktornya pun perempuan. Dr Raja Juhaidah. Bila dapat surat refer tu, saya tak terus pergi sebab takut. Saya cuba search di google petua atau cara untuk hilangkan cyst.

Dengan izin Allah s.w.t saya jumpa website Earthclinik yang membincangkan cara-cara atau petua untuk hilangkan cyst. Caranya ialah campur 2 sudu besar apple cider vinager dan 1 sudu besar molasses dalam setengah cawan air. Selawat dan niat dalam hati supaya Allah s.w.t hilangkan cyst tu.


Saya juga minum air yang telah dibaca ayat Launzalna.... saya buat sendiri air tu. Minum 3 teguk setiap pagi selawat dan niat kemudian sapu kat tempat yang ada cyst tu 3 kali. Saya buat seminggu sebelum pergi jumpa Dr. Raja.

Masa Dr. Raja nak scan tu berdebar-debar ..bila dia cakap cyst dah kecut ke 3.4cm memang syukur sangat Alhamdulillah..dia suruh datang balik lagi dua minggu untuk scan sekali lagi. Saya teruskan pengambilan apple cider vinager + molasses dan air bacaan ayat tersebut. After two weeks, scan sekali lagi..cyst tu dah hilang..Alhamdulillah.

Ok..molasses tu saya beli di BIOGREEN dan apple cider vinager tu saya beli brand Braggs Apple Cider Vinager. Brand ni ada jual di Guardian dan Giant.

Ayat untuk mengecilkan sesuatu yang membesar seperti kanser, bengkak, bisul atau sengatan berbisa:



Cara: Sediakan 2 botol besar air. Buka penutupnya baca Al-Fateha 3 kali dan Lauanzalna 3 kali lalu tiup 10 saat pada air tadi. Sebotol buat minum dan sebotol lagi buat sapu. Buat 7 hari berturut-turut dan ulang. Petua ini saya jumpa di iffahadani blog.

Saya harap info Petua hilangkan cyst ni memberi manafaat kepada anda semua.

Petua untuk hamil / mengandung / TTC

Kepada yang sedang ber TTC (trying to conceive) mungkin anda boleh mencuba petua untuk hamil / mengandung / TTC ini. Makan satu sudu madu dengan secubit serbuk kayu manis setiap pagi. Selawat dan niat dalam hati serta tawakal. InsyaAllah.Make sure anda guna serbuk kayu manis brand Masterfoods ye.

Kenapa Masterfoods? Sebab kayu manis yang digunakan adalah kayu manis asli dari Sri Lanka bukan cassia yang mengandungi coumarin yang tinggi. Boleh baca lebih lanjut mengenainya disini. Petua untuk hamil/mengandung/TTC ni saya dapat dari web mat salleh. Tak ingat dah kat mana. Gabungan madu dan kayu manis tersebut dikatakan untuk menyuburkan rahim. selain daripada itu sekiranya anda sedang cuba untuk hamil/mengandung/TTC dinasihatkan supaya makan asid folik dan juga vitamin c. Anda juga boleh mengamalkan makan kapsul habbatussauda. Pasangan anda pun elok makan habbatussauda ni.

Kita hanya berusaha yang menentukannya ALLAH S.W.T jua. Semoga berjaya..