Assalammualaikum kengkawan semua.
Hari tu, aku ada tengok Discovery Channel. Cerita dia tentang Plane Hijack. Apa yang perlu kita lakukan sekiranya kapalterbang yang kita naiki tu di hijack. Seriau pulak bila fikir .. minta dijauhkan la.
Kalau kat US ada air marshall .. kat Malaysia tak pasti plak aku. Ada kengkawan yang tahu?
Yang menjadi hos dokumentari tu pun ialah ex-navy seal. So memang berpengalaman la dalam bab counter attack. Kalau kita yang reti pegang senduk je ni apakehallll.
Kalau dalam keadaan macam tu, aku pun tak pasti apa reaksi aku. Tapi, mesti takut giler. Ialah, anak sedara aku kena histeria pun Ayatul Kursi pun aku dah tak ingat..ini kan pulak ada pengganas.
Mamat hos tu cakap, after peristiwa 9/11, sekiranya berlaku hijacked, penumpang harus bekerjasama untuk menumpaskan pengganas-pengganas tersebut..coz ia melibatkan situation life or death.
Di sini aku senaraikan perkara yang perlu kita lakukan di dalam situasi tersebut:
1. Masa naik kapalterbang tu jangan minum (orang Islam Insyaallah tak buat benda ni) dan makan ubat tidur. Stay focus.
2. Jangan panik, kalau tiba-tiba ada pengganas take over the plane. (maunya tak panik!!)
3. 30 minit yang pertama, jangan buat apa-apa. Keep cool, coz pengganas tu pun sedang berang.
4. Make sure ada berapa orang pengganas. Senang nak buat counter attack.
5. Buat plan macam mana nak buat serangan terhadap pengganas tersebut. Semua penumpang harus bekerjasama.
6. Gunakan peralatan seperti pen, atau apa pun yg tajam untuk mencederakan pengganas tersebut.
7. Gunakan bantal atau selimut untuk perlindungan diri semasa serangan balas.
Aku tengok aje la...bagi aku benda-benda yang dia cakap..aku rasa aku tak terbuat ..dan agak sukar jugak bagi kita..orang-orang biasa yang takde military background nak buat dan plan benda-benda macam ni.
Kalau dah panik giler camni..aku berserah je lah..apa nak jadi..jadik la..