Saturday, February 19, 2011

Tip: Jimat Sambil Bershopping di Hujung Bulan

Assalammualaikum kengkawan semua..

Topik ni amat sesuai dengan keadaan kewangan di hujung bulan....

Jom kita tengok, apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan perbelanjaan ketika bershopping.

TIPS:

1. Jangan bawak troli. Bawak barang pakai tangan je..Conform..tak leh nak bawak banyak-banyak..dan anda pun akan kurang membeli.

2. Siapkan list barang yang nak dibeli. Make sure anda beli barang yang ada di dalam list sahaja..

3. Jangan beli barangan, contohnya: sayur yang berharga RM2.93 sen. Amik yang RM2.97 sen. Sebab, kedua-dua harga akan digenapkan kepada RM2.95 sen. Anda dapat lebih sedikit..tapi..bayar kurang..he.he.
(1, 2, 6 and 7 sen will be rounded down while the total bill which ends in 3, 4, 8 and 9 sen will be rounded up to the nearest multiple of 5 sen)

4. Kalau nak beli barangan sejuk beku seperti nugget..check berat dulu. Ada yang 800g ada 1kg. Harga tak jauh beza..tapi..berat kurang 200gm mcam banyak gak tu.

5. Kalau nak kuar gi shopping, make sure dah makan dulu kat rumah...jadi tekak tu takdelah mengada nak makan KFC.

6. Elakkan membeli barang yang tak penting...dan barang yang ada offer tapi..kalau takde pun takpe.


kesimpulannya..shopping jangan ikut nafsu!..

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan

Salah satu ialah : Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih! dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

26 comments:

padlie said...

Good tips. Nak tambah satu boleh?

Jangan guna kad kredit.. Bila guna,dunia macam kita yang punya :)

Terima kasih atas nasihat

Cik Ina Do Do Cheng said...

betul tu ina, makcik kalau nak jimat tak nak ambik troley. kalau ambik troley, senang je sumbat dalam tu, walapun barang tu tak penting nak beli pun

A.s.t.i.n.a said...

biasanya itu mmg niat bila nak kuar rumah.. walaupun dah bfast bagai nak rak tau... sampai2 jer mall... ampesss sgt2..

Ina said...

padlie:.amboi..tapi..betul gak tu..main swipe je

Ina said...

Cik Ina minat Do do Cheng: ye lak kak..saya pun sama..

Ina said...

A.s.t.i.n.a:..betul tu..he.he

Aida Tamrim said...

Oooo..selama ni akak dok membeli tak tentu hala tu hasutan dari si Zalituun ni rupanye... Hampeh !!! Terpedaya sokmo aku dibuatnye...Cissss !! @___@

no name. i'm sorry said...

baru aku tahu pasal setan kat tmpt beli belah. binaawe betol setan tu. kurang ajar.

Ina said...

AdiaLuze:..he.he.takpe kak..skang dah tahu..kita cuba lawan dier ya.

Ina said...

muka oreng:..ye betul..from now..kita jangan ikutkan setan tu

sicKo^ said...

yg pasal troli tu memang btul lar.. klau ada troli, selagi troli tak penuh, selagi tu tangan capai macam2..

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

betoiiii selagi troli tak penuhhhh tak balik lerrrr.... bawa RM 50 apa yang dapat sekarang ni kan....

dah hujung bulan nak jimat tak mau boros lahhh

Yutaka Mushimura said...

hehhe..ade new tips arr...suke den baca...htq..tq...nanti bleh praktikus...:)

tips terbaru

Tips Penjagaan Gearbox....Buatlah Ia Seperti Awek, Okeh

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

Tip Melembutkan Dan Menenangkan Hati Sanubari.

Kalau Suka.....Jangan Tunggu

Ketahuilah Perkataan Sengal Itu

Ketahuilah Cinta Itu Romantik

Ina said...

sicKo^:..lain kali..kalau takde duit banyak jgn bawak troli..

Ina said...

Afzainizam:..orang supermarket pun pandai..sediakan troli yang sangat besar.

Ina said...

Yutaka Mushimura:..praktikkan yang mana boleh..tq for following ye.

Raden said...

aku kalau pkai list pn boleh terbeli lebih. macam magic! ^^

Ina said...

Amira Naddia:..fuyooo...blingbling..

Anonymous said...

ustaz pernah ckp klu nak kuar beli brg makan kenyang2, leh kurangkan nafsu beli belah tu...

Ina said...

Mr.IX: oo..ye ke..bagus tu.

Udin said...

hehe.. tips yg menarik.. :D

Ina said...

udin: thanks dtg blog saya.

Unknown said...

jagalah mata ktk di pasaraya...

tk atas komen anda kat blog saya...^_^

Anonymous said...

tips ni bagus utk shopperholic cam fda. ngeee...

Ina said...

~M-i-M~: terima kasih

Ina said...

rizwan's sweetheart:he.he..shopaholic ye..