Friday, March 13, 2015

Panasonic 3-in-1 Hand Blander MX-SS1 Review

Dah lama dah nak beli hand blender. Senang nak proses makanan baby dan lain-lain.

Panasonic 3 in 1 Hand Blender MX-SS1 ni, saya beli di Mudah.com dengan harga RM159 + RM9 parcel post = RM168. Harga biasa untuk Panasonic 3 in 1 hand blender ni ialah RM179. Kalau guna parcel post ni 5-6 hari baru sampai...cuak jugak lerrrr...

Apa yang 3 in 1? Ia boleh blend, chop dan whisk.





Tempat pemegangnya berat jugak. Kalau ringan atau yang diperbuat dari plastik mungkin bergetar lebih agaknya. Bunyinya pun tak kuat. Bukan macam blender yang biasa kita pakai tu.

4 blade blender, akan membuatkan makanan yang kita blend tu betul-betul halus. Fungsi whisk dan chopper adalah bonus yang memang mengujakan...

Ada 5 kelajuan berbeza yang boleh anda pilih untuk model Panasonic 3 in 1 hand blender MX-SS1 ini. Model ini juga disertakan tempat gantung blender (wall attachment). Bila nak pakai, pasang plug dan switch on jer...mudah kan

Jadi, sekarang ni, blender biasa tu hanya untuk mesin bawang dan cili jer.

Setakat ni memang puas hati pakai hand blender Panasonic 3 in 1 ni.






0 comments: