Thursday, March 12, 2015

Resepi donut simple gebu dan sedap

Resepi donut ni memang simple..tapi sedap dan gebu.

Saya cuma buat adunan nya aje..bab membentuk, anak-anak yang buat. Suka hati korang la nak buat bentuk apa pun, asalkan boleh makan.

Resepi ni dah lama ambil kat internet. Kat blog mana pun tak ingat dah. Terima kasih kepada tuan punya resepi kerana sudi berkongsi resepi donut yang simple tetapi gebu dan sedap ni. Kalau ikutkan resepi ni ada telur, tapi saya tak letak, sebab terlupa. Surprisingly, masih menjadi jugak donut gebu ni...hehe..

Donut Ball

dry ingredient:
3 cawan tepung gandum

wet ingredient:
1 cawan air suam kuku+ 6 tbs gula+
1 pek yis

2 sudu besar mentega - cairkan
3 sudu besar susu pekat manis

1 biji telur

Cara-cara

Cairkan mentega dan ketepikan.
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
After 45 minit, tumbuk tumbuk adunan dan buatla bentuk yang kita nak. Lepas tu goreng. Api kena jaga, jangan besar sangat. Nanti luar dah hitam dalam belum masak.

Selamat mencuba!





0 comments: