Wednesday, December 10, 2014

LAZADA: Pengalaman shopping di Lazada

Kali pertama shopping di lazada saya beli stroller ni

Stroller my dear. Memula tengok je dah berkenan. Harga time tu RM189. Beli bulan 6 dua minggu lepas jasmaine lahir. Masa beli tak terfikir pun pasal folding system atau size. Bila barang sampai 3 hari kemudian...mak aii..very bulky. Yang ada mpv tu sesuai la kot...kereta waja pun memuat je..itupun kena cabut tayar dulu...my cute and cudly kancil usah haraplah. Boleh letak kat seat belakang je.

Few months after that saya beli lagi satu stroller. Brand mamalove RM139. Boleh lipat macam payung..dan muat kancil. Ok la tu.

Servis lazada, so far so good. Pilih option cash on delivery. So, kalau barang tak sampai-sampai tak ralat la kan. Bila delivery man from t qbin datang baru bayar kat dia.

Semenjak ada anak kecik memang malas nak keluar sendiri beli barang. Letih..mana nak drive, angkut stroller lagi, nak cari barang lagi. The best solution order je online kat lazada..delivery pun free...senang...sediakan duit je... :-P

Tuesday, December 9, 2014

Cupcake yang paling sedap

Haahaha..tipuuu..


Cupcake ni saya buat sabtu lepas...hmmmm terlajak rajin la pulak lepas lepas bersalin ni.

Asalnya cupcake ni adalah resepi vanilla cupcake yang telah saya coklatkan dan ubah resepinya...ha.haa..ha..memandai-mandai.

Resepi asalnya memang sedappp.

Versi ina nazir saya tambah ovallette dan buttermilk dan serbuk nescafe. Pada saya tak sedap...langsung tak jadi nak bagi kat jiran...tapi my daughter suka la pulak...tekak memasing kan...

Kalau takde yang memandai- mandai ubah resepi..tak wujudlah resepi yang baru betul tak.

Sunday, December 7, 2014

Petua hilangkan cyst

Salam.

Saya ingin berkongsi petua atau cara untuk hilangkan cyst.

Semasa saya buat first scan masa pregnantkan Jasmaine doktor jumpa cyst sebesar 5cm di sebelah kanan. Terkejutnya saya masa tu..bercampur takut. Ialah besar jugak la cyst tu kan. Masa tu takut kalau cyst tersebut akan membahayakan janin. Doktor terus refer kepada doktor pakar. Saya pilih pergi ke Columbia Asia paling dekat dengan rumah dan doktornya pun perempuan. Dr Raja Juhaidah. Bila dapat surat refer tu, saya tak terus pergi sebab takut. Saya cuba search di google petua atau cara untuk hilangkan cyst.

Dengan izin Allah s.w.t saya jumpa website Earthclinik yang membincangkan cara-cara atau petua untuk hilangkan cyst. Caranya ialah campur 2 sudu besar apple cider vinager dan 1 sudu besar molasses dalam setengah cawan air. Selawat dan niat dalam hati supaya Allah s.w.t hilangkan cyst tu.


Saya juga minum air yang telah dibaca ayat Launzalna.... saya buat sendiri air tu. Minum 3 teguk setiap pagi selawat dan niat kemudian sapu kat tempat yang ada cyst tu 3 kali. Saya buat seminggu sebelum pergi jumpa Dr. Raja.

Masa Dr. Raja nak scan tu berdebar-debar ..bila dia cakap cyst dah kecut ke 3.4cm memang syukur sangat Alhamdulillah..dia suruh datang balik lagi dua minggu untuk scan sekali lagi. Saya teruskan pengambilan apple cider vinager + molasses dan air bacaan ayat tersebut. After two weeks, scan sekali lagi..cyst tu dah hilang..Alhamdulillah.

Ok..molasses tu saya beli di BIOGREEN dan apple cider vinager tu saya beli brand Braggs Apple Cider Vinager. Brand ni ada jual di Guardian dan Giant.

Ayat untuk mengecilkan sesuatu yang membesar seperti kanser, bengkak, bisul atau sengatan berbisa:



Cara: Sediakan 2 botol besar air. Buka penutupnya baca Al-Fateha 3 kali dan Lauanzalna 3 kali lalu tiup 10 saat pada air tadi. Sebotol buat minum dan sebotol lagi buat sapu. Buat 7 hari berturut-turut dan ulang. Petua ini saya jumpa di iffahadani blog.

Saya harap info Petua hilangkan cyst ni memberi manafaat kepada anda semua.

Petua untuk hamil / mengandung / TTC

Kepada yang sedang ber TTC (trying to conceive) mungkin anda boleh mencuba petua untuk hamil / mengandung / TTC ini. Makan satu sudu madu dengan secubit serbuk kayu manis setiap pagi. Selawat dan niat dalam hati serta tawakal. InsyaAllah.Make sure anda guna serbuk kayu manis brand Masterfoods ye.

Kenapa Masterfoods? Sebab kayu manis yang digunakan adalah kayu manis asli dari Sri Lanka bukan cassia yang mengandungi coumarin yang tinggi. Boleh baca lebih lanjut mengenainya disini. Petua untuk hamil/mengandung/TTC ni saya dapat dari web mat salleh. Tak ingat dah kat mana. Gabungan madu dan kayu manis tersebut dikatakan untuk menyuburkan rahim. selain daripada itu sekiranya anda sedang cuba untuk hamil/mengandung/TTC dinasihatkan supaya makan asid folik dan juga vitamin c. Anda juga boleh mengamalkan makan kapsul habbatussauda. Pasangan anda pun elok makan habbatussauda ni.

Kita hanya berusaha yang menentukannya ALLAH S.W.T jua. Semoga berjaya..