Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, February 7, 2020

Roti Burger Mudah dan Sedap

Semenjak dua menjak ni saya memang suka betul buat roti.

Saya dah cuba resepi bun buttermilk, bun kentang, sosej bun dan dah pandai juga memandai-mandai ubah resepi..:)..

Sebab buat roti kadang-kadang bukan boleh ikut bulat-bulat resepi. Ada masa kena tambah tepung, adjust masa proofing dan masa memasak.

Kalau baru nak start meroti ni, pada pendapat saya you have to know the feel of the dough. Keras ke, lembik sangat ke. Kalau dah biasa buat kalau tengok resepi dah boleh agak doh tu akan jadi sticky atau tidak. But sticky dough will actually come out pretty fluffy dan lembut. In my opinion la ... opinion of an amateur baker.. muahaaha.

Kalau nak start meroti bagi beginner macam saya ni, cer try buat donut. Bila donut yang kita buat tu gebu jer selalu, buat roti pun InsyaAllah akan menjadi.

Baru-baru ni saya ada cuba satu resepi burger dari food.com. Bagi saya resepi ni memang yang terbaik yang saya pernah cuba, sebab masa untuk membuatnya pun memang sekejap jer. Tetapi hasilnya memang marvelous ..gebu dan sedap. Gambar di bawah ni roti yang first time buat ikut resepi ni. Itupun adjust kuantiti minyak dan gula.


Gebu, but agak padat. Still, yummy though.

Second time buat, saya adjust lagi resepi ni. Saya letak 3 sudu besar minyak je dan masa proofing half time saya tekan sikit doh tu (konon nak buat macam whooper burger king :p) and then masa nak bakar saya tekan lagi sekali, so, hasilnya mengecewakan. Roti tu jadi lagi padat. Kesiann..hahaha. Gambar tak ambik sebab kecewa..:p ..sob..sob

Third time buat baru kena dengan citarasa, gebu, ringan dan tak padat. Two thumbs up..huhu..berjaya!!

Roti ni saya buat guna mixer jer, dan uli pakai tangan, no breadmaker.




Monday, December 14, 2015

Acuan Pai Tee dan resepi pai tee

Berkurun lama mencari acuan pai tee baru sekian hari menjumpainya... hehe... Sedapkan makan pai tee dekat Chicken Rice Shop.

Acuan pai tee tu.. harganya RM15 dapat diskaun mungkin RM13 kot, tak pasti coz ada beli barang lain sekali..

Kebetulan ada kenduri kawin dekat dengan kedai peralatan dapur tu, so, bila dah jumpa memang kena beli, walaupun feeling nak beli dah suam-suam kuku sebab mencari tak jumpa-jumpa..

So, kalau you all ada teringin nak beli acuan pai tee ni boleh cari kat kedai peralatan dapur di puchong prima dekat dengan DIOS, ok. Saya dah lama tak ke sana, sebab jalan kat situ dah sibuk disebabkan pembinaan lrt, kedai peralatan dapur tu bila wujudnya pun saya tak tahu, coz tahun dulu-dulu takde pun...

So, few days ago, saya telah cuba resepi pai tee dari waterlily, sukatan untuk resepi ni pakai sudu jer, saya pakai sudu penyukat, tapi sedih..pai tee saya tak menjadi, semua jadi penyek..hahaha... saya rasa adunan tu cair sangat.. tak pasti la pulak kalau resepi asal pakai sudu biasa...

Percubaan kedua, saya guna resepi pai tee dari mat gebu. Alhamdulillah its better than the first attempt. But still, saya rasa, resepi waterlily lagi sedap.

So, hari ni adalah percubaan kali ketiga saya membuat pai tee shells ni ... hahaha .. semangat betul..

This time, saya guna resepi lain pulak. Dan ini la hasilnya
Saya buat bentuk top hat pulak..haha.. budget macam dah pro. :p

So, kalau u all nak try boleh salin resepi ni ye :

 (Pie tee shell)
+ 100 g all purpose / plain flour, sifted
+ 50 g corn flour
+ 110 g rice flour
+ 1/2 tsp Salt
+ 2 Eggs, lightly beaten
+ 400 ml water
+ Oil, for deep frying

HOW'S IT MADE
(Pie tee)
1) Combine all pie tee ingredients (except oil)
a) mix well until smooth then strain into small bowl / measuring jug
b) set aside (let batter rest for 1 hour)

2) immerse the mold in the hot oil (moderate heat)
a) remove mold & shake off excess oil
b) dip mold into the batter
c) then back into the oil again
d) jiggle mold lightly then use a chopstick to separate shell from mold
e) deep fry shell until light golden brown (remove before fully cooked)
f ) remove then soak up excess oil on paper towel
g) store the shells in an airtight container

Kalau nak tengok video cara buatnya:


Untuk intinya saya pakai buat jer, macam inti untuk popia goreng.

Bawang merah, bawang putih, sengkuang, carrot, udang.

Try la korang, sedappp




Thursday, March 12, 2015

Resepi donut simple gebu dan sedap

Resepi donut ni memang simple..tapi sedap dan gebu.

Saya cuma buat adunan nya aje..bab membentuk, anak-anak yang buat. Suka hati korang la nak buat bentuk apa pun, asalkan boleh makan.

Resepi ni dah lama ambil kat internet. Kat blog mana pun tak ingat dah. Terima kasih kepada tuan punya resepi kerana sudi berkongsi resepi donut yang simple tetapi gebu dan sedap ni. Kalau ikutkan resepi ni ada telur, tapi saya tak letak, sebab terlupa. Surprisingly, masih menjadi jugak donut gebu ni...hehe..

Donut Ball

dry ingredient:
3 cawan tepung gandum

wet ingredient:
1 cawan air suam kuku+ 6 tbs gula+
1 pek yis

2 sudu besar mentega - cairkan
3 sudu besar susu pekat manis

1 biji telur

Cara-cara

Cairkan mentega dan ketepikan.
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
After 45 minit, tumbuk tumbuk adunan dan buatla bentuk yang kita nak. Lepas tu goreng. Api kena jaga, jangan besar sangat. Nanti luar dah hitam dalam belum masak.

Selamat mencuba!





Friday, February 20, 2015

Apam Gula Hangus / Steamed Caramel Cake

Sedappppp....buat pagi tadi. Resepinya simple tapi sedap.

Resepi ni saya dapat dari blog mamafami. You guys nak try?

Resepi Apam Gula Hangus

 Bahan basah:

150gm gula kastor
100ml air panas
70gm majerin
75ml susu cair (saya pakai susu tepung. 3 sudu besar campur air untuk cukupkan 75ml)
1 biji telur (pukul sedikit)

*Panaskan gula atas api kecil. Jgn kacau. Cuma goyangkan je periuk tu. Biarkan hangus.
*Masukkan air sedikit demi sedikit dengan hati-hati. Kacau semula diatas api sekejap.
*Masukkan majerin. Sejukkan.
*Masukkan susu dan telur.

 Bahan kering:

150gm tepung
1 sudu kecil baking soda
 65gm gula kastor
secubit garam

*ayak /saya kacau jer dengan whisk

*Campur karamel tadi dalam tepung dan whisk hingga sebati.
*Masukkan dalam acuan dan kukus 15 minit / sehingga masak

Saya tak suka manis, jadi 65gm tu saya kurangkan kepada 30gm jer

Selamat mencuba!

Tuesday, December 9, 2014

Cupcake yang paling sedap

Haahaha..tipuuu..


Cupcake ni saya buat sabtu lepas...hmmmm terlajak rajin la pulak lepas lepas bersalin ni.

Asalnya cupcake ni adalah resepi vanilla cupcake yang telah saya coklatkan dan ubah resepinya...ha.haa..ha..memandai-mandai.

Resepi asalnya memang sedappp.

Versi ina nazir saya tambah ovallette dan buttermilk dan serbuk nescafe. Pada saya tak sedap...langsung tak jadi nak bagi kat jiran...tapi my daughter suka la pulak...tekak memasing kan...

Kalau takde yang memandai- mandai ubah resepi..tak wujudlah resepi yang baru betul tak.

Tuesday, October 2, 2012

Kek Marble lagi???..Sedap..sedap sedap...

terlebih rajin la pulak lepas raya ni. Asyik nak masak jer..

Hari ni buat kek marble gebu ni lagi. Resepi ni memang best.

Tapi, kali ni aku dah adjust untuk muatkan dalam acuan 8 X 8 X 2.

Hani..oo..hani...ko kena try resepi ni ... sedap.

RESEPI KEK MARBLE:
 
A:

250gm mentega
233gm tepung
0.8 sudu kecil baking poweder

B:
 4 biji telur
200gm gula
0.8 sudu besar ovalette

C:
20gm liquid glucose / gliserin 
10gm air
10gm fresh milk
(kesemua di atas boleh digantikan dengan 40gm susu / susu cair)
1 sudu kecil vanilla

pewarna

CARA:

1. Pukul B sampai gebu macam adunan bahulu.
2. Lepas tu di dalam bekas yang lain pukul mentega sampai kembang, masuk tepung yang telah diayak dgn baking poweder. Pukul rata.
3. Masukkan adunan A dalam B sedikit demi sedikit. Masukkan C selang seli.
4. Asingkan 3 bahagian letak warna sesuka hati anda.
5. Saya bakar suku 165 - 170'C..mengikut oven saya. Oven korang mungkin lain..sesuaikan kepanasannya. Masak 45 minit atau hingga masak ler.








Tuesday, September 25, 2012

Pancake Resepi Yang Delicioussss...





So deliciousss...so yummyyyy..rupanya tak le menawan sangat..but the taste is marvelousssss....rasanya kena beli pan baru ni....he.he...

made this for breakfast..and i think this recipe is the best so far..

amik dari majalah AROMA - David's American Pancake With Ice Cream

Nak try kerrrrrr... nah amik ler resepinya.

Bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum
3 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar vanilla powder (i use vanilla essence)
1 biji telur
3 sudu besar butter (melted)
1 1/4 cawan susu full cream
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Cara:

1. Campur tepung, b.powder, & vanilla powder. (kalau guna essence campur dengan bahan cecair)
2. Pukul telur, butter, susu, gula dan garam (+ essence vanilla)
3.Masuk tepung sikit sikit. lepas pukul biar 10 minit..
4. Lepas tu masaklah.

Monday, April 25, 2011

Nasi Minyak, Chicken Bunna

Assalammualaikum kengkawan semua.

Salam pagi Senin..korang semua sihat??..

Pegi ke mana semalam??..Aku tak kemana pun, dok rumah je ler.. lagipun ada panggil orang datang untuk buat wiring..tambah plug dan betulkan lampu..lampu kat rumah ni, dah banyak yang terbakor, lama betul lampu kat dapur tu dah tak bernyala..sebulan lebih dah kot, selalu masak pun pakai lampu kat cooker hood jer..ahaks...


Sempat gak buat nasi minyak, lama dah tak buat..

Ayam tu bukan ayam masak merah..tapi Chicken Bunna namanya. Aku belajar resepi ni masa kat Bangladesh.. belajar dari orang gaji. Very authentic resepi ni. Original resepi, pakai cili api, tapi, time buat ni, cili api takdak..so, aku pakai cili kering jer..tak best sangat la..cili api gak mengancam.

Kalau nak try..ini resepinya.

Resepi ni guna sekor ayam, kalau nak kurangkan..adjust je la ek. 

CHICKEN BUNNA:

BAHAN:

1 ekor ayam
8 biji bawang besar
12 biji bawang putih
1 inci halia
segenggam cili api
kunyit hidup / serbuk - dalam satu sudu kecil
(semua bahan di atas, hendaklah dimesin yer puan-puan)

1 sudu besar rempah garam masala
(ini bahan penting, kalau takde memang masalah besor la..ini key ingredient..ok)

8 biji pelaga
1 batang sedang kayu manis
12 biji cengkih
2 kuntum bunga lawang

Minyak secukup rasa

Kicap (sikit je, nak bagi colour)

Daun ketumbar untuk lebih berperisa (sikit jer 'ek...kalau banyak nanti tengik sikit ar)

CARA-CARA:

1. Goreng pelaga, kayu manis, cengkih, bunga lawang sekejap pastu masukkan bahan mesin....goreng hingga garing.
2. Masukkan rempah garam masala.....godek lagi sekejap.
3. Pastu, masuk ayam.
4. Masuk air sikit, bagi ayam masak. Letak garam.
4. Masakan ini agak kering, tetapi gravy dia very rich...lebih kurang macam rendang gitew.
5. Masukkan kicap dalam 2-3 sudu besar...selalunya i main goncang jer botol kicap tu...tak sukat, cuma nak bagi colour dia gelap sikit ar...
6. Akhir sekali masukkan daun ketumbar.

Ready to Eat.  ENJOY...