Sunday, March 13, 2011

Alhamdulillah...

Assalammualaikum kengkawan semua.

Hari ni aku sempat BW ke blog Hanis, bersyukur kepada Allah s.w.t, beliau dan suami selamat.

Kalau tidak, aku rasa tak tenteram je dan sedih bila tengok keadaan di Sendai, Jepun. Ye la.. keadaan memang dasyat dan aku terharu sangat.

Bila baca entry dia tadi, aku rasa lega.

Kebetulan beliau dan suami pergi ke Tokyo pada hari kejadian, Jumaat 11/3/2011.

Kalian boleh baca pengalaman beliau, semasa kejadian gempa tersebut di blognya.

Walaupun hanya rakan blogger, dan tidak pernah bertemu, tapi rasa pertalian tu tetap ada.

Semoga, semua penduduk di sana tabah menghadapi ujian ini.

Friday, March 11, 2011

Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun 11/3/2011

Assalammualaikum kengkawan semua.



Waktu ini aku sedih bila memikirkan kawan blogger iaitu HANIS MY. Beliau merupakan pelajar phd di Sendai:Miyagi:Jepun. It's really close to the epicentre, one of the worst-hit areas.

Tengok la gambar tu, how devastating things were at that time. Ya Allah..semoga beliau dan rakan taulan semua selamat di sana.


Light planes and vehicles swept from Sendai airport in northern Japan sit among the debris from the tsumani. Photograph: AP



Thursday, March 10, 2011

Ayam Masak Blogspot

Assalammualaikum kengkawan semua.


Semalam aku masak lauk ni. Entah la..aku selalu kalau masak memang suka yang simple jer. Benda yang tak menyusahkan diri. Lauk yang biasa aku masak ialah kari, masak kicap, stew, dan mesti ada sambal.

Selalu jugak aku akan masak ikut suka hati je..main bubuh je apa yang ada. Kalau husband aku tanya, hari ni masak apa..aku akan cakap masakan yg ntah apa-apa...he.he.

Tapi, semalam aku masak lauk ni, aku namakan dia Ayam Masak Blogspot. Oklah,,..boleh makan la.

Ini resepi dia:

Ayam 4 ketul (potong kecil)
1/2 biji bawang besar yang kuning
bawang putih 2 biji
halia sehiris (tumbuk) (dalam 1 cm je)
2 sudu bawang yang telah dimesin
setangkai daun kari
1 sudu besar serbuk kurma (level)
1 sudu besar rempah kari (level)


Cara:

1. goreng bawang mesin dan halia, masuk daun kari.
2. bila garing masukkan rempah kari dan kurma
3. bila garing, masukkan ayam, gaul rata dan masukkan 1 cawan air.
4. masukkan garam, tunggu kuah pekat. (boleh letak sos tiram sikit, kentang kalau suka)

Aku kalau masak memang malas nak tengok resepi, selalunya aku akan tibai je..yang sedap, sedapla..ada gak yang tak sedap. Kalau tak sedap, conform aku tak bagi husband aku makan ..nanti dia complaint ...ngalahkan chef wan plak kang ....keh..keh..keh.

Bab kek atau pastri, memang kena tengok resepi la. Memang skema sikit kalau nak buat benda ni semua. Penah jugak orang order kat aku..dulu aku rajin gak buat....tapi, memang aku tak minat sangat, renyah la buat kek ni, dengan icing semua tu.

Biskut raya, memang tiap-tiap tahun buat. Dulu ada jugak buat jual biskut raya. Ambil tempahan. Tapi, tak menang tangan la .. ramai yang order .. very tired oo... sampai sendiri punya pun tak sempat nak buat....nak buat camner..aku memang terer...ahaks....(ada pulak yang baling selipar jepun made in china kat aku plak kang...muahaaahaaa)

Wednesday, March 9, 2011

Cinderella: Fantasi VS Realiti

Assalammualaikum kengkawan semua.

Sumber : Google
Masa kecik-kecik dulu aku selalu impikan nak jadi macam cinderella.

He..he..tapi, rasanya bukan aku je kot..

Siapa yang tak suka..kawin dengan anak raja..kehidupan kita yang macam cinderella tu...dengan secara spontan akan berubah.

Kalau cerita Melayu dulu-dulu, cerita bawang putih dan bawang merah la kot..ye ke..kalau tak silap la.. yang heroin dia.. naik buaian..sambil nyanyi lagu:

'laju la laju, buai ku laju, aku nak kawin dengan anak raja'...he.he..betul ke lirik ni?? ntahlah aku main taram je..

Anak raja dulu-dulu, takde la banyak aktiviti macam sekarang ni, dulu, kalau nak berhibur atau bosan mungkin mereka main konda kondi, main sepaktakraw, main galah panjang,pergi berburu..

Dalam berburu tu,,mungkin dorang akan jumpa aku, sambil bermain buaian di taman permainan impian...kah..kah..kah...

Anak raja sekarang takde la nak main benda-benda yang outdated camtu.. sebab tu la fantasi aku tak jadi realiti kot...ngeh.ngeh..ngeh...

Anak raja sekarang, pun carik selebriti, artis dan model yang mengancam jer ...ye ke?? ..he .he ....Allahualam.

Walauapa pun fantasi aku dulu..yang pasti...dan yang realitinya...aku bersyukur..ada gak orang nak kat aku...who : 'Like me and love me for who i am' .. aku yang selebet ini..muahaaahaaaaa.