Friday, March 13, 2015

Panasonic 3-in-1 Hand Blander MX-SS1 Review

Dah lama dah nak beli hand blender. Senang nak proses makanan baby dan lain-lain.

Panasonic 3 in 1 Hand Blender MX-SS1 ni, saya beli di Mudah.com dengan harga RM159 + RM9 parcel post = RM168. Harga biasa untuk Panasonic 3 in 1 hand blender ni ialah RM179. Kalau guna parcel post ni 5-6 hari baru sampai...cuak jugak lerrrr...

Apa yang 3 in 1? Ia boleh blend, chop dan whisk.





Tempat pemegangnya berat jugak. Kalau ringan atau yang diperbuat dari plastik mungkin bergetar lebih agaknya. Bunyinya pun tak kuat. Bukan macam blender yang biasa kita pakai tu.

4 blade blender, akan membuatkan makanan yang kita blend tu betul-betul halus. Fungsi whisk dan chopper adalah bonus yang memang mengujakan...

Ada 5 kelajuan berbeza yang boleh anda pilih untuk model Panasonic 3 in 1 hand blender MX-SS1 ini. Model ini juga disertakan tempat gantung blender (wall attachment). Bila nak pakai, pasang plug dan switch on jer...mudah kan

Jadi, sekarang ni, blender biasa tu hanya untuk mesin bawang dan cili jer.

Setakat ni memang puas hati pakai hand blender Panasonic 3 in 1 ni.






Thursday, March 12, 2015

Resepi donut simple gebu dan sedap

Resepi donut ni memang simple..tapi sedap dan gebu.

Saya cuma buat adunan nya aje..bab membentuk, anak-anak yang buat. Suka hati korang la nak buat bentuk apa pun, asalkan boleh makan.

Resepi ni dah lama ambil kat internet. Kat blog mana pun tak ingat dah. Terima kasih kepada tuan punya resepi kerana sudi berkongsi resepi donut yang simple tetapi gebu dan sedap ni. Kalau ikutkan resepi ni ada telur, tapi saya tak letak, sebab terlupa. Surprisingly, masih menjadi jugak donut gebu ni...hehe..

Donut Ball

dry ingredient:
3 cawan tepung gandum

wet ingredient:
1 cawan air suam kuku+ 6 tbs gula+
1 pek yis

2 sudu besar mentega - cairkan
3 sudu besar susu pekat manis

1 biji telur

Cara-cara

Cairkan mentega dan ketepikan.
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
After 45 minit, tumbuk tumbuk adunan dan buatla bentuk yang kita nak. Lepas tu goreng. Api kena jaga, jangan besar sangat. Nanti luar dah hitam dalam belum masak.

Selamat mencuba!





Thursday, February 26, 2015

Global Handy Vacuum GSC-4518S Green REVIEW


Saya beli Global Handy Vacuum GSC-4518S ni pada 12/12/2014 di Lazada. It took gdex 20 days to deliver it to me. hmmmm..nak cakap tension, tak la sangat. Sebab beli COD..lantak korang la nak hantar ke tidak..Bila sampai tu macam dah tawar hati jer...tapii...kejap jer..hehehe...

Yang best mengenai vacuum ni ialah ianya handheld dan mudah untuk dikendali. Kerja menvakum jadi lebihhh...mudah. Kuasa sedutannya pun sangat kuat. Tempat penyimpanan sampah dan filter mudah dilihat sekiranya sudah penuh. Mudah untuk dicuci. Wayarnya pun agak panjang.

Yang tak best..kualiti la kot. Tempat handle tu kenkadang tercabut bila vakum carpet. Begitu juga dengan tempat penyedut stand tu. Snap container sampah tu pun nipis sangat..tak boleh ganas....nanti cepat patah.


Walau apa pun, memang berbaloi membelinya. Harganya setaraf kualitinya...but still, so far i'm verryyy happy with this product. Tak perlu nak sambung hose dan handle extender tu semua..jimat masa dan memudahkan kerja.

 *Recommended household item






Sunat/Khitan baby perempuan

Alhamdulillah..Jasmaine dah sunat hari Isnin lepas.

Dah 8 bulan baru nak sunat..hehe..sorry la sayang. mama lupa daaa..

Kalau you all sedang mencari klinik untuk sunatkan anak /baby perempuan boleh cuba Klinik Medi-nur di Puchong Utama. Bayarannya ialah RM35. Sebelum pegi tu call la dulu ye (03-80683500). Doktor yang in charge untuk sunat tu ialah Dr. Nor Nabilah kalau tak silap saya.

Budak dah 8 bulan kan lasak. So, saya risau betul. Di dalam perjalanan ke klinik tu saya banyak-banyak berdoa, supaya semua urusan dipermudahkan. Alhamdulillah, Jasmaine pun tak lasak macam selalu. Dia tengok jer doktor dan pembantu tu. Bila doktor snip jer menangis la jugak..kesian..sedih sangat tengok anak nangis sakit kan...keluar bilik doktor ok jer...hehe..baba dia yang suspen lebih..risau anak kesayangannya meraung...

 Mengikut Muzakarrah Jawatankuasa Fatwa Malaysia, sunat untuk bayi perempuan adalah wajib. You all boleh google e-fatwa malaysia ye.