Tuesday, April 26, 2011

Hutang..

Assalammualaikum kengkawan semua.

Hutang...memang tak sedap dengor perkataan ni...nama komersialnya.. 'Pinjaman'.. sedap sikit kan..walaupun sama jer sifatnya.

Memang tak boleh nak lari dari hutang ni, nak beli rumah, kereta, motor..dan apa jua kehendak yang tak mampu dibeli dengan tunai. Semua ni adatla kan, cuma jangan hutang dengan along cukup la ek...seboleh-bolehnya cuba elakkan la .. nanti makan diri..

Tapi, satu yang aku cukup pantang ialah, bila berhutang tak nak bayar. 2-3 kali dah kena ni, tapi..sebab kesian..bagi jugak la orang pinjam..bila nak bayar balik bukan main liat lagi..ada yang melarikan diri pun ada..senyap ..sepi tanpa berita... orang-orang macam ni la..yang buat aku serik..

Husband aku lagi best..jadik gerentor...dah berapa tahun dah bayar untuk kereta orang yang tak bayar tu.. bayar buta jer..

Bagi aku.. aku cuba untuk fikir positif  .... duit tu bukan hak kita..setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kalau difikirkan sangat pun, sakit hati jer kan..

Bagi orang-orang yang berhutang tapi..tak nak bayor tu.. mungkin anda akan lepas kat dunia.. tapi...di akhirat sok...anda akan dapat balasannya..

"(Yang turun dahsyat itu) ialah mengenai hutang maka demi diri Muhammad di tangan-Nya (Allah Subhanahu Wataala), kalaulah seorang itu mati di dalam perang Sabilillah kemudian dihidupkan semula kemudian mati lagi dalam perang Sabilillah, kemudian dihidupkan semula akan tetapi ia ada mempunyai hutang yang belum dibayar maka ia tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga sehinggalah hutangnya itu dibayarkan atau diselesaikan."(Riwayat Al-Imam Ahmad).
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam At-Termizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban :-
Maksudnya :
Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan.

Kalau betul takde duit nak bayar balik, at least bagi tau la kan dengan cara baik, dan cari penyelesaian...bila nak bayar..berapa yang boleh bayar ... bukan dengan cara melarikan diri.. lagi buat orang sakit hati daaaa.......

16 comments:

pena rozie said...

Memang tak suka pd org yg pandai buat pinjaman dgn kite tp memang liat giler nak bayar.

Ina said...

betul..betul..

Cik SHiNJU said...

Saya ade hutang gak..
Pelan2 bayor..sib baik study dulu x berhutang,kalau tdk makan megi jelah hari2..huhuh

NM02 said...

hutang keperluan harian mmg banyak. tapi itu mmg saya bayar setiap bulan.

tapi orang yg hutang ngan saya ni.. susah nau nak bayar. mencik!

hayati hashim said...

slalu kn org yg hutang ngan kita, buat muka selambe jek! kita lak yang naik segan.. nk mntak malu, x mintak, dia buat lupa.. serba salah kan..

anaiha yusof said...

ate least baya la ansur2 cikit2 pun takpe,asalkan bebayo kan..lama2 pun lama la.jgn lari mcm tu je heheh

zaidah said...

klu tak berhutang memang tak berharta...tapi bila nak berhutang manisnyer mulut..nak bayar hutang terus hilang...memang banyak berlaku...hati2 jangan bagi diorang berhutang

ainnoraini said...

ade jugak org berhutang dgn en somi..byk pulak tu...kite plk yg hangin org yg pinjam tu buat derrk jer...

en somi kate biar lahhh..nnt dia ade duit dia bayoo ler...

Maria James said...

tidak mahu memberi pinjaman pada org, kalau setakat nak beri tu oke, ikut kemampuan.
lau ckp pinjam memang insecure, bukan kedekut. :)

berhati2 bila jdi grento, kadang2 family member sendiri boleh buat khianat.

so beware, oh ye, ni nak talk about perempuan
http://mariajameschayak.blogspot.com/2011/04/perempuan.html

JP Nurul said...

org yang berhutang dan menyebabkan org yang xbersalah menanggung susah..dikira org yg zalim...besar dosanya..

ch!natsu said...

hutang xnak bayar selalu sgt kita dgr kan..
ayah chin pun slalu suh brhati2 ngan meka2 yg nak pinjam..
chin nie sumtimes degil bg jgk..
bila org tue xbyr pdnla muke..
xlehla nak wat apa..
halalkan jerla..

Cik Ina minat Do do Cheng said...

makcik pun black list sebab jadi gurantor orang .sekarang dah serik waima kawan atau sedara sendri , tak nak jadi garantor. jenis kita ni kalau orang hutang kat kita berat mulut nak mintak.

shah-kayrul said...

susah nya jadi gerentor nie....last2 kita jugak yang kena balik

AdiaLuze said...

NAk pinjam memang la senang ... Tapi kena la ujur baju dibadan sendiri gak .. Jgn la sampai menyusahkan orang lain .. kan sis? Hmmmm ...

padlie said...

jadi gerentor mmg bahaya.. awal tahun ari tu padlie kena blacklist ngan MARA kejap pasal jadi gerentor la.. rosak nama baik den heheh

cikpuanhady said...

betul betul..diorang ni tak takut balasan akhirat betul..kalau tengah sesak, gitaula kat pemiutang dan bincang elok2..

Blogshop kami :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

Belog kami :Notre Belle Histoire