Alhamdulillah..akhirnya..berjaya jugak buat kek span.. huhu. Lubang besar kat atas kek tu sebab saya guna garfu untuk uji kek dah masak ke belum. Cake tester ntah mana pergi ntah...nyampah..bila nak pakai tak jumpa..
Saya pernah buat kek span ni satu ketika dahulu.. lama sangat dah.. tak pernah menjadi. Almaklumlah kurang ilmu dan pembacaan. Zaman sekarang ni maklumat dihujung jari jer.. terima kasih kepada semua yang ikhlas menyumbang tips dan cara membuat kek span ini di internet.
Macam-macam cara sebenarnya nak buat kek span ni. Ada yang masuk semua bahan dan mix sekali ada yang pukul telur,gula dan ovalette dulu, kemudian baru kaup balik tepungnya dan minyak. Bila kita tak biasa buat kita jadi tak confident. Sebab kalau kita buat kek butter, gula dan mentega biasanya dipukul gebu dulu.
Semalam saya buat kek span vanilla, ikut resepi dan cara dari blog yati. Tetapi tak menjadi. Bukan salah resepi rasanya..saya yang tak confident. Keknya jadi dua lapis. Yang bawahnya bantat..yang atas spongy. Hari ni saya cuba pula resepi kek span coklat dari blog rahel . Ikut sebijik macam resepi tulis..hehe. Cuma kali ini saya buat separuh adunan. Takut tak jadi lagi macam semalam.
Kalau anda nak cuba buat kek span dari rahel, saya kongsikan di sini. Copy paste dari blog rahel je..
(Suhu saya letak 170'c dan saya ada campur 1 sudu kecil nescafe)
#TIPS:
1.Tidak perlu gris tepi acuan, cuma bawahnya sahaja.
2.Kek hendaklah diterbalikkan diatas redai bila dikeluarkan dari oven. selepas 5 minit sisipkan pisau dikeliling acuan dan keluarkan kek dan letak diatas redai.
3. Untuk elakkan kek pecah dipermukaan, alas kertas baking atas redai semasa terbalikkan kek.
Kek Span Coklat
Resepi:Noraini ZakariaBahan:
200g tepung kek/tepung superfine
180g gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
40g serbuk coklat
20g ovallet
6 biji telur gred A
1 st baking powder
1 st esen vanila
Cara:
1.Panaskan oven.Griskan acuan.Alas dasar acuan dg baking paper.
2.Pukul telur,gula,ovallet,tepung s'fine,BP sehingga kembang dan gebu selama 5 minit.
3.Perlahankan mixer,masukkan susu cair,esen vanilla,serbuk coklat.Teruskan lagi memukul selama 5 minit.Tuangkan minyak,gaul sebati.
4.Tuang ke dalam acuan.Bakar selama 45 mint atau hingga masak.
5.Bila kek sudah masak,telangkupkan selama 5 minit.
1 comments:
Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!
Post a Comment