Monday, April 11, 2011

RIO..

Assalammualaikum kengkawan semua.

Semalam aku pegi Alamanda, korang pegi jenjalan ke mana?

Aku pegi sana pun sebab nak mencari barang, kalau tak aku tak berapa gemor nak ke sana. Sementara menunggu aku, husband aku bawak bebudak ntah ke mana. Tiba-tiba bagi sms, dah beli tiket nak tengok Rio, citer kartun burung biru tu. Sabor je la.

Aku ikut je la, tengok Rio 3D.

Best jugak citer nya, dia punya 3D pun mabeles. Memula start, burung-burung semua tengah menyanyi happy dalam hutan, depa buat flying formation yang sangat menarik dan very colourful...dengan penggunaan teknik 3D, mmg nampak hidup..so, it was really amazing. Pernah gak tengok 3D sebelum ni, citer Narnia dengan Gullivers Travel, tapi, tak sebest Rio, mungkin dorang boleh guna teknik 3D dengan lebih meluas kalau buat citer kartun kot.

Citer ni pasal Blu, burung macaw jantan terakhir bersama tuannya Linda, pegi ke Rio, untuk bertemu dengan Jewel burung macaw betina. Masa kat Rio, Blu dan Jewel kena birdnapped. Bila dapat peluang untuk melarikan diri, Blu pulak tak boleh terbang, sebab dah lama sangat jadi binatang peliharaan. Jadi Jewel yang telah digari bersama pun tak boleh nak pegi mana. Ada satu scene yang aku tak berapa gemor, masa Linda menyamar pakai bikini di Karnival untuk mencari Blu.

Apa jadi kat Blu dan Jewel akhirnya??..he.he..mestilah happily ever after,,.. tapi, korang pegi la tengok sendiri, nanti spoil the fun la..

Aku jarang tengok movie ni, mungkin dua bulan sekali kot..tengok citer bebudak je. Tapi, citer Rio ni la, citer yang aku enjoy tengok.

Citer yang lain banyak download jer, hari tu husband aku donlot citer battle of los angeles kot, punyala boring giler, sampai tertido dibuatnya, berbaloi lagi aku tengok hantu kak limah. Serius... ini menunjukkan citer Malaysia ni dah ada peningkatan. Tak perlu modal berpuluh juta ringgit untuk buat filem yang menghiburkan. Betul tak korang???? Ce citer...ce citer........

27 comments:

NM02 said...

hujung minggu kami tonton dvd aje.. hehehe

Ayuni said...

hm, try sis tgk Merong Mahawangsa....

Ina said...

NM02 : kitorang tak beli dah skrang ni, donlot jer..he.he

Ina said...

Ayuni: ok ayuni, excited gak nak tengok ni

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Macam best je Alamanda kan, makcik tak pernah sampai kesana lagi. Rajin ina layan wayang ye, biasalah sesekali kena release tension ye tak.

miloais said...

hujung minggu iols kat umah jahhh... tho ingat nak jugak pegi tengok RIO - tapi my sis datang - abaikan RIO lahhhh!~

AdiaLuze said...

Waahhh .. Cam best je sis .. Agak tergoda gak nak tgk .. Tpi yang biasa la takmo yg 3D .. Penin kepala ;D

ainnoraini said...

2 -3 minggu ni sibuk dgn kenduri kendara...tu yg tak de mase nk gi menonton...

ade gak anak yg no2 beritahu kat maknye nk tgk citer ni...tp tunggu la...

sahromnasrudin said...

sy suke uzumaki naruto..ia sgt best tau

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
enjin wira enjin apa lepas jpj

Cerita ni pasal seekor burung nama die Blu pastu die terjumpa seekor lagi burung species dia nama die Jewel..... mesti best... tgk lah wayang Rio di pawagam....

Ina said...

Cik Ina minat Do do Cheng : pegi la kak jenjalan.. betul tu kak, sesekali kena la release tension,

Ina said...

miloais: takpe cik milo, this weekend boleh gi

Ina said...

Blogger AdiaLuze: best..betul gak tu, 3d pening gak sebab kena pakai spek dia tu. rimas

Ina said...

ainnoraini: ok la citernya, anak-anak pun suka.

Ina said...

Blogger sahromnasrudin: he.he..naruto pun ok gak

Ina said...

Afzainizam : amboi macam iklannnn

padlie said...

saya tunggu bila leh donlot.. tp xde 3d la..

niesz said...

niesz x g mane2 pun, duk uma rehat kan diri.hehe..

cikpuanhady said...

ingat balik nanti, nak gi tengok wayang gak, nak bawak zahra sekali..hehehe..nak masuk kat sini tersangatlah mahal..

dah klik hb..

Blogshop kami :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

Jom skodeng :Belog Kami : Notre Belle Histoire

Ina said...

padlie: oo.byk pandai..dah boleh donlot tapi, gambar belum cantik la

Ina said...

niesz: tak pegi spa milkadeal ke??

Ina said...

cikpuanhady : mahal ek??..mesti seronok sakan bila balik sesekali kan.. thanks for the hb

A.I.N said...

ujung minggu ni nkbwk adik2 lah gi tgk movie RIO nih..:)

Ina said...

A.I.N: oklah citer dia,,enjoyble

shah-kayrul said...

kita bako...kita bako...memang evergreen betul la hantu kak limah nie

Munie Blushious said...

perghhhh... memang nk tgok citer ni la.. tggu masa jer ni... kwn2 dok bz.. 3D cm bes giler jer...

Cik Ina minat Do do Cheng said...

ina rsjin nya melayan golf. betul tu tak perlu modal tinggi untuk buat filem orang suka. kita ni nak filem yang boleh hiburkan hati dan boleh lupakan tekanan ditempat keja atau rumah.