Friday, April 15, 2011

Yang Ori ke tak??

Assalammualaikum kengkawan semua.

Hari tu aku beli tudung dekat Supermarket Hero. Dalam Hero tu ada satu kedai yang jual tudung, dah lama aku tak beli tudung baru. Aku bukan jenis beli tiap-tiap bulan, jadi bila beli, aku akan beli 2-3 helai sekali.

Bila beli, mestilah nak murah tapi berkualiti kan. Pernah gak beli yang RM5 kat pasar malam, oklah, tapi, kualiti kureng. Bandingkan dengan yang mahal sikit tu, memang yang mahal tu tahan lebih lama dan of course la, lebih lawa.

Masa kat Hero, hari tu aku beli yang ori dan satu lagi yang tak ori. Dua-dua ok, tapi, yang ori tu bila dipakai lebih selesa. Walau pun aku tak berkisah sangat tentang barang branded, tapi, kualiti yang penting. Lagi satu, tengok poket la, kalau poket berisi tak kisah la kan, boleh beli jer, kalau poket kurang berisi, beli jer asalkan ada.

Bagi aku barang elektronik lebih baik la beli yang branded sikit, coz tahan lebih lama. Tapi kan, barang elektrik sekarang memang tak setahan, barang elektrik yang dulu. Bapak aku beli washing machine dah dekat 20 tahun masih berjalan lagik..

Bagi korang, korang suker beli barang branded/ ori ke, yang tak ori??

9 comments:

NM02 said...

tak kesah memaner asal pandai guna dan jaga... ahaksss

Ina said...

betul gak tu

mysara said...

ada gk yg xori ok...

depends la..kte kne pandai pilih...
tp klu mcm barang2 elektronik ni, mai prefer ori..:)

Shafiq said...

Sama macam mysara. Tengok pada keadaan. Tapi kalau untuk barang elektronik ke, barang ganti kenderaan, saya lebih suka yang original. :-)

ina said...

ina; sebut pasal tudung cuba pi tengok kat ctredzuan.com. mahal sikit tapi berbaloi..

♕ Mr.IX ♂ said...

brand tu x kisah sgt...tp kualiti penting..kdg2 brg brand ni sbb dia ada warranty la kot.

sahromnasrudin said...

better yg ori...ada warranty selaij tahan agak lama cikit

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Bila bab barang letrik makcik beli ori dan beli kat kedai jual barang letrik.

Memang barang dulu tahan, sekarang ni dorang memang buat barang yang boleh bertahan bawah 10 tahun kot, kalau dia buat barang yang boleh pakai lama, nanti kedai letrik dia tak laku kot.

Ina said...

ye la betul kan, barang elektrik baik beli yg ori, tahan lama sikit.

betul kak ina, barang dulu tahan lama dari barang sekarang, pakai 2-3 tahun dah lingkup. kalau beli ori dan branded tahan lama sikit la.