Thursday, February 26, 2015

Global Handy Vacuum GSC-4518S Green REVIEW


Saya beli Global Handy Vacuum GSC-4518S ni pada 12/12/2014 di Lazada. It took gdex 20 days to deliver it to me. hmmmm..nak cakap tension, tak la sangat. Sebab beli COD..lantak korang la nak hantar ke tidak..Bila sampai tu macam dah tawar hati jer...tapii...kejap jer..hehehe...

Yang best mengenai vacuum ni ialah ianya handheld dan mudah untuk dikendali. Kerja menvakum jadi lebihhh...mudah. Kuasa sedutannya pun sangat kuat. Tempat penyimpanan sampah dan filter mudah dilihat sekiranya sudah penuh. Mudah untuk dicuci. Wayarnya pun agak panjang.

Yang tak best..kualiti la kot. Tempat handle tu kenkadang tercabut bila vakum carpet. Begitu juga dengan tempat penyedut stand tu. Snap container sampah tu pun nipis sangat..tak boleh ganas....nanti cepat patah.


Walau apa pun, memang berbaloi membelinya. Harganya setaraf kualitinya...but still, so far i'm verryyy happy with this product. Tak perlu nak sambung hose dan handle extender tu semua..jimat masa dan memudahkan kerja.

 *Recommended household item






0 comments: