Saturday, January 29, 2011

Murid dirotan hingga terkencing??

KUALA TERENGGANU - Seorang murid tahun empat trauma untuk pergi ke sekolah selepas mendakwa dia dirotan oleh seorang guru selepas menghantar kertas ujian di sebuah sekolah di Kuala Besut di sini pada Rabu lalu.
Semasa kejadian, Wan Mohd. Faris Wan Zukri, 10, mendakwa dia baru menghantar kertas ujian kertas pendidikan Islam sebelum dikejutkan dengan tindakan guru lelaki itu yang tanpa sebab telah merotan badannya secara tiba-tiba.
Tindakan guru itu menyebabkan dia terkencing di dalam kelas kerana menahan kesakitan.
"Waktu kejadian, cikgu itu bagi kertas ujian dan selepas saya hantar kertas ujian pada cikgu, saya jenguk kawan saya untuk tengok apa yang dia buat.
"Tiba-tiba cikgu datang terus rotan belakang badan saya. Selepas itu cikgu tanya sakit tak. Belum sempat saya jawab dia rotan saya sekali lagi," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
_______________________________________________________________________


Nak sje aku rotan cikgu tu balik........senang-senang jer dier nak rotan anak orang macam tu punya teruk.

Aku tak tahu lar...masa belajar dulu bakal-bakal cikgu ni..ada tak belajar psikologi????...

Last Thursday...anak aku disuruh keluar dari kelas...sebab tak bawa buku aktiviti........masalahnyer..aku yang tak terbeli lagi.......dier sekolah pagi, pagi kedai buku tak buka lagi........bila dier balik....aku pun lupa nak beli.......

Masa anak aku citer kat aku.....aku terpikir lar kan....kalau budak yang mak bapak tak mampu nak beli tu....macam mana???....

Dah hujung-hujung bulan ni...faham-faham je la.........habis.....anak orang-orang miskin yang takde duit nak beli buku tu....semua tak yah belajar ke......???

Aku pegi jumpa cikgu dier....dan inform dier.......dier tak patut buat camtu........last-last dier mintak maap dan janji tak akan buat camtu lagi.......

Ada banyak kes kat sekolah anak aku ni..yang aku pun tak puas hati.........aku tahu...cikgu pun manusia biasa...tak lari dari membuat kesilapan.......tapi.........tak bermakna....diorang ada kuasa veto...nak buat sesukahati kat anak murid......sebaliknya mereka patut menjadi contoh yang baik.....

Biar tegas takpe....jangan asyik nak melibasss jer.........

6 comments:

ana ayesha said...

salam ina

pandangan ana ~ guru zaman skrg berbeza dr zaman ana sk dulu, guru dulu lebih kpd keinginan utk mendidik

Unknown said...

tu la cikgu skrg...sikit2 nak rotan, sikit2 nak rotan...tp xleh nak salahkan cikgu 100% sbb budak2 skrg pun banyak lemak

CikWan said...

knapa masih ada guru mcm ni...haish..

Ina said...

ana ayesha: saya sokong 101%

Ina said...

E.d.Y:boleh rotan..kalu budak mmg nakal..tapi..jgn tak tentu pasal...

Ina said...

wanmardziyyah: terlebih makan ayam cucuk...semua jadi sicko