Monday, February 28, 2011

Nasihat buat teman


Assalammualaikum kengkawan semua.

Entry ni aku tujukan khas untuk best pren aku yang berminat nak jadi blogger.

Sebelum ni dia pun berniaga online je, tapi, bila tengok aku sibuk berblogging dia plak dah terminat nak join sama.

Best sangat ke jadi blogger?? Tak buang masa ke??

Bagi sesetengah orang tu best giler la, rezeki murah jadi blogger ni .. tapi it all depends pada usaha dan yang paling penting jangan lupa semuanya Allah s.w.t yang izinkan. Bila-bila je Allah s.w.t boleh tarik balik dan sebab itu janganlah lupa dan alpa. Ini nasihat untuk kita bersama.

Masa aku memula start meniaga dulu, aku buat research pasal apa kepentingan SEO, keyword, content, peranan meta tag, backlink, page ranking etc dalam menaikkan site / blog. Ada yang aku faham dan aku implement ada gak yang aku tak faham-faham dan ada jugak yang aku malas nak amik tahu. Yang penting marketing dan promoting dan benda-benda lain tu mmg banyak membantu. Honestly bila aku implement benda yang aku tahu tu, mmg banyak faedahnya. Bila aku berjaya buat something yang aku bermula dari zero knowldege, bagi aku Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat.

Blogging pun sama je, terpulang la pada kita nak berblogging sebab apa, sebab suka-suka, nak popular atau glamer, atau sekadar nak mencuba dan merasa. Biar orang nak kata apa, ada sesetengah tu macam ada kuasa psikik boleh pulak pikir orang lain pun mempunyai niat dan tujuan berblogging yang sama macam dia sampai boleh membuat kenyataan yang agak menghina orang lain. Macam dah takde idea nak tulis apa. Semua dijadikan bahan cerita. Tanpa dia sedar apa yang dia buat menjatuhkan kredibiliti diri sendiri. Walau keadaan buruk macam mana sekali pun, mesti ada benda positif yang kita boleh ambil dan dijadikan tauladan dan sempadan.

Dalam dunia blogging ni pun ada gak yang hasad dengki dan nak gaduh-gaduh. Bagi aku, kalau ada masalah, ada benda yang kita tak suka, biarlah kita selesaikan one to one, dengan cara yang berhemah bukan ikut hati, ego dan emosi hingga hilang rasionaliti.

Bagi aku berblogging tu takde la membuang masa. Bagi aku, ia membuatkan aku lebih peka. Tapi, ia juga boleh membuatkan kita leka .. so, nak buat apa-apa pun biarlah berpada-pada.

[Ad]Terokai lokasi memukau dengan misi untuk mencari objek tersembunyi dengan memecahkan teka-teki! Hanya yang paling berani dan paling tajam fikiran akan berjaya dalam Realm of 5. Jika anda berminat..SERTAI SEKARANG]

Sunday, February 27, 2011

YANG SEMPURNAKANKU CONTEST

Entry ni aku buat untuk menyempurnakan tag cik deena..



Syarat-syarat:
1. Jadi follower blog aku : hey-rara.blogspot.com

2. Buat entry YANG SEMPURNAKANKU CONTEST beserta gambar insan yang menyempurnakan hidup korang dan kenapa beliau menyempurnakan hidup anda . tak kisahlah , family korang sendiri ke , BFF , bf/gf korang mahupun pet korang . no hal .


Yang sempurnakan aku adalah family aku.

3. Letak banner contest dekat entry dan sidebar blog korang dan link terus ke blog ni sepanjang tempoh contest.

4. Tag tiga orang dan pastikan orang yang di tag tu tahu pasal contest ni

5. Sila tinggalkan nama anda dan link entry di ruangan komen entry ni

5. Contest berakhir 28 FEBRUARI 2011 jam 11.59 malam

Saturday, February 26, 2011

Perkarangan Sekolah Dah Macam Pasar Malam

Assalammualaikum kengkawan semua.

Hari ni aku nak sentuh isu: 'Perkarangan Sekolah Dah Macam Pasar Malam'

Dulu kat sekolah anak aku mmg meriah dengan penjual-penjual jajan. Sekarang dah kurang la. Itupun kalau tak silap aku sebab.. MPSJ yang sound. Kawan aku cakapla..Wallahualam.

Tapi..bagus jugaklah.

Aku tak kisah kalau dorang jual minuman atau keropok. Yang aku tak suka ada peniaga yang menjual barang makanan yang ntah ape-ape. Lipstick candy la..benda macam mercun letup-letup la dan barang permainan.

Kesian bebudak tu .. makan yang ntah ape-ape dan menghabiskan duit mak bapak je.

Ada lagi satu sekolah tu, hari tu aku perasan ada satu van dok jual popcorn. Meriah betul..macam pasar malam pulak. Penuh kat luar sekolah tau..orang nak parking amik anak pun susah.

Anak aku dulu penah beli mainan yang macam lego tu. Sambung-sambung jadik transformers. Dekat RM10 jugakla .. angin je aku tengok. Dia beli kat sekolah la..

Aku duit sekolah aku bagi singgit je, sebab bawak bekal .. cuma.. anak aku jenis menyimpan .. bila aku tegur dia .. jangan membazir duit beli benda camtu lagi .. nasib baik dia dengar .

Sekarang dah takde orang jual mainan lagi dah kat sekolah anak aku tu. Nasib baik la .. sekolah lain aku tak tahu la.

Tak salah berniaga .. tapi, at least ada la rasa tanggungjawab sikit .. jangan nak fikir untung je.

Friday, February 25, 2011

Entry yang nak happy kan diri

Sumber: KOSMO



SUMBER: KOSMO



SUMBER: THE SUN

Thursday, February 24, 2011

Saya nak jadi Penyanyi..

Assaalammualaikum kengkawan semua.

Yesss..itu lah impian aku.

Masa kecik-kecik dulu cita-cita aku nak jadi penyanyi..muahaahaaaa....

Serious wa cakap lu...aku memang suka muzik. Tapi..disebabkan aku ni pemalu takde la aku melalak depan semua orang..bila mak ngan abah aku takde..rumah tu jadi macam studio rakaman la..hu..hu..

Aku ada hantar lirik lagu dan tape nyanyian aku kat syarikat rakaman tau..tapi..dorang buat derk je kat aku..ahaks...

Aku punya goal masa tu..kalau aku dapat result SPM bagus.. aku nak sambung belajar kat US..major in music. Fuh..dasyat angan-angan aku.

Tapi.. Allah s.w.t sayang kat aku .. dia tak makbulkan impian aku. Kalau tidak.. mungkin aku pun hanyut macam kebanyakan artis sekarang ni.

Bila lagi sekali aku dapat peluang, bapak aku pulak sakit. So, memang takde rezeki la nampaknya. Walaupun aku kecewa..tapi..bagi aku bapak aku lebih penting dari impian aku.

Walaupun aku tak dapat ke US .. dapat jugak aku merasa duduk kat oversea coz husband aku kerja kat luar negeri. Lagi best Allah s.w.t bagi kan .. Alhamdulillah.

Kini..aku masih menyanyi .. keh..keh..keh....dalam bilik mandi aku jarang nyanyi la.. dalam keta la studio aku. Terhangguk-hangguk dalam keta .. dapat pulak time tu ada lagu Waka waka - Shakira. Anak-beranak buat show...

kalau berenti kat traffic light menggeleng kepala la orang dalam keta sebelah tu tengok ... muahaahaaa ...ada aku kesah..hik.hik.

Hidup aku ni banyak dugaan .. macam-macam dah aku tempuh .. dan setiap dugaan tu membuatkan aku lebih tabah...dan aku tak cepat patah semangat..kecuali kalau aku yang pilih untuk quit.

p/s: Apa pulak cita-cita korang agaknya ek??..Dah tercapai ke??

Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011

Assalammualaikum kengkawan semua.

Aku terpanggil untuk menyertai Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011 yang dianjurkan oleh sharmhassan.blogspot.com kalau ada yang berminat boleh la jenguk kat sini .



1.Buat entri bertajuk : Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011
2.Letak Header Hikayat Si Luncai
3.Jadi follower blog ni. (taknak follow pun takpe..tiada paksaan)
4.Tag seorang rakan blogger lelaki dan seorang rakan blogger perempuan. (nak tag ramai pun boleh.)


AKU NAK TAG: ASTINA  DAN SHAFIQ


5.Pastu postkan link entri korang ke ruangan komen entri ni
6.Blog-blog yang join segmen ni luncai akan masukkan dalam bloglist dekat sidebar
7.Pemenang akan luncai promote blog dalam sticky post selama 1 minggu
8.Tarikh tutup 28 Feb 2011 / 11:59 PM

Wednesday, February 23, 2011

Bila Sang Kancil Sudah Marah..



banner ad

Assalammualaikum kengkawan semua.

Aku nak cerita satu kejadian yang berlaku membuatkan aku terfikir, memuhasabah dan cuba untuk memperbaiki kelemahan diri.

Sang Kancil yang aku maksudkan bukannya sang kancil vegetarian tu..tapi..sang kancil yang makan minyak ni: 

Kejadian ni berlaku masa kat traffic light..bila lampu dah hijau..keta kat depan tak jalan lagi..lalu si kancil ni dengan marah telah hon..dan dengan marah telah memotong mpv di depannya dengan ganas. Seperti , sang kancil yang telah transform kepada Megatron...gayanya. Perasaan amarah membuatkan kita bersikap tak rasional..

Yang kesiannya dekat si kancil ni..lepas dia memotong dengan laju tu..ada plak satu lori parking kat jalan sebelah, tengah pasang banner. Nasib baik sang kancil sempat break....kalau tidak..menangis tak berlagu la dia........pastu tersangkut la dia kat belakang lori tu.

Bila tengok kejadian tu, aku rasa insaf dan cuba untuk tidak marah-marah bila bawak keta. Coz ..selalunya aku akan cepat geram bila tengok orang bawak keta macam makan angin di tepi pantai..sambil makan kuaci.

Semua yang tak baik tu semua perangai syaitan.. cara aku untuk cool down ialah istighfar banyak-banyak time aku rasa nak marah tu. Bukannya senang nak buang tabiat yang memang dah sebati dalam diri .. tak semudah membuang sampah dalam pc..cuma dengan satu klik je.

Alhamdulillah .. disebabkan kejadian sang kancil aku mendapat iktibar ..


**Imam al-Ghazzaliyy membahagikan kategori tabiat marah kepada 4:

1. Orang yang cepat marah dan cepat pula hilang marahnya.
2. Orang yang lambat marah dan lambat juga reda kemarahannya.
3. Orang yang lambat marah tetapi segera pula reda kemarahannya.
4. Orang yang cepat marah tetapi lambat pula reda kemarahannya.

Kategori yang paling baik adalah kategori ketiga: 
Orang yang lambat marah tetapi kemarahannya segera atau mudah reda.

Manakala kategori yang paling buruk adalah kategori keempat:
Orang yang cepat marah tetapi lambat pula reda kemarahannya. (al-Ghazzaliyy, 2003).

(SUMBER: SCRIBD)

p/s: Aku kategori no. 1...Korang berada di dalam kategori yang mana??

Tuesday, February 22, 2011

Sorry Mr. Nuffnang


Assalammualaikum kengkawan semua.

Hari Ahad lepas aku ada submit ticket kat Nuffnang...pasal aku terclick ads tu. Aku tak sengaja. Masa tu aku pakai laptop husband aku. Si tikus tu la punya pasal. Memang taknak dengar arahan master. Aku suruh gi kiri dia gi kanan..aku klik tempat lain..tempat lain plak yang dia klik..last-last terclick ads nuff tu..ada 2-3 kali kot.

Aku tahu memang la boleh click ads kat blog sendiri kalau nak tahu pasal produk tu..tapi..kalau dah sampai 2-3 kali kat iklan yang sama...dah kira fraud click la kan.

Nuffnang pun dah reply ticket aku..and everything is being noted.

Kalau diorang nak tolak-tolak la..cuma aku tak suka rekod aku buruk je nanti. Dituduh sebagi fraud clicker...

Google adsense pun penah hantar surat saman kat aku dalam 2 tahun lepas kot. Diorang tuduh aku buat fraud click adsense ad tu. Hu..hu..menyirap weiii... tak pasal-pasal kau..

Cerita pasal adsense..aku sebenarnya start buat adsense ni dari tahun 2006..tapi, lepas dapat surat saman tu aku rasa cam nyampah je nak buat. Coz aku tak buat fraud click...tapi..bila aku citer kat kengkawan ada la yang inform aku dia ada click-click adsense aku..saje nak bagi duit kat aku katanya..ingat nak buat amal jariah.. he.he...

Tapi, semua dah settle dah..aku hantar apology letter. Tapi, mmg tak best la bila dah dicop sebagai Fraud Clicker.

Sebab tu la, aku submit ticket kat Nuffnang cepat-cepat. Tak nak la pisang berbuah dua kali ..

Semua ni tak kan terjadi kalau si tikus tu buat hal kan. Geram je aku .. lain kali tak nak guna lagi si tikus tu.

Aku pakai aku punya tikus je..tikus aku ok .. ala-ala hamster gitu..

Monday, February 21, 2011

"GiveAway EdY : KATA KAU!"

 Assalammualaikum kengkawan semua.

Kali ni aku nak join Edy punya GA. Kalau korang berminat boleh la klik sini.





Tipah..oooo..Tipah...bilalah ko nak datang minang aku Tipah!!!

(Edy..maaf kiranya..caption menyinggung mood awak time tu ye)

TAG sekurang-kurangnya 1 orang blogger dan pastikan mereka tahu.

AKU NAK TAG : PADLIE



Tarikh Tutup : 12.00 Tengahhari pada 28/2/2011

---------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Hadiah-hadiah yang ditawarkan ialah:



Pembahagian Hadiah seperti berikut :

7 Caption paling UNIK/KREATIF/LUCU
Hadiah Utama : 2 x Rayban Aviator Gold Brown Mirror
Hadiah Saguhati : 5 x Little Trees Air Refreshener

6 Cabutan Bertuah (Random.Org)
Hadiah Utama : 1 x Rayban Aviator Gold Black
Hadiah Saguhati : 5 x Little Trees Air Refreshener

Semua orang layak memenangi hadiah tak kira anda kreatif atau tidak...
ini bertujuan untuk berlaku adil untuk blogger2 yang baru nak berjinak2 menyertai contest/giveaway...
ada faham?
(* SAYA FAHAM TUAN!!)

Kalau korang nak tahu lebih lanjut..gi la blog Edy ek.

Kenapa mesti ganti..kenapa mesti putih...??

Assalammualaikum kengkawan semua...

Hari ni aku rasa cam malas je...sebab hari Sabtu lepas ..bebudak ada sekolah ganti .. jadi hari rehat untuk aku 2 hari tu dah tinggal sehari je.

Kenapa la perlu ganti?? Buat je la cuti untuk perayaan di Malaysia ni tetap seminggu untuk setiap bangsa tak leh ke..??

Cuti tu penting untuk merehatkan minda.. untuk energise semula mental dan fizikal kita...hari untuk aku pegi spa..bersantai-bantai....sambil minum air oren, dibawah payung streamyx yang aku pinjam dari Kong kat blog Astina.

Betul tak?? ... ada sesiapa yang tidak bersetuju dengan cadangan aku.. sila angkat tangan!! ...Edy..aku nampak ko angkat tangan!! .. ko memang..ngeee..

Aku nak mintak Cik Astina (Wakil Bloggers Seantero Angkasa) untuk membentangkan cadangan aku ni kat parlimen. Bolehkan Astina .. no problem with that kan..kan.kan..

Lagi satu yang aku musykil ialah..kenapa kasut sekolah kena putih?? Kenapa tak kaler hitam ke biru ke..??

Kasut putih ni cepat kotor tau.. pastu nak kapur la plak lagi..ish .. membazir je . Kalau kasut hitam .. confirm tak yah kapur .. dan company yang membuat kapur kasut tu pun makan kapur le jawabnye .. hik..hik.. muahaahaa... (ini lah akibatnya bila minda kita tak cukup rehat .. ye tuan-tuan dan puan-puan .. anda akan jadi sedikit kurenggg)

Korang tahu tak..kalau dekat France .. penjawat am dekat sana akan diberi cuti bergaji untuk pergi holiday!

Hu..hu..bestkan. Jangan tak percaya .. percaya la.. ini kisah benar. Dan bukan tipu semata.

Sunday, February 20, 2011

Kesihatan adalah nikmat

Assalammualaikum kengkawan semua.


Macam mana hari ni..kengkawan semua sihat??..Alhamdulillah..aku dan keluarga di dalam keadaan yang tip top.


Kalau ada kengkawan tak sihat..cepat-cepat le gi jumpa doktor ek....jangan biar melarat....


Kesihatan adalah nikmat yang tersembunyi, bagaikan mahkota di atas kepala orang yang sihat dan hanya dapat dilihat oleh orang yang sakit” - petikan bukuMengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
Tahun lepas aku exercise gile-gile..satu hari dalam 2-3 jam camtu...sebab tengok citer The Biggest Looser. Aku kurangkan pengambilan kabohidrat dan makan pun dalam kuantiti yang sedikit je..dekat sebulan gak la..lepas tu aku demam dan batuk. Demam sekejap aje la..dalam 2-3 hari...tapi...batuk tu awal tahun ni baru elok tau...dekat 6 bulan tu!!!


Macam-macam cara dan petua aku dah try....dan dekat 3 klinik aku pegi dan ulang-ulang amik ubat semua..tak baik-baik juga...


Antara petua-petua yang aku try:


1. madu campur limau

2. coke panas (ni pun ok tau...kalau korang batuk nanti try)

3. makan buah tin ( agak mahal gak buah tin ni..rasanya kena makan banyak kot)

4. vicks vaporub (sapu kat tapak kaki..pastu pakai stokin)

5. kicap campur limau (kalau tak silap)

6. macam-macam ubat batuk dah aku beli..tak jalan gak


Apa lagi aku tak hengat dah. Conclusion..kita hanya mencuba..tapi..Allah s.w.t yang tentukan.


Last-last aku biarkan aje..dan doa ajelah...dan ...Alhamdulillah ..sekarang dah ok.


Bila batuk..time tidur malam la yang tak tahan sangat .. sampai nak semput dibuatnya.


Dan yang paling tak best tak leh nak makan semua ni:


Jangan lelehhhhh!! :P (SUMBER: FOODTV)




Tak leh nak minum my favourite

(SUMBER: FOODTV)

[How do you define 'healthy'?  Take the Nestle Profiler Test and discover more about how your lifestyle effect on your health. For more information you guys can check it out here.]

SAYA MAHU DI REVIEW



1.  Follow la blog aku.. (dah folo)

2. Buat entri dengan header diatas dan tajuk " SAYA MAHU DI REVIEW " dan paste link kedalam ruangan komen blog ini.

Dunia Ayu: First Giveaway


1. buat satu entry bertajuk Dunia Ayu: First Giveaway.

2. letakkan banner GA nih kat entry.

3. and...ayu nk mintak komen dan pandangan kamoo tentang Dunia Ayu, maybe ada sumthing yg perlu Ayu perbaiki. komen mesti lah ikhlas dan jujur sejujur jujurnya ok...ngeee~~~

Komen saya:

Bagi saya blog cik ayu ok..nice. .kemas dan tersusun rapi. Cuma satu je yang saya tak berapa gemar iaitu..tajuk yang bergerak-gerak kat atas tu..agak mengganggu penglihatan. Itu cuma pandangan saya,

4. tag 3 sahabat blogger laen.

5. last but not least, jgn lupa tinggalkan url entry korg kt comment box entry ni ok...nanti Ayu terjah korang balik...:p

Saya join sebab saya nak support GA Cik Ayu ni. Kalau u all nak join klik sini 

Tarikh tutup GA ni ialah pada 17 Mac 2011.

Saturday, February 19, 2011

Tip: Jimat Sambil Bershopping di Hujung Bulan

Assalammualaikum kengkawan semua..

Topik ni amat sesuai dengan keadaan kewangan di hujung bulan....

Jom kita tengok, apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan perbelanjaan ketika bershopping.

TIPS:

1. Jangan bawak troli. Bawak barang pakai tangan je..Conform..tak leh nak bawak banyak-banyak..dan anda pun akan kurang membeli.

2. Siapkan list barang yang nak dibeli. Make sure anda beli barang yang ada di dalam list sahaja..

3. Jangan beli barangan, contohnya: sayur yang berharga RM2.93 sen. Amik yang RM2.97 sen. Sebab, kedua-dua harga akan digenapkan kepada RM2.95 sen. Anda dapat lebih sedikit..tapi..bayar kurang..he.he.
(1, 2, 6 and 7 sen will be rounded down while the total bill which ends in 3, 4, 8 and 9 sen will be rounded up to the nearest multiple of 5 sen)

4. Kalau nak beli barangan sejuk beku seperti nugget..check berat dulu. Ada yang 800g ada 1kg. Harga tak jauh beza..tapi..berat kurang 200gm mcam banyak gak tu.

5. Kalau nak kuar gi shopping, make sure dah makan dulu kat rumah...jadi tekak tu takdelah mengada nak makan KFC.

6. Elakkan membeli barang yang tak penting...dan barang yang ada offer tapi..kalau takde pun takpe.


kesimpulannya..shopping jangan ikut nafsu!..

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan

Salah satu ialah : Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih! dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

Friday, February 18, 2011

Ferarri ku Tersadung Jua...

Assalammualaikum kengkawan semua....

Petang semalam aku cuba untuk BW dengan pantas, apabila internet connection aku pulih semula.

Aku cuba untuk tidak tergedik-gedik seperti awek memakai kasut bertumit tinggi 9 inci ini. Takmo ...takmo..

Niat di hati nak naik Ferarri..takmo walking-walking lagi...agar perjalananku cepat dan pantas..ke blog kengkawan semua......

Tetapi..sayangnya Ferarri aku tersadung jua..ditahan oleh pakcik TNB...apabila ..blackout terjadi pula.. dan En. TM pun berhenti bernyawa.

Apa kan daya..niat dihati tidak kesampaian...dan aku pun sedey semula..dan menjadikan hariku..seperti tidak bermakna...

Hari ku lalui dengan penuh lena.. menanti dan menanti.. tanpa khabar berita..



Tetapi..kini aku ceria semula..
apabila En. TM yang berwibawa memberi berita yang gembira. Alhamdulillah..

Semoga hari ini adalah lebih baik hendaknya. Insyaallah..............


p/s: Keadaan adalah lebih baik..jika..internet slow seperti siput..daripada langsung takde ...kuang ..kuang ..kuang...

Thursday, February 17, 2011

Gangguan Internet

Assalammualaikum.

Mohon maaf kepada kengkawan semua..

Aku mengalami gangguan internet dari petang semalam..so mmg tak dapat nak pegi la menjenguk blog korang semua.

Selepas membuat laporan dalam kul 7.30am tadi ...pukul 11am ni baru ada.

Alhamdulillah.

So, sat lagi selepas memberehkan keja-keja aku..baru aku gi jalan blog korang ek..

Terima kasih kepada yang sudi komen dan sudi follow.

Aku amat menghargai korang semua..I lup u..hu.hu..

Tuesday, February 15, 2011

Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit?

Assalammualaikum..

Selamat Menyambut Maulidur Rasul dan Selamat Bercuti.

Semoga di hari yang mulia ini kita penuhi dengan amalan yang meningkatkan pahala kita. ..bukannya berambu-ramba dan melakukan keja yang sia-sia. Insyaallah.

Ada satu buku yang amat menarik yang aku jumpa semasa menggoogle..saja nak share dengan you all..kalau berminat boleh la cari kat kedai ataupun online.



Harga: RM 19.90 / RM 21.90
ISBN-13: 978-967-5564-99-4
Tarikh Terbit: 8 Dec 2010
Jumlah Muka Surat : 240
Kategori:
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd


SINOPSIS:

Membongkar rahsia dan formula kesihatan Rasulullah yang halal, mudah, luar biasa dan holistik.
Tentu anda ingin tahu
  • Formula penjagaan kesihatan fizikal, mental dan emosi yang diajarkan oleh Rasulullah
  • Teknik menjaga kebersihan yang terbaik serta dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh
  • Tip-tip sihat yang mudah dan murah mengikut sunah Rasulullah
  • Kriteria makanan sihat serta bermanfaat mengikut Quran dan sunah Rasulullah
  • Kesan berpuasa pada kesihatan tubuh manusia
  • Rahsia kesihatan di sebalik gerakan dalam solat

Kesihatan adalah nikmat yang tersembunyi, bagaikan mahkota di atas kepala orang yang sihat dan hanya dapat dilihat oleh orang yang sakit”

Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit membincangkan perihal rahsia gaya hidup sihat Islami yang diamalkan oleh Rasulullah sepanjang kehidupan. Buku ini juga membicarakan secara terperinci, komponen pemeliharaan dan pemuliharaan kesihatan tubuh badan melalui pemakanan yang sihat, penjagaan rohani yang berkesan dan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam melalui Quran dan hadis Rasulullah. Setiap individu mampu mempraktikkan panduan dan kaedah ini dengan mudah.



Monday, February 14, 2011

Contest: Pandu dan Menang..oleh Ford Fiesta



Contest Name:
Experience Fiesta, Experience Hollywood Contest 2011

Contest Duration:
14 Feb 2011 – 31 Mar 2011

Hadiah-hadiahnya seperti berikut:

Grand Prize
5 X Trip to Hollywood to watch American Idol Season 10 Semi-Final live show. Each winner is entitled to:-
(i) ONE invite to watch American Idol Season 10 Semi-Final live show,
(ii) ONE return trip economy class air ticket,
(iii) 5D 4N Hotel accommodation in Los Angeles, and
(iv) Airport/hotel transfer in Los Angeles,
Any other costs and expenses incurred, not stipulated in above item (i) to (iv) shall be borne by winner himself/herself.
Consolation Prizes
2nd prize: 5 X iPhone 4 16GB
3rd prize: 10 X iPad 16GB WIFI
Consolation: 15 X iPod nano 8GB 

Untuk maklumat lanjut boleh tengok di sini

If you cannot beat them..join them!! Yeehaaa..

Apa yang korang faham mengenai tajuk di atas?

Kalau kita translate kan..

Bak kata pepatah Melayu:

"Masuk kandang kambing mengembek..Masuk kandang kerbau menguak"

Masuk kandang harimau??

laaa apekehallll korang pi masuk kandang harimau plaaakkk?? ..ish ..ish ...keluar cepaaatttt...


Masuk kandang lembu??

he..he...pandai jugak korang ek..semua tak nak masuk kandang lembu tu.....cannot fool u twice....bagus-bagus...jangan jadi lembu cucuk hidung...main ikut je...tanpa usul periksa...ha.ha....

Apa yang aku nak sampaikan ialah..cheh..cheh....

Dalam apa jua keadaan...kita kena give and take...

Jangan nak suruh orang dengar cakap kita je..tapi..kita buat donno je kat orang lain....mesti fair and square...baru la senang nak ayat...

Rasanya macam tu jugak la..mamat-mamat indon mengayat gadis-gadis Malaysia..sampai terpikat kan..???...manis mulut bak gula....sampai terpedaya..budak-budak tu semua...

Untuk gadis remaja sekalian...ingat ek

Jangan seronok tengok orang gi London....kalau kita tak dapat nak pegi....pegi Lombok pun jadik..asalkan gi oversea...sampai lupakan family...ha..ha..tak nak la camtu kan....merosakkan diri je...kalau dorang kaya..dorang tak datang negara kita ni cari keja...

Saturday, February 12, 2011

Cinta Cyber atau Cinta Cyberuk???


Assalammualaikum..

Penah tak korang berjumpa dengan kengkawan chatting or dari alam cyber ??..

Adakah indah khabar dari rupa? Adakah si dia seperti yang anda bayangkan?...muahahaaaa...

Time aku bujang dulu aku ada gak jumpa ..tak ramai la..sebab aku takooottt...takut nanti jumpa sicko....tak pasal je ngkau...ha.ha..jgn memain.....jumpa pun bawak kawan..

2 orang ..dtg jumpa aku kat opis.....sorang tu bila jumpa first time...and that was also the last time...aku tak minat.....boleh jalan...goodbye romeo.....(hu..hu...lagak...kah..kah)...sorang lagi..macam ok..tapi..aku rasa dia terminat ngan kawan yang temankan aku jer.....hu..hu...

Orang yang ke3 tu...itu la husbang aku sekarang ni....he..he....

Itulah..terserempak kat mana aku tak ingat...tapi bukan chatroom...siap no tepon lagi.....aku pun saje-saje tepon....buang tebiat....ngeee...ngada.....

Time aku tepon..dia pun terkezut gak...mana lak aku dapat no dia....bila aku citer aku dapat kat tenet....dia tak caya lak....nyampahhhhh.....Lepas tu dia call aku balik...dia baru hengat...kawan dia yang letak.....emmm.....takpelah..aku maafkan...kalau aku buat donno je...tak kawin le aku ngan dia...he..he.

Cerita punya cerita...rupanya dia keja dengan syarikat telekomunikasi yang terkemuka di Malaysia ni..(panjang la plak ek...CELCOM)...he..he....emm..patutla...boleh gayut ngan aku berejam...sampai panas telinga aku ni weiiiii.....lenguh tangan....kejap tukar kanan ..kejap tukar kiri.....

Masa dah kenal tu..aku buat solat Istikharah..minta petunjuk dari Allah s.w.t....aku buat time bulan puasa..3 hari berturut-turut...Alhamdulillah....aku dapat mimpi...mimpi aku sedih gak sebenarnya...aku mimpi dia dtg rumah aku..jumpa mak aku..sedangkan masa tu mak aku dah meninggal...mak aku tanya..betul ke dia nak jaga aku..dia jawab betul makcik...bla..bla....so, that's why aku terima dia seadanya...the rest ...biarlah Allah s.w.t yang tentukan......

Kitorang kawan..sebulan je...jumpa dua tiga kali..sebab dia keja kat oversea time tu...pastu dia hantar family dtg rumah aku.....dua bulan lepas tu kami pun kawinnnnnn....... kecepak..kecipok...kecepak..kecipok..(ha...ha...soundtrack kompang)

Itulah cerita cinta cyber aku...yang telah dishortkan...

Kalau korang tengah bercintan tu kan....aku harap korang jagalah batas ek..kawan lama-lama pun ..nanti dosa pun bertimbun-timbun...kita hidup sekejap je kat dunia ni..tak sempat lak nak top-up yang mana yang berlubang tu kang.....aku sarankan korang buatla solat Istikharah ...Insyaallah..kalau niat korang baik...Allah s.w.t akan bagi jalan kat korang sume.....Insyaallah...

Friday, February 11, 2011

Fuh..seksi betul artis itu!!

Ini bukan cerita Fasha Sanda ek...aku tak gemor nak menambah sensasi citer dia tu.

Hari tu aku tengok satu cerita kat tv...terperasan aku sorang artis...artis Melayu kiter la..kalau bukan Melayu, Islam aku pun tak kesah kan...

Well...bagi aku...aku tengok muka dia...memang cam budak baik....dan aku rasa hati dia pun memang baik ..Insyaallah...cuma pakaian je yang dasyat sikit .....terdedah je tang atas tu.......masa dia tunduk memang nampak la.....emph...aku tak citer pun korang dah dapat bayangkan bukan....ish..ish...please erase that image from ur brain.....tak baik tau...aurat tuh..!!!

Aku tengok artis-artis Melayu @ Islam kiter sekarang ni ..bukan main lagi...kalau tak seksi tak sah...kalau tak seksi tak leh cari makan...kalau tak seksi..tak leh jual...kalau tak seksi orang takmo amik berlakon..kalau tak seksi tak leh nak glamour.....ade ke patut tubuh badan dijadikan aset untuk mendapatkan rezeki...?????..semua nye nak show-show??..

Ntahlah...jangan la tunggu dah tua baru nak bertaubat....bila dah tak laku ...coz..ajal maut..siapa yang tahu bila???.....Kalau tak ditegur...kita pun terpalit sama...sebab pandai nengok je...

Ha...korang pun ingat tau...jangan nak seksi meksi....jangan nak pakai ketat metat...penat malaikat Atid nak menulis...bagi-bagi la dia rehat ...........


Thursday, February 10, 2011

Anak-anak aku Cemerlang, Gemilang dan Terbilang..

Semalam..masa aku sibuk bertenet...anak-anak aku..tolong basuh pinggan...hmm..bagus betul bebudak ni...really...thumbs up..

Diorang basuh pinggan sambil main-main air lak tu..ha..tapi..takpe aku tak kesah...janji diorang rajin...

Lepas tu aku ajar lak diorang mengemop...bukannya susah...kan..

Ok...pastu...nanti mama akan ajar korang masak lak...pastu..basuh kain..sidai kain..gosok baju....

Bagus..bagus..bagus...pastu mama pun boleh bertenet jeeee...kan...

Anak aku dua orang je..cuba bayangkan kalau ada 10?????????......sorang tolong picit kaki..tangan..kepala...hu..hu...

p/s:..hampeh jer!!..to Raihana and Aidil...if you guys...somehow were reading this...mama just joking ok...you guys always said that i'm a funny mama kan!!...chill...hu..hu...

Wednesday, February 9, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa: Indah khabar dari rupa??

Sumber Gambar: KRU (Aku tak berapa gemor hero ni..teringat aku masa dia berlakon dalam cerita Los and Faun)
Hu..hu...aku harap rupanya pun indah macam khabarnya....

Aku memang dah terbiasa nonton filem omputeh ...bila tengok filem produksi Malaysia..aku jadi agak skeptikal...

Aku boleh terima gak filem Afdlin...ok la..tapi..Prof Madya A. Razak Mohaideen tu aku kurang gemor..

Bukan nak mengutuk..tapi..seriously.....jalan cerita teramatlah boring nyer...kesian aku tengok....kutuk karang..cakap kiter tak sokong filem Melayu..tapi..diorang yang sajikan..filem yang tak berkualiti dan ntah ape-ape la.....ish...

Bila Yusry buat Cicakman..aku teruja jugak nak tengok CGI effect dia tu .....but, bagi aku sekadar oklah....aku FAHAMMM...dengan budget yang dia ada..aku tak expect le movie tu will turn out macam AVATAR lak...but..it's a very good try la..

Dengar khabar masa trailer filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) ditayangkan  di European Film Market, Berlin, ia telah berjaya menarik sebanyak 25 buah negara untuk mendapatkan hak pengedaran filem tu. Dasyat...dan bangga gak bila dengar kan...untuk pasaran luar tajuknya akan ditukar ke 'The Malay Chronicles'.

Kos nak buat filem tu lebih kurang RM8 juta....fuh...antara filem yang termahal kat M'sia..
Tengok trailer ..memang gempak....harapan aku..ceritanyer nanti akan lebih gempak dari tu...bukan..nyammmpaahh lak...ha..ha...

Walau ape pun..kita tunggu je la  10 Mac 2011 nanti....







SYNOPSIS:

Filem HMM yang ditulis oleh Amir Hafizi ini mengisahkan tentang seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan.

Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

HMM ini diterajui oleh pelakon tempatan dan luar negara seperti Stephen Rahman Hughes, Gavin Stenhouse, Jing Liu, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Datuk Rahim Razali dan Ummi Nazeera.

KREDIT: UTUSAN

Tuesday, February 8, 2011

Kau..JAHATTTT!!

Hu..hu..masih terngiang-ngiang lagi kat telinga aku ni..ayat itu!!..takut aku wei..time tu..

Kau..JAHAATTTT!!! hrgggggg.........


KREDIT TO: WEBDESIGN  (uish..masa aku menaip ni..dia ni asyik tengok aku jer...hu.hu)

Anak sedara aku penah kena histeria...seriously..wa cakap lu!!

Anak sedara aku ni memang lemah semangat....dia kena histeria tu waktu senja lar...dekat nak Maghrib...dia pegi angkat kain kat luar...tetiba je menjerit-jerit ...

Kakak aku bawak dier masuk..dan cuba nak tenangkan dia...dudukkan dia kat lantai..dan baca apa yang dia tahu..tetapi..keadaannya menjadi lebih teruk....anak aku menjadi begitu kuat dan tak terpegang oleh kakak aku tu...aku pun terpaksa tolong pegang..

Kakak aku pegang kaki...aku pegang kedua-dua belah tangan dan himpit dia kat lantai ngan badan aku...tapi..anak sedara aku tu meronta-ronta...kuat betul dia...

Masa dia meronta tu aku terlepas pegang tangan dia dan dia pun dapat duduk...muka dia betul-betul kat depan muka aku ni ha...face to face........grrrrrrr......KAU JAHATTTTT!!!...Lepaskan akuuuuu!!! dengan suara yang garau dan kasar...

Fuh...rasa nak terkucil pun ada...getakkk gak aku dibuatnye...

Kakak aku suruh aku baca Ayatul Kursi pun aku dah tak hengat...yang aku boleh sebut ALLAH (S.W.T) jer.....huiyooo....pengalaman yang menakutkan betolll...

Kakak aku minta anak dia yang sorang lagi pegi panggil tok..apa ntah..aku dah lupa nama dia...untuk tolong...

Sementara menunggu pertolongan dari tok tu..aku berjaya gak...menghimpit dia balik...dalam takut-takut tu..aku lawan gak..he.he..he..

Nasib baik tok tu cepat sampai......

Atok tu baca apa pun aku tak tahu la...pas tu dia picit ibu jari kaki anak sedara aku tu.....anak sedara aku menjerit-jerit...KAU JAHATTTT...

Dekat seminit dua gak atok tu picit ibu jari kaki anak sedara aku...pas tu baru reda.....dan dia pun lemah longlai...habis semua tenaga...

Fuh...Alhamdulillah...aku pun legaaaa....

But, the aftermath...kesian aku tengok anak sedara aku tu...nangis dia...dia pun tak tahu apa yang dah berlaku...cuma ..badan sume sakit-sakit la....

Atok tu pesan ...lain kali hati-hati....dan jangan lupa sentiasa amalkan ayat-ayat Al-Quran untuk perlindungan diri..

Sentiasa amalkan ayat 3 Qul dan Ayat Kursi.......Insyaallah terhindar dari perkara-perkara camni. Makhluk halus ni berada di merata-rata...Kita mesti ada pendinding...tapi..amalan tu biarlah mengikut Al-Quran dan Al-Sunnah yer...

Siapa penah alami situasi macam ni???....

Monday, February 7, 2011

Volkswagen Commercial: The Force ...Kelakar lar...



Cute jer budak tu nyer tangan...

Hee.he...dasyat keta VW ..leh start ngan tekan remote jer

Tapi,..safe ker??

Sunday, February 6, 2011

Public Farting ban ??

Malawian lawmakers will next week debate a law change to criminalise public farting, which a cabinet minister said had been encouraged by democracy. Sumber Yahoo

Adohai...kelakar betul lar...ha..ha.ha..

Kalau korang gi Malawi tu korang kawal-kawal le...tak pasai je kena tangkap polis...kang...nanti sapa nak jamin kuar lokap???...kalau korang tepon sedara mara kat M'sia conform kena gelak.

Petikan:

"Would you like to see people farting in public anywhere?"

Since the country embraced multi-party politics 16 years ago people had felt free to fart anywhere

Takde benda lain ke depa nak debate kat kabinet selain dari isu kentut nih...!!!...jap...jap aku nak gi gelak sat.......kah..kah..kah..kah...

Bukit Magnetik....ada ker??

SUMBER PHOTO: WIKIPEDIA


Memang ada......Magnetic Hill is a gravity hill. Magnetic Hill ada kat India, Canada, Australia etc.

Di Magnetic Hill ni...kereta boleh berjalan..walaupun enjin tak start pun........ha..ha..ha...bestkan kalau ada magnetic hill kat Malaysia...kereta boleh jalan tak yah pakai minyak .......syarikat minyak pun tak leh carik makan lar...dan takdak lagi sape-saper menggatai nak menjajah negara orang semata-mata sebab minyak..........

Keh..keh..keh.......

Korang percaya ker???...

he..he..Sebenarnya its just an optical illusion .......created by rising and descending terrain...nampak macam naik bukit..sebenarnya..turun bukit daaa........

To experience Magnetic Hill today, drivers must pay a fee to drive their cars to the end of the road (which has been preserved). When a car is placed in neutral, it will begin to roll backwards, apparently uphill. Observers will also note that water in the adjacent drainage ditches also seemingly runs “uphill.”

KREDIT: WIKIPEDIA

Friday, February 4, 2011

Sanggup ke korang guna Toilet nie !!


Sanggup ke korang guna toilet camni????..mau terkezut beruk aku..bila melangkah masuk ke dalam toilet tu.....ewww....






Double standard betul...

Hampeh...kalau aku...aku bakar jer...kah..kah.kah..

Thursday, February 3, 2011

Jom Join #ChurpChurp


Kenapa nak join??

Ha..tu lar...ape yang bestnyer join churp churp??

Yang bestnyer ...setiap kali orang sign up jer..dapat RM1...tak ke banyak tu!!

Ha..apa lagi ..kalau nak join..klik je sini..

Wednesday, February 2, 2011

Brand yang semua orang pakai..tapi..tak semua mampu beli??

ha..ha..apa jawapan korang???

cepat..cepat...sapa cepat dapat hadiah...........he..he....takde...takde...takde hadiah...saje suke..suke...duit nuffnang aku pun tak cukup untuk cash out...camne nak bagi hadiah........kalau nak hadiah...gi la klik nuff aku tuh...ha...leh lar aku buat GA ke contest ke.........just for u my pren.........

JAWAPANNYER IALAH:

Ikuti perbualan berikut:

Anak: 'ibu...kiter nak simpan kat mana ni biskut ni bu??'

Ibu: 'alar ko nih...gi lar simpan kat dalam XXXX tu!!'


Barang XXX ialah barang yang kiter semua pakai tapi..tak semua mampu nak beli.....


ha..........ha.......betul tak??

Brand ni memang mahai oooo......puluh-puluh dan sampai ratusan ringgit......

Hakikatnyer...tak kisah lar..bekas tu brand ape pun...kite tetap panggil die tupperware...

bukan semua orang mampu beli....tapi...semua orang pakai.......ngeeeee.....gerenti korang nyampah kat aku ek...

he..he.he..

Khurafat: Kutip 7 juta dalam 3 minggu

FILEM seram pertama terbitan Skop Production Sdn Bhd, Khurafat, terus menunjukkan persembahan memberangsangkan selepas tiga minggu tayangan apabila berjaya membuat kutipan kasar RM6.9 juta sehingga kelmarin. Angka berkenaan pula dijangka meningkat sehingga RM7.2 juta, sehingga hari ini.

Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam, berkata dia bersyukur kerana percubaan pertama Skop menghasilkan filem seram diterima ramai.

SUMBER: BERITA HARIAN

_________________________________________________________________

Sehingga tamat tayangan ia dijangkan boleh mencecah RM8 juta...

Kutipan ni dah melebihi filem Sembilu, yang mencatat RM6.3 juta selama 40 hari ditayangkan, katanya.

Sape yang dah tengok..angkat tangannnn!!!...he..he..suker korang ek..citer hantu ni...

aku takdelar...teringin jugak...tapi..sebenarnya...aku dah takuuttt tengok citer hantu nih...dulu minat gak.....

In real life...aku penah experience something yang luarbiasa...tapi..nantilah aku citer....nanti aku enterframe si Khurafat nyer entry la plak...

Aku nak balik kampung ni....babaiii...

Tuesday, February 1, 2011

Senarai Filem dan Pelakon Paling Teruk 2010

Calon Filem Paling Teruk:
  1. The Bounty Hunter
  2. The Last Airbender
  3. Sex and the City 2
  4. Twilight Saga : Eclipse
  5. Vampire Suck

Calon Pelakon Wanita Paling Teruk:
  1. Jennifer Anniston - The Bounty Hunter and The Switch
  2. Miley Cyrus - The Last Song
  3. The Four Gals Pals - Pelakon wanita Sex and the City 2
  4. Megan Fox - Jonah Hex
  5. Kristen Stewart - Twilight:Eclipse

Calon Pelakon Lelaki Paling Teruk:
  1. Jack Black - Gullivers Travel
  2. Gerard Butler - The Bounty Hunter
  3. Ashton Kutcher - Killers and Valentine Day
  4. Taylor Lautner - Twilight:Eclipse and Valentine Day
  5. Robert Pattinson - Twilight:Eclipse and Remember Me
Kesian Jack Black..tapi..citer tu mmg teruk pun..boring.

Tapi, aku suker gak Ashton Kutcher berlakon..cuma cerita Killers tu ..jalan ceriter dier..just the fun for watching lar.

Twilight: memang patut pun tersenarai...keh..keh..keh...booorrinnggg...harap pelakon cute jer..

KREDIT: RAZZIES

Apa nyer fesyen la korang nih!!

Saja jer merayau tadi kat google...terjumpa kasut-kasut yang dasyat ni ha........tengok ar!!

Apa ke halllllllll.....membazir duit korang jer beli kasut nih..



Aku suker....aku suker............



Kalau nak pi mandi laut...bagus benor la nih.........tak yah bukak kasut...boleh terjun jer..



Saper yang membela ikan tu...bila balik kampung dah takdak masalah lagi nampaknyer......



Lepaih ni..tak yah bawak beg besor-besor dah...letak barang kat kasut jer.........



Sesuai sangat ar..untuk para remaja skang ni...kena kacau sikit.......haiyaaaa...dush....!!!



Boleh jalan ke camni????...tak sakit tumit ker??...tak terbongkang ker??..



Teramatlah suker nyer aku ngan kasut nie........



Aku suker pakai kasut ni....masa keja dulu pun aku pakai ni jer....tak feminin langsung....keh..keh..keh....yang penting lepas keja aku boleh terus excercise.



Kasut yang mana pilihan hati korang????????