Sunday, April 26, 2015

Resepi kek span yang sedap dan gebu


Alhamdulillah..akhirnya..berjaya jugak buat kek span.. huhu. Lubang besar kat atas kek tu sebab saya guna garfu untuk uji kek dah masak ke belum. Cake tester ntah mana pergi ntah...nyampah..bila nak pakai tak jumpa..

Saya pernah buat kek span ni satu ketika dahulu.. lama sangat dah.. tak pernah menjadi. Almaklumlah kurang ilmu dan pembacaan. Zaman sekarang ni maklumat dihujung jari jer.. terima kasih kepada semua yang ikhlas menyumbang tips dan cara membuat kek span ini di internet. 

Macam-macam cara sebenarnya nak buat kek span ni. Ada yang masuk semua bahan dan mix sekali ada yang pukul telur,gula dan ovalette dulu, kemudian baru kaup balik tepungnya dan minyak. Bila kita tak biasa buat kita jadi tak confident. Sebab kalau kita buat kek butter, gula dan mentega biasanya dipukul gebu dulu.

Semalam saya buat kek span vanilla, ikut resepi dan cara dari blog yati. Tetapi tak menjadi. Bukan salah resepi rasanya..saya yang tak confident. Keknya jadi dua lapis. Yang bawahnya bantat..yang atas spongy. Hari ni saya cuba pula resepi kek span coklat dari blog rahel  . Ikut sebijik macam resepi tulis..hehe. Cuma kali ini saya buat separuh adunan. Takut tak jadi lagi macam semalam.

Tapi, kali ni yang silapnya acuan pulak. Saya guna acuan yang kecil dan isi agak penuh. Sebab semalam saya tengok kek span tu takde naik tinggi sangat pun..jadi hasilnya hari ni kek terlebih keluar dari acuan... Tapi tak bantat.. itu yang happy sikit tu. InsyaAllah next time akan menjadi lebih cantik. Practise makes perfect.... betul tak.

Kalau anda nak cuba buat kek span dari rahel, saya kongsikan di sini. Copy paste dari blog rahel je..

(Suhu saya letak 170'c dan saya ada campur 1 sudu kecil nescafe)

#TIPS:
1.Tidak perlu gris tepi acuan, cuma bawahnya sahaja.
2.Kek hendaklah diterbalikkan diatas redai bila dikeluarkan dari oven. selepas 5 minit sisipkan pisau dikeliling acuan dan keluarkan kek dan letak diatas redai.
3. Untuk elakkan kek pecah dipermukaan, alas kertas baking atas redai semasa terbalikkan kek.




Kek Span Coklat
Resepi:Noraini Zakaria



Bahan:
200g tepung kek/tepung superfine
180g gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
40g serbuk coklat
20g ovallet
6 biji telur gred A
1 st baking powder
1 st esen vanila


Cara:
1.Panaskan oven.Griskan acuan.Alas dasar acuan dg baking paper.

2.Pukul telur,gula,ovallet,tepung s'fine,BP sehingga kembang dan gebu selama 5 minit.

3.Perlahankan mixer,masukkan susu cair,esen vanilla,serbuk coklat.Teruskan lagi memukul selama 5 minit.Tuangkan minyak,gaul sebati.

4.Tuang ke dalam acuan.Bakar selama 45 mint atau hingga masak.

5.Bila kek sudah masak,telangkupkan selama 5 minit.



Friday, April 17, 2015

Petua untuk bayi sembelit

Bila baby dah start makan mula la nak sembelit kan. Kesian bila tengok bila time dia nak poo, meneran sampai merah muka.

Anak saya memang suka makan. Apa yang semua orang makan dia nak rasa.. minum air.. kadang-kadang suka minum..ada masa tak nak..diluahkannya balik..buat main-main.

So, petua yang saya cuba untuk mengatasi masalah sembelit ialah dengan memberi anak saya minum jus prune.

Caranya ialah cairkan prune jus tu 1 : 1 dengan air. Jangan bagi banyak-banyak tau. Saya bagi anak saya satu sudu besar je sehari. Lepas tu elok jer dia poo poo keesokan harinya.

Petua untuk bayi sembelit ni boleh digunapakai untuk baby yang 6 bulan ke atas. Pastikan jus tersebut adalah 100% jus ye..tanpa campuran gula atau pengawet.

Selain daripada prune jus, anda juga boleh cuba jus apple atau pear. Jus apple dan pear tidak perlu dicairkan.

Yang penting kalau nak cuba, bagi sikit dulu tau.. takut baby sakit perut pulak. ..takut tak rasi. Maklumlah bukan semua baby sama. Mungkin apa yang sesuai dengan anak saya tidak sesuai dengan anak anda.



Thursday, April 16, 2015

PRODUK BABY ORGANIK

Baru jer sampai mandian Baby Organix Extra head to toe ni tadi. Bau peach lagi..hmmm sedapnyaaa.


Penggunaan produk baby organik penting sekiranya anak kita mempunyai kulit yang sensitif.

Alhamdulillah anak kecik saya kulinya tidak sensitif dan tidak pernah kena ruam setakat ni. Masa dari dalam hari anak saya, saya mandikan dengan mandian drypers head to toe sahaja. Itupun sedikit saja.
Bedak pun tak pakai. Cuma minyak telon dan minyak habbatussauda untuk diaper area.

Mesti korang heran ..kalau anak saya kulitnya tak bermasalah kenapa saya beli produk baby organik tu kan.. hehe. ..sebenarnya kulit saya yang bermasalah. ..hahaha ..kelakar kan.. ..dah 10 bulan pakai drypers head to toe...😜

Tangan saya start gatal-gatal lebih kurang dalam 4-5 bulan rasanya..bila letak ubat baik..lepas tu naik semula gatal-gatalnya..

Sebelum ni saya pernah pakai losyen tangan vaseline tau.. sejak tu tangan saya naik macam ruam .. gatal-gatal. Bila tukar kepada losyen organik palmers cocoa butter.. ruam dan gatal-gatal tu hilang.. so, dari situ saya buat conclusion mungkin saya ada alergik dengan bahan-bahan yang terkandung dalam drypers head to toe.

Jadi saya pun survey produk-produk organik untuk baby. Tak banyak yang saya jumpa. Kalau ada pun memang mahal harganya macam produk baby organik Buds, Moogoo, Tropika dan Baby Organix.

So saya decide nak try dulu produk baby organix sebab harganya murah sikit dari yang lain-lain tu. Harganya RM37.10 termasuk gst dan pos, saya beli kat lelong.com. Harap- harap oklah..

So, ujikaji pun bermulaaaaaa....



Friday, April 3, 2015

Idea gift untuk wedding

Saya buat gift ni untuk kenduri kahwin adik ipar. Buat pun last minute jer. So tak dapat banyak dalam 70 pcs jer. Isinya saya buat coklat chip cookies. Tak sempat nak ambil gambar pun.

Coklat chip cookies tu saya buat dua batch. First batch pun dah kena ngap dan dibawa ke sekolah oleh anak yang first..so...sebab tu la kena buat second batch.

Beg kertas tu saya beli dekat speedmart..harga 3.90 kot..untuk 100pcs. Mula-mula ingat nak print jer..tapi kertas tu tebal..tak boleh jalan pulak printer tu. Last-last just print out jer nama pengantin..gunting dan dilekatkan pada kertas casing cupcake yang memang dah ada kat rumah ni. Buat double layer. Satu layer yang size kecil dan design yang kontra dengan casing kuning yang besar sikit tu.

 Selepas digam pada beg kertas saya letak riben dan stapler..siap..senang dan jimat belanja. Cute jugak..bagi saya jangan nak membazir sangat beli yang mahal-mahal..last-last orang buang jugak beg tu...