Monday, February 28, 2011

Nasihat buat teman


Assalammualaikum kengkawan semua.

Entry ni aku tujukan khas untuk best pren aku yang berminat nak jadi blogger.

Sebelum ni dia pun berniaga online je, tapi, bila tengok aku sibuk berblogging dia plak dah terminat nak join sama.

Best sangat ke jadi blogger?? Tak buang masa ke??

Bagi sesetengah orang tu best giler la, rezeki murah jadi blogger ni .. tapi it all depends pada usaha dan yang paling penting jangan lupa semuanya Allah s.w.t yang izinkan. Bila-bila je Allah s.w.t boleh tarik balik dan sebab itu janganlah lupa dan alpa. Ini nasihat untuk kita bersama.

Masa aku memula start meniaga dulu, aku buat research pasal apa kepentingan SEO, keyword, content, peranan meta tag, backlink, page ranking etc dalam menaikkan site / blog. Ada yang aku faham dan aku implement ada gak yang aku tak faham-faham dan ada jugak yang aku malas nak amik tahu. Yang penting marketing dan promoting dan benda-benda lain tu mmg banyak membantu. Honestly bila aku implement benda yang aku tahu tu, mmg banyak faedahnya. Bila aku berjaya buat something yang aku bermula dari zero knowldege, bagi aku Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat.

Blogging pun sama je, terpulang la pada kita nak berblogging sebab apa, sebab suka-suka, nak popular atau glamer, atau sekadar nak mencuba dan merasa. Biar orang nak kata apa, ada sesetengah tu macam ada kuasa psikik boleh pulak pikir orang lain pun mempunyai niat dan tujuan berblogging yang sama macam dia sampai boleh membuat kenyataan yang agak menghina orang lain. Macam dah takde idea nak tulis apa. Semua dijadikan bahan cerita. Tanpa dia sedar apa yang dia buat menjatuhkan kredibiliti diri sendiri. Walau keadaan buruk macam mana sekali pun, mesti ada benda positif yang kita boleh ambil dan dijadikan tauladan dan sempadan.

Dalam dunia blogging ni pun ada gak yang hasad dengki dan nak gaduh-gaduh. Bagi aku, kalau ada masalah, ada benda yang kita tak suka, biarlah kita selesaikan one to one, dengan cara yang berhemah bukan ikut hati, ego dan emosi hingga hilang rasionaliti.

Bagi aku berblogging tu takde la membuang masa. Bagi aku, ia membuatkan aku lebih peka. Tapi, ia juga boleh membuatkan kita leka .. so, nak buat apa-apa pun biarlah berpada-pada.

[Ad]Terokai lokasi memukau dengan misi untuk mencari objek tersembunyi dengan memecahkan teka-teki! Hanya yang paling berani dan paling tajam fikiran akan berjaya dalam Realm of 5. Jika anda berminat..SERTAI SEKARANG]

Sunday, February 27, 2011

YANG SEMPURNAKANKU CONTEST

Entry ni aku buat untuk menyempurnakan tag cik deena..



Syarat-syarat:
1. Jadi follower blog aku : hey-rara.blogspot.com

2. Buat entry YANG SEMPURNAKANKU CONTEST beserta gambar insan yang menyempurnakan hidup korang dan kenapa beliau menyempurnakan hidup anda . tak kisahlah , family korang sendiri ke , BFF , bf/gf korang mahupun pet korang . no hal .


Yang sempurnakan aku adalah family aku.

3. Letak banner contest dekat entry dan sidebar blog korang dan link terus ke blog ni sepanjang tempoh contest.

4. Tag tiga orang dan pastikan orang yang di tag tu tahu pasal contest ni

5. Sila tinggalkan nama anda dan link entry di ruangan komen entry ni

5. Contest berakhir 28 FEBRUARI 2011 jam 11.59 malam

Saturday, February 26, 2011

Perkarangan Sekolah Dah Macam Pasar Malam

Assalammualaikum kengkawan semua.

Hari ni aku nak sentuh isu: 'Perkarangan Sekolah Dah Macam Pasar Malam'

Dulu kat sekolah anak aku mmg meriah dengan penjual-penjual jajan. Sekarang dah kurang la. Itupun kalau tak silap aku sebab.. MPSJ yang sound. Kawan aku cakapla..Wallahualam.

Tapi..bagus jugaklah.

Aku tak kisah kalau dorang jual minuman atau keropok. Yang aku tak suka ada peniaga yang menjual barang makanan yang ntah ape-ape. Lipstick candy la..benda macam mercun letup-letup la dan barang permainan.

Kesian bebudak tu .. makan yang ntah ape-ape dan menghabiskan duit mak bapak je.

Ada lagi satu sekolah tu, hari tu aku perasan ada satu van dok jual popcorn. Meriah betul..macam pasar malam pulak. Penuh kat luar sekolah tau..orang nak parking amik anak pun susah.

Anak aku dulu penah beli mainan yang macam lego tu. Sambung-sambung jadik transformers. Dekat RM10 jugakla .. angin je aku tengok. Dia beli kat sekolah la..

Aku duit sekolah aku bagi singgit je, sebab bawak bekal .. cuma.. anak aku jenis menyimpan .. bila aku tegur dia .. jangan membazir duit beli benda camtu lagi .. nasib baik dia dengar .

Sekarang dah takde orang jual mainan lagi dah kat sekolah anak aku tu. Nasib baik la .. sekolah lain aku tak tahu la.

Tak salah berniaga .. tapi, at least ada la rasa tanggungjawab sikit .. jangan nak fikir untung je.

Friday, February 25, 2011

Entry yang nak happy kan diri

Sumber: KOSMO



SUMBER: KOSMO



SUMBER: THE SUN