Monday, April 25, 2011

Nasi Minyak, Chicken Bunna

Assalammualaikum kengkawan semua.

Salam pagi Senin..korang semua sihat??..

Pegi ke mana semalam??..Aku tak kemana pun, dok rumah je ler.. lagipun ada panggil orang datang untuk buat wiring..tambah plug dan betulkan lampu..lampu kat rumah ni, dah banyak yang terbakor, lama betul lampu kat dapur tu dah tak bernyala..sebulan lebih dah kot, selalu masak pun pakai lampu kat cooker hood jer..ahaks...


Sempat gak buat nasi minyak, lama dah tak buat..

Ayam tu bukan ayam masak merah..tapi Chicken Bunna namanya. Aku belajar resepi ni masa kat Bangladesh.. belajar dari orang gaji. Very authentic resepi ni. Original resepi, pakai cili api, tapi, time buat ni, cili api takdak..so, aku pakai cili kering jer..tak best sangat la..cili api gak mengancam.

Kalau nak try..ini resepinya.

Resepi ni guna sekor ayam, kalau nak kurangkan..adjust je la ek. 

CHICKEN BUNNA:

BAHAN:

1 ekor ayam
8 biji bawang besar
12 biji bawang putih
1 inci halia
segenggam cili api
kunyit hidup / serbuk - dalam satu sudu kecil
(semua bahan di atas, hendaklah dimesin yer puan-puan)

1 sudu besar rempah garam masala
(ini bahan penting, kalau takde memang masalah besor la..ini key ingredient..ok)

8 biji pelaga
1 batang sedang kayu manis
12 biji cengkih
2 kuntum bunga lawang

Minyak secukup rasa

Kicap (sikit je, nak bagi colour)

Daun ketumbar untuk lebih berperisa (sikit jer 'ek...kalau banyak nanti tengik sikit ar)

CARA-CARA:

1. Goreng pelaga, kayu manis, cengkih, bunga lawang sekejap pastu masukkan bahan mesin....goreng hingga garing.
2. Masukkan rempah garam masala.....godek lagi sekejap.
3. Pastu, masuk ayam.
4. Masuk air sikit, bagi ayam masak. Letak garam.
4. Masakan ini agak kering, tetapi gravy dia very rich...lebih kurang macam rendang gitew.
5. Masukkan kicap dalam 2-3 sudu besar...selalunya i main goncang jer botol kicap tu...tak sukat, cuma nak bagi colour dia gelap sikit ar...
6. Akhir sekali masukkan daun ketumbar.

Ready to Eat.  ENJOY...

13 comments:

ainnoraini said...

sedap ye..mcm mengamcan jer..tak pernah rase lagi ni...chicken bunna...

dari bangladesh tu...boleh la try...

Ina said...

try la..aini..sedap gak.

IDAZS said...

sedapnyaaaa. bleh try ni :)

Naddia said...

ayam bunna tuh kelihatan spt sepotong tempe

NM02 said...

wow.. siap resepi lagik.. caiyoookkkkk

Shafiq said...

Boleh cuba nie! :-)

♥ Mrs.Eady ♥ said...

x mkn la nasi minyak...x suka sgtt...

♕ Mr.IX ♂ said...

leh wat catering dah ni...

p/s: daun ketumbar pn ix x kenal...haha

Cik Ina minat Do do Cheng said...

amboi first time makcik dengar resepi ni. lepas ni bolehlah try. nampak sedap nasi minyak.

anaiha yusof said...

waaa sedap2,boleh3 buat ni :)

Ina said...

kalau nak rasa yang berlainan, boleh la korang try..sedap bagi yang suka..

miloais said...

nokkkk.... iols ambik resepi ni ye...
kalo ada masa - nak try buat le..
nampak sedap banget tuh!

shah-kayrul said...

mengancam betul la masuk sini...hehehhe