Sunday, February 20, 2011

Kesihatan adalah nikmat

Assalammualaikum kengkawan semua.


Macam mana hari ni..kengkawan semua sihat??..Alhamdulillah..aku dan keluarga di dalam keadaan yang tip top.


Kalau ada kengkawan tak sihat..cepat-cepat le gi jumpa doktor ek....jangan biar melarat....


Kesihatan adalah nikmat yang tersembunyi, bagaikan mahkota di atas kepala orang yang sihat dan hanya dapat dilihat oleh orang yang sakit” - petikan bukuMengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
Tahun lepas aku exercise gile-gile..satu hari dalam 2-3 jam camtu...sebab tengok citer The Biggest Looser. Aku kurangkan pengambilan kabohidrat dan makan pun dalam kuantiti yang sedikit je..dekat sebulan gak la..lepas tu aku demam dan batuk. Demam sekejap aje la..dalam 2-3 hari...tapi...batuk tu awal tahun ni baru elok tau...dekat 6 bulan tu!!!


Macam-macam cara dan petua aku dah try....dan dekat 3 klinik aku pegi dan ulang-ulang amik ubat semua..tak baik-baik juga...


Antara petua-petua yang aku try:


1. madu campur limau

2. coke panas (ni pun ok tau...kalau korang batuk nanti try)

3. makan buah tin ( agak mahal gak buah tin ni..rasanya kena makan banyak kot)

4. vicks vaporub (sapu kat tapak kaki..pastu pakai stokin)

5. kicap campur limau (kalau tak silap)

6. macam-macam ubat batuk dah aku beli..tak jalan gak


Apa lagi aku tak hengat dah. Conclusion..kita hanya mencuba..tapi..Allah s.w.t yang tentukan.


Last-last aku biarkan aje..dan doa ajelah...dan ...Alhamdulillah ..sekarang dah ok.


Bila batuk..time tidur malam la yang tak tahan sangat .. sampai nak semput dibuatnya.


Dan yang paling tak best tak leh nak makan semua ni:


Jangan lelehhhhh!! :P (SUMBER: FOODTV)




Tak leh nak minum my favourite

(SUMBER: FOODTV)

[How do you define 'healthy'?  Take the Nestle Profiler Test and discover more about how your lifestyle effect on your health. For more information you guys can check it out here.]

24 comments:

A.s.t.i.n.a said...

pahit itu ubat,
manis itu berkat,
masin itu khasiat..
masam itu rahmat...

saya suka masam >.<

boleh juga tukar2 ikut rasa..

Ina said...

A.s.t.i.n.a:..masam pun saya suka gak..macam jeruk tu..tapi..tak leh makan banyak.

AdiaLuze said...

Alaa.. Siannye.. Skrg ni exercise lagi ker? Keep it up kay !!! ;D

Ina said...

AdiaLuze: ..:p..tak..he.he..

padlie said...

Jadi lumrah, ingat sihat bila dah sakit..
masa sihat, tak pandai jaga dan syukurinye..

Ada Dr bagitau,kalau batuk, boleh je makan asikrim.. Padlie try, memang boleh makan.. :D

Ina said...

padlie: iyeke..tak lagi batuk??

JP Nurul said...

hirup tom yam better gak time batuk2 nih...:P

Ina said...

JP Nurul ..oo ye ke..ok cik nurse..

Amira Naddia said...

entry da bagus..tp ade gamba eskem..nk g kdai eskem skrg gak stelah d brain washed oleh kamu!

Mr.IX said...

coke panas? tak pernah dengar ni....

anaiha yusof said...

waaa tim yang bagus =0 boleh try nie,tapi coke panas tue menakotkan la,
tapi boleh dicuba=)
btw say dah follow kamu tq =)

Shafiq said...

Saya bila batuk ,saya minum air bergas..Hehehe. Mujarab pada sayala.;-)

Ina said...

Mr.IX:..petua ni ada kesan tau..seriusly.

Ina said...

anaiha yusof:..jangan takot..i dah cuba..ubat batuk yg sedap..thanks for following

Ina said...

Shafiq..oo..gitula plak..tengok orang jugak ek.

Ina said...

Amira Naddia:..woit..salahkan aku plak..dia yg ngidammmmm...ngeee..

EdY Zaidi said...

kalau laptop tak ?hehe

Cik Ina minat Do do Cheng said...

kat rumah ni suami pakcik galakkan anak makan ubat batuk herba je, kalau hospital punya kurang mujarab.makan pun mengantuk,tapi alhamdulillah pulak okey. minum air suam banyak-banyak, kurangkan makan berminyak.

Ina said...

EdY..ko mmg ar...ish..nyampah

Ina said...

Cik Ina minat Do do Cheng:..dah minum air bergelen-gelen kak oooi..ubat batuk herba..macam-macam kak...tak rasi kat saya la kot..

padlie said...

Betul, leh makan aiskrim..
Batuk tu tak berenti.. Tapi boleh la telan ais krim tu.. Cam biasa je ;p

Ina said...

padlie:..o..ye ek..ok..ok..lepas ni aku belasah je..

muka oreng said...

laki aku dulu dekat sebulan ke dua bulan batuk, pergi check kat hospital, ropenya kena tibi! batuk berdarah. kuman dalam paru. check kat klinik, ulang alik ke klinik, mmg tak jadi. takleh pakai satu sen.tak pasal kena tahan wad 5hari kt hkl. termasuklah aku sekali sebab kena jaga laki aku.

Ina said...

ima..klinik mmg...kalau hospital lebih teliti la..walaupun lambat. sian awak..nasib baik husband awak ok. Alhamdulillah.